Kongsi Ilmu byHudaSani
46 subscribers
119 photos
20 videos
4 files
63 links
Download Telegram
Akaun emas GAP - tiada yuran, tiada komitmen bulanan, beli emas mesti dapat emas
Tiada caj simpanan
Contoh Paparan sebenar Akaun emas GAP seorang penyimpan emas ...
MACAM MANA NAK TEBUS EMAS FIZIKAL DARI AKAUN GAP

Contoh paparan emas dalam akaun GAP.

Akan dipaparkan dalam bentuk GRAM EMAS.
Bukan RM.

contoh macam pemilik akaun GAP di atas, dia ada 30.75 gram.

so dia boleh pelbagaikan keluar emas fizikal dia

contoh:

10 gram gold bar - 2 keping (+ GP RM30)
1 dinar (4.25 gram) - 2 keping (+ GP RM20)

ada baki lagi 2.25 gram dalam akaun dia.

Yang 2 keping 10 gram dan 2 keping dinar tu boleh minta PG pos atau collect di branch terdekat (kena buat appointment ikut branch)

Dalam akaun ada lagi baki 2.25 gram kan?

Ha nanti dia top up lagi, sampai cukup gram yang dia nak, let say 50 gram atau 100 gram.

dia boleh keluarkan lagi fizikal gold bar atau dinar yang dia kehendaki setelah cukup gram nya.

So bila dah ada beberapa gram emas dalam akaun GAP, *serendah 2 gram*, pemilik akaun dah boleh keluarkan emas tu dalam bentuk fizikal.

Kenapa 2 gram? πŸ€”

Dalam GAP kena ada baki minimum 1gram untuk akaun kekal aktif. Macam simpan duit kat bank, kena ada baki minimumkan jika nak akaun masih kekal aktif.
Ha camtu la konsep dia

Ok, ada 2 syarat utama untuk keluarkan emas dari akaun gap.

1) Dalam GAP kena ada baki minimum 1gram untuk akaun kekal aktif.

2) Kena bayar caj keluarkan fizikal yang dipanggil Gold Premium (GP) caj seperti di bawah ni.
GP caj ni macam workmanship caj la bila korang beli barang kemas, kan ada caj upah.
GP ni one time caj bila nak keluarkan sesuatu keping emas fizikal
GP caj ni dia ikut gram yang korang nak fizikalkan. contoh kalau nak keluarkan 10gram, perlu bayar GP RM 15 semasa nak keluarkan gold bar tu.
Selagi kita simpan dalam GAP tak perlu bayar GP.
4 asas beli emas

Sebelum beli emas untuk simpanan atapun pelaburan, sila fahami 4 perkara asas paling penting ini dulu untuk rendahkan risiko kerugian;

1. Beli emas mesti dapat emas.
2. Emas tiada pendapatan.
3. Beli untuk simpanan jangka panjang.
4. Sebanyak mana keuntungan, bergantung kepada ilmu.

#1 - Beli Emas Mesti Dapat Emas

Beli emas, mesti dapat emas fizikal.

Emas tu boleh kita pegang dan simpan sendiri. Tak ada sebarang pra-syarat tempoh matang atau sebagainya untuk kita tuntut emas tersebut.

Kalau ada ejen emas cakap kena tunggu tempoh matang dulu baru boleh dapat emas fizikal, itu petanda akan ada masalah. Kemungkin ia adalah skim cepat kaya bertopengkan emas! Atau mungkin akan ada isu tak patuh syariah...

Soal nak simpan di mana, itu soal lain. Yang penting, emas yang kita beli itu kita boleh simpan sendiri kalau kita mahu.

Dan saya percaya, emas yang terbaik ialah emas yang ada di tangan kita sendiri. Kalau apa-apa terjadi kepada syarikat pengeluar emas tersebut, kekayaan kita tak tergugat selagi emas tersebut ada di tangan kita sendiri.
InsyaAllah.

#2 - Emas Tidak Ada Pendapatan

Kalau ada mana-mana pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan secara bulanan ataupun tahunan, sila angkat kaki dan lari cepat-cepat...

