Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.3K subscribers
2.42K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
Saya membaca kitab Rijal al-Fikr wa al-Da’wah fi al-Islam karangan Maulana Abu al-Hasan Ali al-Hasani al-Nadwi, lebih 10 tahun lalu. Beliau menghimpunkan biografi pelbagai tokoh pembaharuan di zaman masing-masing daripada pelbagai aliran pemikiran.

Ia memberi inspirasi kepada saya untuk menterjemahkan biografi salah satu tokoh yang saya kagumi iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Selepas 10 tahun, saya meneliti semua karya terjemahan ini, memberi penambahbaikan dan sedikit komentar pada notakaki. Hasrat saya untuk menghadiahkannya secara percuma dalam bentuk ebook.

Anda boleh muat turun di pautan yang tersedia di bawah. Terpulang kepada anda untuk menyumbang apa kiranya nilai yang termampu untuk kelangsungan operasi Maktabah Al-Bakri.

bukudrzulkifli.com/alinarah/
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Inilah tajuk 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗨 terjemahan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, *Ringkasan Sirah Nabi SAW* bakal diterbitkan pada bulan Rabiul Awal 1446H iaitu pada bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Buku ini adalah terjemahan ringkasan kehidupan Nabi Muhammad SAW yang asalnya ditulis oleh al-Hafiz Abd Al-Ghani al-Maqdisi. Versi terjemahan ini termasuk nota kaki untuk memudahkan pemahaman dan penjelasan. la memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan Nabi Muhammad, dari kelahiran hingga kewafatan Baginda.

Buku ini turut merangkumi penjelasan tentang anak-anak Nabi, isteri-isterinya, dan individu-individu yang berkhidmat kepada Baginda. la juga mengandungi senarai peperangan yang disertai oleh Nabi, para penulis dan utusannya, serta penjelasan tentang bapa saudara dan ibu saudaranya, dan banyak lagi.

PRE-ORDER DIBUKA untuk pembelian dengan promosi kombo buku yang istimewa, Tekan link sekarang!
https://pck.onpay.my/order/form/pratempahringkasan

JOM LIHAT SHOWCASE buku dan promosi terbaru dari kami!
https://linktr.ee/pustakacahayakasturi

#RingkasanSirahNabiSAW
#drzulkiflialbakri
#SirahNabiSAW
#pustakacahayakasturi
PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI THENOOR

Dengan segala hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TheNoor, berkuatkuasa pada 31 Ogos 2024. Keputusan ini dibuat selepas pertimbangan yang mendalam dan selepas mengambil kira pelbagai faktor yang relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapan saya.

Alhamdulillah, sepanjang bersama TheNoor, beberapa program telah dijayakan dan sedang diusahakan antaranya:

1. 30 Days Ramadhan Capsule
2. ⁠MoU Kolaborasi Strategik dan Pembangunan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Bagi Soal Jawab Agama
3. ⁠Projek eBuku.

Saya berkeyakinan bahawa pasukan pengurusan baharu TheNoor akan terus komited untuk mencapai visi dan misi syarikat dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya di TheNoor.

Dengan ini juga, saya ingin menegaskan bahawa selepas tarikh peletakan jawatan ini berkuat kuasa, saya tidak lagi terlibat dalam sebarang urusan, keputusan, atau aktiviti yang berkaitan dengan TheNoor. Segala urusan dan tanggungjawab yang melibatkan TheNoor selepas 31 Ogos 2024 adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab pihak pengurusan baharu.

Akhir sekali, saya mendoakan agar TheNoor terus maju dan berjaya mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑

Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada sejarah perjuangan Syeikh Umar al-Mukhtar Muhammad bin Farhat al-Manifi as-Sanusi, pemimpin pergerakan perjuangan terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an.

Alhamdulillah, sempena sambutan 31 Ogos tahun ini saya sempat menyiapkan ebuku berkenaan biografi beliau.

Muat turun di https://bukudrzulkifli.com/alinarah/
Raikan Rabi’ul Awwal dengan penghayatan sirah dalam keluarga kita.

Boleh dapatkan ebuku Ringkasan Sirah Nabi SAW yang diterjemahkan daripada Mukhtasar Sirat al-Nabi oleh al-Hafiz Abd al-Ghani al-Maqdisi di Google Play.

