Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
38.2K subscribers
2.43K photos
85 videos
77 files
2.92K links
Sebaran info semasa berkaitan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Download Telegram
“Menunjukkan realiti dan memberikan kesedaran kepada masyarakat” bukan alasan untuk mempromosikan individu dan tindakan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat yang beragama dan memelihara adat ketimuran yang tinggi.

Agama kita tidak pernah mengajar untuk menormalisasikan dosa! Ini termasuk dalam al-mujaharah yang dibenci agama.

Perbuatan al-mujaharah dengan maksud melakukan maksiat secara terang-terangan atau meuar-uarkan maksiatnya sendiri adalah antara dosa besar yang dicegah dalam agama. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Maksudnya: Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.” Riwayat Al-Bukhari (6069)

Saya ada mengulas secara panjang lebar tentang isu pelacuran dari sudut pandang Islam dan penyelesaiannya di pautan ini.

🔗 https://bukudrzulkifli.com/product/aktiviti-pelacuran/
Sehingga hari ini, aplikasi al-Inarah telah dimuat turun sebanyak 44k di Play Store dan 21.9k di App Store.

Saya pasti ramai sudah mendapat manfaat daripadanya.

Kos pembangunan dan operasi aplikasi tidaklah rendah dan @maktabahab sepenuhnya bergerak dengan jualan ebook dan sumbangan daripada orang ramai.

Bersempena Ramadhan yang bakal menjelang, kami mengambil inisiatif mengadakan jualan kurma Ajwa ‘Aliyah. Dengan setiap pembelian, anda telah menyumbang untuk pembangunan aplikasi al-Inarah dan kelestarian khidmat Maktabah al-Bakri.

Sila klik kurmanabi.com untuk membeli.
Tidak semua kisah dalam peristiwa Isra’ & Mi’raj itu sahih. Ada juga yang lemah, bahkan palsu.

Bagaimana untuk mengetahui kesemuanya?

Jawapannya ada dalam ebook terbaharu “Isra’ & Mi’raj: Perjalanan kepada Yang Maha Agung” oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Klik pautan https://bukudrzulkifli.com/product/isra-miraj/