Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.1K subscribers
2.46K photos
86 videos
77 files
2.94K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Pernah dengar tentang Wali Qutub? Ada yang kata ia pemimpin tertinggi para wali, tapi… wujudkah ia dalam Islam?

Isu Wali Qutub sering menimbulkan kekeliruan. Ada yang menisbahkan kehebatannya melebihi para nabi, ada pula yang menolak terus kewujudannya. Dalam artikel ini, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengupas secara ilmiah dan adil pandangan para ulama tentang wali qutub.

Baca kupasan penuh hanya di aplikasi Al-Inarah.
🔗 https://al-inarah.com/article/8917-9078-wali-qutub-
SMAASZA 1925-2025

Sempena Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), saya mohon kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu untuk memberi keizinan khas kepada saya untuk mengajar secara percuma kepada semua pelajar aliran Thanawi, selama 1 minggu.

Ia sudah pasti tidak mampu untuk membayar segala jasa para guru SMAASZA, namun itulah sumbangan saya bagi menghargai peranan SMAASZA khususnya dalam perjalanan hidup saya.

https://www.facebook.com/share/p/1Fbz7xmJNY/?mibextid=wwXIfr
Wajibkah basuh kaki waktu wudhu’ kalau ada luka diabetes? Takut infeksi, tapi risau wudhu’ tak sah.

Ramai pesakit kencing manis berdepan dilema ini. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengupas secara terperinci hukum membasuh kaki dalam wudhu’, termasuk panduan fiqh bagi pesakit yang mengalami luka kronik. Ada solusi syarak yang memudahkan, tanpa mengabaikan sahnya ibadah.

Dapatkan penjelasan lengkap di aplikasi Al-Inarah sekarang!

https://al-inarah.com/article/8645-8810-membasuh-kaki-ketika-berwuduk-bagi-pesakit-kencing-manis-
Tengah terbang 30,000 kaki di udara… masuk waktu solat ke belum?

Solat di atas kapal terbang sering timbulkan persoalan: ikut waktu mana? Zon berlepas, mendarat, atau kedudukan semasa? Dalam artikel ini, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menghuraikan panduan tepat berdasarkan nas dan fatwa ulama antarabangsa — praktikal untuk musafir udara.

Nak tahu bila dan macam mana nak solat atas flight? Muat turun dan baca kupasan penuh di aplikasi Al-Inarah sekarang!

https://al-inarah.com/article/8058-8058-penentuan-waktu-solat-di-atas-kapal-terbang
Ada yang tulis ayat al-Qur’an pada kain kafan kononnya untuk keberkatan… tapi apa hukumnya?

Amalan menulis ayat Qur’an atau zikir pada kain kafan ada berlaku dalam masyarakat kita. Tapi adakah ia berlandaskan sunnah atau sekadar adat yang bercanggah dengan syarak? Dalam artikel ini, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan secara ilmiah hukum dan pandangan ulama mengenai isu ini.

Jangan ikut amalan tanpa ilmu. Muat turun dan rujuk penjelasan tepat di aplikasi Al-Inarah sekarang!

https://al-inarah.com/article/8708-8873-menulis-ayat-al-quran-dan-zikir-pada-kain-kafan
Kalau koyak sos cili pun boleh goyang rumah tangga, apa lagi bila tak jaga adab dan amanah sebagai pasangan?

Isu kecil seperti layanan harian — dari sekadar tolong bukakan sos hingga ke urusan batin dan komunikasi — sebenarnya besar dalam Islam. Tapi siapa yang patut mula dulu? Suami atau isteri?

Jangan biar isu “sos cili” jadi sebab retaknya bahtera rumah tangga.

Muat turun aplikasi Al Inarah dan dapat jawapan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bagi pelbagai kemusykilan masalah fiqh rumahtangga dan kekeluargaan.

App Store https://apps.apple.com/my/app/al-inarah/id6472252666
Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maktabahalbakri.alinarah
Ramai sangka bila dah bersama semula dalam iddah, automatik jadi rujuk. Tapi… sah ke rujuk hanya dengan hubungan intim atau sekadar foreplay tanpa lafaz?

Mazhab Syafi‘i menetapkan bahawa rujuk hanya sah dengan lafaz jelas dari suami. Sekadar hubungan intim, foreplay, atau sentuhan mesra tidak mencukupi, walaupun dalam tempoh iddah.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengupas isu ini berdasarkan pandangan mazhab Syafie — penting untuk elak salah faham dalam urusan rumahtangga dan hukum syarak.

Jangan ambil mudah isu rujuk.
Baca penjelasan lengkap di aplikasi Al-Inarah sekarang:

https://al-inarah.com/article/8245-8232-rujuk-dengan-setubuh-

Muat turun aplikasi Al-Inarah untuk lebih banyak panduan sahih dan terkini.
Nak kulit licin dan bersih, tapi… boleh ke eksfoliasi ikut hukum syarak?

Eksfoliasi atau pengelupasan wajah semakin popular untuk tujuan kecantikan dan rawatan kulit. Tapi ramai yang keliru — adakah ia termasuk dalam pengubahan ciptaan Allah yang dilarang Islam?

Dalam artikel ini, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan secara ilmiah perbezaan antara rawatan yang diharuskan dan yang dilarang, termasuk hujah ulama tentang pengubahan kekal dan keperluan perubatan.

Baca kupasan penuh di: https://al-inarah.com/article/3100-3100-eksfoliasi-atau-pengelupasan-wajah
Tafsir al-Bayan ialah sebuah karya tafsir lengkap 30 juzuk al-Quran yang ditulis oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama panel penulis yang terdiri daripada para pensyarah dan pakar dalam bidang al-Quran, Tafsir, Hadis dan Syariah dari universiti-universiti awam di Malaysia.

Tafsir ini disusun dengan pendekatan moden yang mesra pembaca, dengan gaya bahasa yang mudah difahami serta penekanan kepada kefahaman konteks semasa. Ia menggabungkan kekuatan tafsir klasik dan kontemporari, menjadikan ia sesuai untuk bacaan pelbagai lapisan masyarakat — daripada pelajar hingga ke golongan profesional.

Antara keunikan Tafsir al-Bayan ialah susunan tematik yang sistematik, penggunaan subtopik yang jelas, dan penerangan mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran melalui beberapa bahagian penting seperti:

Identiti Surah & Fadilatnya
Makna Umum dan Perkataan Penting dalam Ayat
Sebab Turunnya Ayat (Asbab Nuzul)
Hubungan Tema dan Isi Ayat
Huraian Isu-isu Semasa Berdasarkan al-Quran
Ruang Tadabbur dan Pengajaran yang Menyentuh Jiwa

Tafsir al-Bayan merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin memahami al-Quran dengan lebih jelas, teratur dan berasaskan kajian ilmiah yang mantap, dalam bahasa Melayu yang segar dan mudah dihayati.

Tekan link di bawah kalau tuan/puan berminat ☺️

https://hi.jomwasap.my/Tafsirbayan
PBAKL

Jam 2 petang Sabtu 24 Mei di reruai 6-39 Pustaka Cahaya Kasturi. Jemput hadir.
Tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Ustaz Haji Fauwaz Fadzil atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Saya mengenali beliau sejak bersama-sama dalam Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID), sebagai tokoh ilmuan muda lulusan al-Azhar dan Dar al-Ifta’ al-Misriyyah yang membawa gagasan wasatiyyah dan sentiasa mendahulukan kesatuan ummah.

Sekalung penghargaan kepada Sahibul Fadhilah Prof. Madya Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, mantan Mufti Wilayah Persekutuan atas khidmat bakti yang cemerlang kepada negara, khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri