Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.43K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Buku fizikal Inilah Doaku ini berharga RM20. Sebagai menghargai sokongan anda, Maktabah Al-Bakri berhasrat untuk memberikan ebook Inilah Doaku secara PERCUMA kepada semua.

Anda boleh memilih untuk memuat turun ebook ini dan menyalurkan infaq seberapa yang anda inginkan, untuk kesinambungan operasi Maktabah Al-Bakri.

🔗 https://bukudrzulkifli.com/ebookpercuma/

#ebookdrzulkiflialbakri
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Adakah sah sebuah perkahwinan ketika akad nikah, pengantin lelaki hanya menjawab “Aku terima” sahaja tanpa menyebutkan perkataan nikah? Hal ini kerana telah viral isu dua artis veteran terkenal telah berkahwin dan melafazkan seperti di atas ketika qabul. Mohon pencerahan. Terima kasih.

🔗 https://maktabahalbakri.com/3574-sahkah-perkahwinan-dengan-menyebut-aku-terima-sahaja/

[Admin] Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri. Salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank 555108341246 atau tekan pautan https://bukudrzulkifli.com/ebookpercuma/
Perbahasan fiqh lafaz ijab qabul dalam perkahwinan adalah khilaf yang muktabar.

Amat tidak wajar pertelingkahan ini berlanjutan sedangkan dalam masa yang sama, ada 1001 isu lain yang boleh disepakati dan boleh dibincangkan untuk maslahah ummah.

Dalam ebook Aku Terima…Nikahnya ini, saya perincikan perbahasan para ulama Syafi’iyyah tentang lafaz ijab qabul, keperluan beradab dalam membincangkan hal khilaf, dan kepentingan untuk menghormati autoriti pihak berkuasa agama negeri.

Anda boleh memuat turun buku ini secara percuma dan sekiranya anda merasakan ia bermanfaat, saya alu-alukan untuk anda menyumbang bagi tujuan kos operasi, projek-projek ilmiah, usaha dakwah Maktabah Al-Bakri.

🔗 https://bukudrzulkifli.com/ebookpercuma/

#ebookdrzulkiflialbakri
Jemput hadir kepada yang berkelapangan.

📍 https://shorturl.at/hpJK6
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mencemar duli menyampaikan jemputan khusus kepada patik untuk menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, yang diadakan pada malam ini.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara yang bermula pada hari ini.

Saya difahamkan persidangan tersebut membincangkan mengenai tindakan negara mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Seperti yang dimaklumkan kelmarin oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat, isu kalimah Allah turut dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja, setelah perkara itu dibincangkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu akan menjadi panduan kepada kerajaan untuk mewujudkan garis panduan baharu bagi isu berkenaan.

Saya telah menulis sebuah buku bertajuk Kalimah Allah Isu dan Penyelesaiannya dan menyerahkannya kepada Majlis Raja-Raja, begitu juga pemimpin utama Kerajaan dan Pembangkang.

Dalam pertemuan tertutup bulan lalu bersama al-Allamah Syeikh Muhammad Awwamah, seorang ulama besar Syria yang kini menetap di Turkiye, saya membangkitkan isu kalimah Allah yang menjadi perbincangan hangat di tanah air sejak tahun 80-an sehingga kini. Beliau senada dengan saya bahawa kalimah Allah - dalam konteks Malaysia - wajar dikekalkan penggunaannya untuk umat Islam sahaja.

Saya amat menghargai keprihatinan Majlis Raja-Raja terhadap pelbagai isu semasa agama di tanahair kita. Semoga Allah SWT terus memayungi Ketua-Ketua Agama Islam di setiap negeri dalam menjalankan amanah untuk agama, bangsa, dan negara
Promosi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi hanya RM55 Miliki sekarang juga dengan menekan pautan di bawah.

https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/syarahhadis40/3
Jemput hadir Kuliah Dhuha Mingguan di Kompleks Al-Abqari.

📍Lokasi Kompleks Al-'Abqari
https://g.co/kgs/GnNiiv