Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.1K subscribers
2.46K photos
86 videos
77 files
2.94K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
February 19, 2024
BUKU AKHIR ZAMAN TUAN GURU DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

3 buku ini memaparkan watak utama dalam kejadian akhir zaman yang akan berlaku seperti yang telah dinyatakan dalam Al Quran Dan Hadis. Setiap buku ini menghuraikan fakta yang telah dilakukan kaji selidik mengikut panduan Al Quran Dan Hadis.

Hanya RM30 sahaja untuk ketiga buku siri akhir zaman ini.

Cepat tempah sekarang dengan menekan link ini

https://pck.onpay.my/order/form/akhirzaman

Ini adalah pra tempah. Buku dijangka akan dipos pada 29 February 2024
February 19, 2024
TENTANG IMAM AL-MAHDI

“Mungkinkah dia al-Mahdi?”

Saya pernah terbaca komen sebegini dalam beberapa kandungan di Tik Tok. Video-video tersebut memaparkan wajah seorang lelaki berketurunan Arab, berkulit putih bersih, segak dan berkaca mata. Ada ketikanya menunggang kuda, atau berceramah, atau hanya sekadar menjeling tajam kepada yang merakam.

Malaysia sememangnya subur dengan kehadiran pelbagai pendakwah dan ulama luar terutamanya daripada Timur Tengah. Dari sudut yang positif, ia adalah satu rahmat daripada Allah SWT kepada umat Islam di Malaysia.

Dalam masa yang sama, kita juga harus mengakui ada juga yang mengambil kesempatan atas sikap lemah lembut, tolak ansur, dan sifat amat bersangka baik yang ada pada masyarakat awam Melayu.

Sepanjang pengalaman saya sebagai Mufti dan Menteri, terlalu banyak dakwaan-dakwaan seperti Imam al-Mahdi atau keturunan tertentu yang sering melatari individu dan ajaran yang bermasalah di negara kita. Antara faktornya adalah kurangnya pemahaman dalam agama yang mendorong kepada sikap taksub dalam kalangan masyarakat awam.

Peranan Pihak Berkuasa Agama Negeri sememangnya diakui cekap dan berkesan. Namun, saya amat yakin bahawa benteng awal bagi mengekang perkara ini daripada berlarutan adalah ilmu.

Kurangnya ilmu dan ketaksuban yang membarah akan membawa kepada banyak fitnah kepada agama.

Saya telah menyelesaikan penulisan sebuah buku ringkas tentang Imam al-Mahdi menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. Pautan untuk pembelian ada di bawah.

https://bukudrzulkiflialbakri.onpay.my/order/form/akhirzaman
February 20, 2024
February 24, 2024