Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.1K subscribers
2.46K photos
86 videos
77 files
2.94K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Nak kulit licin dan bersih, tapi… boleh ke eksfoliasi ikut hukum syarak?

Eksfoliasi atau pengelupasan wajah semakin popular untuk tujuan kecantikan dan rawatan kulit. Tapi ramai yang keliru — adakah ia termasuk dalam pengubahan ciptaan Allah yang dilarang Islam?

Dalam artikel ini, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan secara ilmiah perbezaan antara rawatan yang diharuskan dan yang dilarang, termasuk hujah ulama tentang pengubahan kekal dan keperluan perubatan.

Baca kupasan penuh di: https://al-inarah.com/article/3100-3100-eksfoliasi-atau-pengelupasan-wajah
Tafsir al-Bayan ialah sebuah karya tafsir lengkap 30 juzuk al-Quran yang ditulis oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama panel penulis yang terdiri daripada para pensyarah dan pakar dalam bidang al-Quran, Tafsir, Hadis dan Syariah dari universiti-universiti awam di Malaysia.

Tafsir ini disusun dengan pendekatan moden yang mesra pembaca, dengan gaya bahasa yang mudah difahami serta penekanan kepada kefahaman konteks semasa. Ia menggabungkan kekuatan tafsir klasik dan kontemporari, menjadikan ia sesuai untuk bacaan pelbagai lapisan masyarakat — daripada pelajar hingga ke golongan profesional.

Antara keunikan Tafsir al-Bayan ialah susunan tematik yang sistematik, penggunaan subtopik yang jelas, dan penerangan mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran melalui beberapa bahagian penting seperti:

Identiti Surah & Fadilatnya
Makna Umum dan Perkataan Penting dalam Ayat
Sebab Turunnya Ayat (Asbab Nuzul)
Hubungan Tema dan Isi Ayat
Huraian Isu-isu Semasa Berdasarkan al-Quran
Ruang Tadabbur dan Pengajaran yang Menyentuh Jiwa

Tafsir al-Bayan merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin memahami al-Quran dengan lebih jelas, teratur dan berasaskan kajian ilmiah yang mantap, dalam bahasa Melayu yang segar dan mudah dihayati.

Tekan link di bawah kalau tuan/puan berminat ☺️

https://hi.jomwasap.my/Tafsirbayan
PBAKL

Jam 2 petang Sabtu 24 Mei di reruai 6-39 Pustaka Cahaya Kasturi. Jemput hadir.
Tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Ustaz Haji Fauwaz Fadzil atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Saya mengenali beliau sejak bersama-sama dalam Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID), sebagai tokoh ilmuan muda lulusan al-Azhar dan Dar al-Ifta’ al-Misriyyah yang membawa gagasan wasatiyyah dan sentiasa mendahulukan kesatuan ummah.

Sekalung penghargaan kepada Sahibul Fadhilah Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, mantan Mufti Wilayah Persekutuan atas khidmat bakti yang cemerlang kepada negara, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Insya Allah jam 2.30 petang 27 Mei 2025 Temu dan Sapa di PBAKL.

Reruai 6-39 Pustaka Cahaya Kasturi, Dewan Tun Razak 3
Ada yang kata politik sebahagian daripada akidah. Betul ke? Atau ia cuma wasilah dan ijtihad manusia?

Isu politik dalam Islam sering disalahfaham — ada yang mengangkatnya ke tahap akidah, dan ada pula yang menafikan peranannya langsung.

Dalam artikel ini, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan secara tuntas: apakah kedudukan politik dalam Islam, serta bagaimana Ahli Sunnah wal-Jama‘ah membezakan antara prinsip tetap dan ruang ijtihad dalam urusan pemerintahan.

Muat turun dan baca kupasan ilmiah penuh di aplikasi Al-Inarah:

https://al-inarah.com/article/7700-7700-politik-itu-akidah-atau-hanya-wasilah
Sekarang di reruai Pustaka Cahaya Kasturi 6-39 berdekatan dengan pintu surau WTC.

Jemput hadir
Dengan penuh rasa syukur, saya ingin memperkenalkan dua watak digital baharu yang kini menyertai Maktabah Al-Bakri sebagai Pegawai Pintar Syariah (PPS): AIDr. Munir dan AIDr. Munirah

Kedua-duanya merupakan model kecerdasan buatan (AI) yang "dilahirkan" hasil kerjasama ChatGPT Plus (dibangunkan oleh OpenAI) dan Hedra Studio, yang berfungsi sebagai “custom persona developer” dengan sentuhan tempatan dan pastinya patuh syariah.

Kedua-duanya berperanan dalam merumuskan jawapan kepada lebih 9,000 persoalan-persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari, dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pengkalan data aplikasi Al-Inarah.

Jangan risau kerana mereka telah diprogramkan untuk mesra media sosial. Jawapan mereka juga adalah berdasarkan pendirian saya terkait isu dalam hal ehwal agama.

Ikuti episod pertama bersama AIDr. Munirah: “Hukum Isteri Mengidam Makan Pelik-Pelik: Suami Wajib Tunaikan?"

🔗 https://vt.tiktok.com/ZSkJybn2Q/
Insya Allah jam 2.30 petang 29 Mei 2025 Temu dan Sapa di PBAKL.

Reruai 6-39 Pustaka Cahaya Kasturi, Dewan Tun Razak 3
Alhamdulillah, kini aplikasi Al-Inarah tampil dengan satu lagi penambahbaikan baharu – Inarah AI Chatbot.

Ia direka untuk membantu anda menjawab pelbagai kemusykilan agama secara pantas dan mudah, berdasarkan lebih 9,000 artikel yang pernah saya jawab sebelum ini.

Chatbot ini masih dalam peringkat pemantauan dan penambahbaikan, namun kami sudah membuka ruang untuk orang ramai mencuba. Anda boleh:

Tanyakan soalan agama yang spesifik
Mohon Chatbot rumuskan jawapan dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami

Bagi yang telah memuat turun aplikasi Al-Inarah di Play Store dan App Store, sila kemas kini (update) aplikasi anda hari ini.

Sebarang saranan penambahbaikan amat kami alu-alukan. Sampaikan kepada pihak Maktabah Al-Bakri untuk terus menambah baik khidmat dakwah digital ini.
Apa amalan terbaik dalam bulan Zulhijjah? Jom ikuti rumusan yang disediakan oleh AIDr. Munir, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam artikel-artikel berkaitan di aplikasi Al Inarah.

https://vt.tiktok.com/ZSkePgwq3/
PBAKL

30.05.25 saya ada di reruai Pustaka Cahaya Kasturi 6-39 jam 3.30 petang
HADIAH ZULHIJJAH

Dapatkan ebook percuma pilihan terjemahan daripada kitab Lata’if al-Ma’arif oleh Ibn Rajab al-Hanbali berkenaan kelebihan bulan Zulhijjah bertajuk Sepuluh Hari Teragung.

Muat turun aplikasi Al Inarah di App Store atau Play Store dan dapatkan ebook Sepuluh Hari Teragung oleh Ibn Rajab al-Hanbali di
https://al-inarah.com/ebook/==QOxIDM2EzNzgDO0cTM-sepuluh-hari-teragung
Anda rasakan ebook ini bermanfaat? Sokong kami dengan melanggan Al Inarah PRO untuk pelbagai tawaran dan hadiah menarik.