Antara keistimewaan terjemahan ini:

Dilengkapi huraian dan komentar daripada Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Mudah difahami dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Boleh dibawa ke mana-mana.
Sesuai untuk pengajian berkitab di masjid dan surau.

🔗 https://play.google.com/store/books/details?id=H90eEQAAQBAJ
Raikan Rabi’ul Awwal dengan penghayatan sirah dalam keluarga kita. Boleh dapatkan buku Ringkasan Sirah Nabi SAW yang diterjemahkan daripada Mukhtasar Sirat al-Nabi oleh al-Hafiz Abd al-Ghani al-Maqdisi.

Antara keistimewaan terjemahan ini:

Dilengkapi huraian dan komentar daripada Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Mudah difahami dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Kertas krim premium.
Sesuai untuk pengajian berkitab di masjid dan surau.

🔗 https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/ringkasansirah/6
𝙋𝙀𝙇𝙐𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼𝙔𝘼 𝙎𝙀𝘽𝘼𝙂𝘼𝙄 𝙋𝘼𝙆𝘼𝙍 𝙊𝘽𝙎𝙏𝙀𝙏𝙍𝙄𝙆 𝘿𝘼𝙉 𝙂𝙄𝙉𝙀𝙆𝙊𝙇𝙊𝙂𝙄 (𝙊&𝙂) 𝘿𝙄 𝘼𝙉𝘿𝙊𝙍𝙍𝘼 𝙒𝙊𝙈𝙀𝙉 & 𝘾𝙃𝙄𝙇𝘿𝙍𝙀𝙉 𝙃𝙊𝙎𝙋𝙄𝙏𝘼𝙇

Adakah anda seorang Pakar O&G yang berdedikasi dan bersemangat ingin memberi impak bermakna kepada masyarakat?

ANDORRA Women & Children Hospital sedang mencari profesional berbakat dan berjiwa besar untuk menyertai keluarga besar ANDORRA.

𝙋𝙚𝙧𝙞𝙣𝙘𝙞𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙧𝙟𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣

• Jawatan – Pakar Obstetrik dan Ginekologi
• Lokasi – ANDORRA Women and Children Hospital, Seri Kembangan, Selangor
• Tanggungjawab – Memberi rawatan berkualiti dalam bidang obstetrik dan ginekologi, termasuk penjagaan pranatal, kelahiran, pembedahan ginekologi, serta perkhidmatan kesihatan wanita yang rutin.
• Keperluan – NSR dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi, dengan komitmen tinggi terhadap penjagaan pesakit serta kerjasama dalam pasukan.

𝙈𝙚𝙣𝙜𝙖𝙥𝙖 𝘼𝙉𝘿𝙊𝙍𝙍𝘼 𝙒𝙤𝙢𝙚𝙣 𝙖𝙣𝙙 𝘾𝙝𝙞𝙡𝙙𝙧𝙚𝙣 𝙃𝙤𝙨𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡?

• Impak Bermakna – Beri perbezaan yang nyata dalam kehidupan wanita dan kanak-kanak yang menerima rawatan anda. Kerja anda bukan sekadar rawatan rutin - ia adalah tentang memberi harapan, sokongan, dan masa depan yang lebih baik untuk pesakit. ANDORRA bangga menjadi satu-satunya hospital di Malaysia yang memiliki 100% kakitangan klinikal wanita, menyediakan persekitaran yang unik dan menyokong untuk pesakit serta para profesional perubatan.

• Sokongan Penuh – Pentadbiran yang sentiasa mengutamakan keperluan profesional anda, kebajikan anda, termasuk akses kepada teknologi perubatan terkini dan pakej faedah yang komprehensif.

• Komitmen Kepada Kecemerlangan – Bekerja di hospital yang punya dedikasi untuk memberikan standard penjagaan tertinggi untuk wanita dan kanak-kanak, dengan fokus pada perkhidmatan berpusatkan pesakit yang penuh nilai kasih sayang (compassion).

𝙈𝙤𝙝𝙤𝙣 𝙎𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜!

Jika anda bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya dalam kerjaya dan kehidupan anda dan menyertai ANDORRA, kami sentiasa bersedia menyambut anda.

Sila hantar CV dan surat permohonan anda kepada Dr Baizura Jamaluddin, Pengarah Perubatan di baizura@andorracare.com atau hubungi +6012 6217101 untuk maklumat lanjut.