Itu juga petanda skim cepat kaya bertopengkan emas!

Pelaburan emas tidak ada pendapatan.

Keuntungan emas pada asasnya hanyalah pada kenaikan harga emas. Beli harga rendah, jual harga tinggi.

Yang ada pendapatan hanyalah bisnes emas. Samada pekedai emas, penjual emas ataupun komisyen sebagai ejen syarikat emas.

#3 - Beli Untuk Simpanan Minimum 2 Tahun

Emas hanya sesuai dibeli untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas.

Kalau duit nak pakai dalam jangka masa setahun, duit itu tak sesuai digunakan untuk beli emas.

Lebih baik simpan saja dalam akaun bank, ASB ataupun Tabung Haji.

Alasannya, bila beli emas, kita ada kos β€œspread”, dan risiko harga emas naik turun dalam jangka pendek.

Tapi untuk jangka panjang, harga emas boleh dikatakan confirm naik disebabkan kuasa beli duit yang confirm makin merosot.

Sejarah menunjukkan harga emas naik secara puratanya sekitar 10% setahun untuk tempoh 20 tahun!

Jadi dengan kenaikkan ini, ia cukup untuk cover kos β€œspread” dan mendapat sedikit keuntungan dalam tempoh 2 tahun, insyaAllah.

#4 - Sebanyak Mana Keuntungan, Bergantung Kepada Ilmu

Kalau dah pastikan 3 perkara sebelum ini, risiko kerugian besar dan jatuh lingkup dalam pelaburan emas adalah sangat-sangat tipis.

Tapi kalau nak untung berganda, itu bergantung sejauh mana ilmu kita tentang emas itu sendiri.

Sejauh mana kita mampu mendapat keuntungan, ia sangat bergantung sejauh mana ilmu kita tentang emas.

Emas itu sendiri tak bernilai tanpa ilmu.

Kalau nak untung, pastikan beli emas dengan ilmu.

#acikhudasukakongsiIlmudengankawanΒ²

https://t.me/byHudaSani
Ramai client saya tanya,
Huda, betulke saya dengar
Beli emas 1 gram rugi ?

Ya RUGI jika beli terus secara fizikal 1 gram.

KURANG RUGI jika bijak dengan buat pembelian melalui GAP dan kemudian keluarkan fizikal 1gram tu kemudian.

Ada 2 jenis komoditi di Public Gold iaitu

EMAS (GOLD) dan PERAK (SILVER) #gigihpulasistranslate. hahaha.

Harga emas goldbar dan dinar emas di laman web PG akan dikemaskini setiap 20 minit.
kecuali small bars, di mana small bars biasanya ditetapkan pada harga yang lebih tinggi dan jarang berubah selalu macam gold bars dan dinar

Harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 tgh malam.

PG SELL - harga yang public gold jual yang korang nak beli.

PG BUY - harga yang public gold beli dari korang yang nak jual.

Penting untuk korang ambil tahu harga Buy n Sell ni untuk kira spread (susut nilai) harga emas semasa.

Emas fizikal boleh beli serendah 0.5 gram.

Tapi saya tak recommend small bars (0.5g, 1g, 0.5 dinar dan 5g) sebab harga per gram tinggi.

Kalau nak beli terus fizikal, paling kecil yang berbaloi 1 dinar.

Kalau bajet bawah 1 dinar, saya cadang buka / top up akaun GAP, dah cukup gram nanti pergi dapatkan emas fizikal. Lebih berbaloi.

Tapi since harga boleh tengok online, afdhal la kita bandingkan, kalau emas fizikal murah, boleh pertimbangkan beli terus emas fizikal.

Kalau gap murah, boleh pertimbangkan top up gold menerusi GAP.

Ok?
✌🏻 Semoga bermanfaat.
Akaun Emas GAP bukan emas digital.

Sejak hari pertama ditubuhkan lagi, prinsip Founder, Public Gold hanya jual emas fizikal sahaja.

