Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.43K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Perbahasan fiqh lafaz ijab qabul dalam perkahwinan adalah khilaf yang muktabar.

Amat tidak wajar pertelingkahan ini berlanjutan sedangkan dalam masa yang sama, ada 1001 isu lain yang boleh disepakati dan boleh dibincangkan untuk maslahah ummah.

Dalam ebook Aku Terima…Nikahnya ini, saya perincikan perbahasan para ulama Syafi’iyyah tentang lafaz ijab qabul, keperluan beradab dalam membincangkan hal khilaf, dan kepentingan untuk menghormati autoriti pihak berkuasa agama negeri.

Anda boleh memuat turun buku ini secara percuma dan sekiranya anda merasakan ia bermanfaat, saya alu-alukan untuk anda menyumbang bagi tujuan kos operasi, projek-projek ilmiah, usaha dakwah Maktabah Al-Bakri.

🔗 https://bukudrzulkifli.com/ebookpercuma/

#ebookdrzulkiflialbakri
Jemput hadir kepada yang berkelapangan.

📍 https://shorturl.at/hpJK6
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mencemar duli menyampaikan jemputan khusus kepada patik untuk menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, yang diadakan pada malam ini.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara yang bermula pada hari ini.

Saya difahamkan persidangan tersebut membincangkan mengenai tindakan negara mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Seperti yang dimaklumkan kelmarin oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat, isu kalimah Allah turut dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja, setelah perkara itu dibincangkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu akan menjadi panduan kepada kerajaan untuk mewujudkan garis panduan baharu bagi isu berkenaan.

Saya telah menulis sebuah buku bertajuk Kalimah Allah Isu dan Penyelesaiannya dan menyerahkannya kepada Majlis Raja-Raja, begitu juga pemimpin utama Kerajaan dan Pembangkang.

Dalam pertemuan tertutup bulan lalu bersama al-Allamah Syeikh Muhammad Awwamah, seorang ulama besar Syria yang kini menetap di Turkiye, saya membangkitkan isu kalimah Allah yang menjadi perbincangan hangat di tanah air sejak tahun 80-an sehingga kini. Beliau senada dengan saya bahawa kalimah Allah - dalam konteks Malaysia - wajar dikekalkan penggunaannya untuk umat Islam sahaja.

Saya amat menghargai keprihatinan Majlis Raja-Raja terhadap pelbagai isu semasa agama di tanahair kita. Semoga Allah SWT terus memayungi Ketua-Ketua Agama Islam di setiap negeri dalam menjalankan amanah untuk agama, bangsa, dan negara
Promosi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi hanya RM55 Miliki sekarang juga dengan menekan pautan di bawah.

https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/syarahhadis40/3
Jemput hadir Kuliah Dhuha Mingguan di Kompleks Al-Abqari.

📍Lokasi Kompleks Al-'Abqari
https://g.co/kgs/GnNiiv
JAM ROLEX UNTUK PALESTIN

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92)

Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.

Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia - selaku Mufti Wilayah Persekutuan - untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam untuk mengambilnya.

Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri. Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.

Menjunjung kasih DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini. Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati.

Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.

Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di media sosial saya. Klik di bawah.

Facebook
Instagram
Twitter
Alhamdulillah. Setelah 2 tahun beroperasi, @maktabahab kini sudah menerima 3.25 juta pengunjung di maktabahalbakri.com dan mempunyai 4,000 buah artikel kemusykilan agama.

Satu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah pusat penyelidikan hukum syarak bebas seperti Maktabah Al-Bakri.

Kami berhasrat untuk membina sebuah aplikasi di peranti pintar Android dan iOS yang memuatkan semua soal jawab agama dwibahasa, dilengkapi pelbagai fungsi menarik.

Jika anda berminat, kami alu-alukan sumbangan anda di bukudrzulkifli.com/alinarah/