"Beli emas, mesti dapat emas".

Pengasas Public Gold tak percaya pada emas digital.
Sesiapa pun yang faham tentang emas dalam sejarah dunia, sesiapa pun tak akan percaya pada emas digital.

Sejarah Emas Penuh Skandal.

Emas penuh dengan skandal penipuan. Samada peringkat individu, institusi, malah peringkat kerajaan dalam dunia. Semuanya tak terlepas dari skandal penipuan.

Idea mewujudkan Akaun Emas GAP bermula sekembalinya Founder Public Gold dari LBMA Conference. Iaitu ada company di Jepun yang mewujudkan "akaun emas fizikal" ini sudah lebih 50 tahun!

Tujuannya bukan untuk simpan emas 'atas angin' (digital), tapi untuk memudahkan masyarakat mengumpul dan memiliki emas fizikal.

Maka GAP (Gold Accumulation Program) diwujudkan untuk bantu penyimpan emas yang nak memiliki emas fizikal, tapi :

(1) tak yakin untuk simpan sendiri.
(2) bajet tak cukup untuk beli seketul besar.

1. Yang Tak Yakin Simpan Sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya dalam urusan emas, saya boleh katakan majoriti mereka yang baru nak menyimpan emas rasa takut dan tak yakin untuk simpan emas sendiri, walaupun hanya sekeping 1 dinar yang nilainya tak sampai RM1,400. Termasuk lah saya πŸ˜‚.

Jadi GAP adalah pilihan untuk memudahkan customer PG yang belum bersedia untuk simpan emas itu sendiri.

Walaupun begitu, Public Gold lebih suka kita keluarkan emas dari Akaun GAP dan simpan emas itu sendiri. Bukannya simpan sampai berkilo-kilo dalam GAP.

Jadi untuk memberi galakan penyimpan emas PG keluarkan emas GAP, PG keluarkan pelbagai item dan design yang menarik supaya customer PG simpan emas fizikal itu sendiri.

Secara mudahnya, PG mahu customer beli dan simpan emas fizikal sendiri. Tapi KALAU takut simpan sendiri, maka option yang memudahkan ialah simpan dalam Akaun GAP dulu.

2. Yang Bajet Tak Cukup Besar

Golongan kedua ialah mereka yang nak beli emas fizikal, tapi bajet tak cukup untuk beli terus seketul.

Contohnya nak beli syiling 1 dinar, tapi duit cuma ada RM300 jer. Sedangkan harga 1 dinar sekarang lebih RM1,300.

Dia boleh simpan duit sikit-sikit dulu. Bila dah cukup baru beli.

Tapi malangnya, kebanyakan orang gagal sebab duit tu akhirnya habis sebelum cukup untuk beli sekeping 1 dinar.

Duit habis, emas pun tak ada!

Jadi dengan Akaun Emas GAP, mereka boleh terus beli emas walaupun duit cuma ada RM100 jer dulu.

Setiap kali ada RM100, tukarkan jadi emas 0.3xxx gram.

Kumpul sikit-sikit... Bila dah cukup gram dalam akaun, boleh keluarkan emas 1 dinar tu.

GAP benar-benar memudahkan untuk sesiapa yang nak menabung emas fizikal, tapi bajet tak cukup.

Jom simpan emas. Daftar akaun emas anda sekarang.

1. untuk pendaftaran public gold bagi akaun dewasa 18 tahun ke atas
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00184537&is_dealer=1

2.Untuk anakΒ² berusia di bawah 18 tahun. Boleh daftar sini k. junior account
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&form_type=ja&intro_pgcode=PG00184537&is_dealer=1

Ok now nak kongsi tentang emas digital pula.

Berbeza dengan #emasdigital.

Emas Digital Tujuannya Berbeza.

Emas digital dicipta untuk mereka yang tak berminat simpan fizikal tapi nak ambil peluang atas kenaikan harga emas.

Mereka cuma nak bermain dengan nombor sahaja.

Maka emas digital adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Penjual emas digital pula tak berikan banyak option bagi pembeli emas mereka supaya keluarkan emas fizikal sebagaimana yang dibuat oleh PG. Ini disebabkan matlamat mereka bukan untuk simpan emas fizikal.

Emas itu tak penting bagi mereka.

Emas DIGITAL!
'Bersandarkan' Emas Fizikal?

Ada orang cakap, company dia jual emas digital 'bersandarkan' emas fizikal.

Nasihat saya, jangan mudah termakan dengan istilah 'bersandarkan' tu. Daripada sekadar 'bersandarkan', lebih baik dapat kan emas fizikal tu terus!

Kalau nak tahu samada 'akaun emas' tu telus atau tak, cuba keluarkan emas fizikal. Kalau prosesnya sangat mudah, itu bukan emas digital.
Tapi kalau berbelit-belit prosesnya dan susah nak dapat emas fizikalnya, hati-hati... Takut musang berbulu ayam...

Kena ingat, orang yang "beli emas dapat emas" pun ada yang kena tipu. Inikan beli emas tapi emasnya tak nampak... Semuanya atas angin...

Sejak Akaun Emas GAP diperkenalkan dari hari pertama, Public Gold tak pernah promote beli emas supaya tak perlu keluarkan fizikal (yang kononnya lebih menguntungkan).

Bahkan PG keluarkan pelbagai design emas supaya pembeli dapat banyak pilihan untuk keluarkan emas fizikal.

Ciri-ciri Skim Cepat Kaya Bertopengkan Emas
Saya fikir, mungkin Public Gold akan pertimbangkan satu hari nanti untuk limitkan jumlah yang boleh kita simpan dalam GAP. Atau kenakan caj bagi siapa yang tak keluarkan emas fizikal dari GAP dalam tempoh tertentu.

Jadi kita boleh simpulkan, GAP dibuat bukan nak galakkan orang simpan emas dengan PG, tapi nak memudahkan kita beli, kumpul dapatkan emas fizikal dengan cara lebih mudah.

Ia terbalik dengan company emas yang promote supaya beli emas tapi tak perlu keluarkan emas fizikal kononnya lebih menguntungkan.

Itu sebenarnya perkara yang sama dibuat oleh scammer emas sebelum ni yang telah melingkupkan ramai pelabur emas.

Belajarlah dari pengalaman orang lain. Atau cubalah belajar dari pengalaman sendiri.

Duit sendiri, tanggung sendiri...

Allahu a'lam.

Sekian perkongsian acikhuda yang suka kongsi ilmu dengan kawan² ❀️

Kalau dah ready nak mulakan dengan 1gram pertama anda roger2 ya ....

http://www.wasap.my/60134886385/NakSimpanEmas

Sedia bantu anytime
Insha Allah ❀

Nak baca kaji dan faham tentang ilmuΒ² emas, boleh rujuk kompilasi emas kat tele acikhuda ya.
https://t.me/byHudaSani

#acikhudagojes
- Suka didik orang simpan emas.
Carta harga emas dari tahun 2000 hingga 2023 (Apr.)
Tahun 2011, US Financial Crisis yang boleh dikatakan agak teruk.

Duit US jatuh masa tu.
Saya ingat saya ada kena ke jakarta tahun 2012, masa tu

1 Usd = rm2.90 πŸ˜‚

Saya dapat elaun masa tu 600 USD.

Sungguh tak rasa kaya.
πŸ˜‚πŸ˜†
Saya simpan je duit tu guna untuk travelΒ² ke hadapan.

So bila USD jatuh, harga emas naik.
(Boleh tengok kt chart ya).
Harga emas naik dengan ekstrem.

Tapi bermula 2014, ekonomi US kembali diperkukuhkan,

dan matawang US mula stabil dan harga emas pun turun.

Daripda harga melebih 200/gram, harga telah turun as low as rm150 pada 2015 dan rm160 pada 2018.

Tapi bila krisis kesihatan a.k.a covid19 pada tahun 2020, emas mula naik semula kepada 300 (highest rm308 pada tahun 2020,kalau tak silap)

turun sekejap pada 2021 dan 2022 sekitar rm 230+- hingga rm270+-

Dan terusss naik di tahun 2023.

Ketidak stabilan matawang adalah disebablan banyak faktor, dan antara yang ketara dalam tempoh 3 tahun ni semestinya :

1. Krisis kesihatan
2. Krisis politik
3. Peperangan

dll.

AgakΒ² ada kemungkinan tak harga turun semula selepas krisis seperti tahun 2011 dulu?
✨ INFO TERKINI ✨

Pihak Public Gold ingin membuat pengumuman dan berkongsi info terkini kepada para pelanggan.

*Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 999.9)* kini berwajah baru! πŸ“£

Dengan reka bentuk yang lebih kemas serta design yang unik, rekaan 1 Dinar yang baru ini pasti akan memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.

Rekaan terbaru 1 Dinar ini kini boleh dikeluarkan daripada akaun emas GAP atau didapati dikesemua cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Jom tambah emas banyak-banyak dalam akaun GAP dan keluarkan 1 dinar ini segera!!
Kisah Simpan rm100 sebulan

ada kenalan saya, dia peniaga...
Saya suka ambil contoh dia.

Dia konsisten simpan sekurangΒ² nya rm100 sebulan.

Dia tak tengok langsung price per gram.

Sebab dia kata kalau dia tgk price per gram nanti dia takut nak beli....

Dan dia malas nak tgk harga tu hariΒ² turun ke naik.

Jadi sbb dia orang meniaga, dia akan simpan je 100 sebulan dalam gap


Lama kelamaan, gram dia banyak weih 😍

Ada one time tu, saya pun kalah πŸ€ͺ

Lajuuu saya pergi topup #taknakkalah

Tapi saya suggest la dia jangan la top up rm100, nnt decimal tak cantik....

Hahaha 🀭

Tapi since dia dah start dengan rm100 tu, lama juga la kiteorang adjust nak bagi dapat decimal yang cantik
π™€π™ π™€π™£π™€π™’π™ž π™π™žπ™™π™–π™  π™ˆπ™šπ™£π™ͺπ™£π™Ÿπ™ͺ𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙙𝙖 π˜Όπ™ π™–π™£ 𝙋π™ͺπ™‘π™žπ™

Apa sahaja boleh berlaku. Dunia berubah begitu drastik sejak tahun 2020. Bagaimana dengan kehidupan kita hari ini , 5 tahun lagi , 10 tahun lagi ?

Mengambil sempena kisah Nabi Yusuf as yang membuat persediaan selama 7 tahun untuk bekalan 7 tahun berikutnya, bagi menghadapi musibah dan bencana yang panjang, maka apa pula persediaan kita?

Kisah ini sebagai panduan dan inspirasi untuk mengingatkan kita supaya membuat persediaan simpanan dan tabungan masa depan.

Zaman berubah. Hari ini kita dihidangkan dengan berita pendigitalan sistem perbankan dan peralihan ini pastinya merubah lanskap kewangan sedia ada.

Kita sudah diberi hint - salah satu berita luar negara tahun lepas bila Warren Buffett melepaskan pegangan saham di beberapa bursa saham utama termasuk institusi perbankan dan membeli saham lombong emas Barrick Gold Corporation.

Tak kan saja-saja , melainkan dia dah nampak kemana halatuju pelaburannya. Pelabur ini selagi mana ada untung situ dia hurung, bila tak ada untung, dia pun taknak tanggung. Begitulah.

Macam saya sebut tadi zaman berubah. Kita ini bersediakah ? Takkan hanya berserah. Mesti usaha jangan rebah. Selebihnya kepadaNya kita panjatkan doa.

Kawan-kawan setiap yang berlaku akhirnya tetap kita yang jadi pekerja, pelanggan , peniaga, rakyat ke seluruhannya akan tanggung juga.

Jadi pesanan saya , buat apa saja persediaan yang mampu, untuk back up kewangan dan meneruskan kehidupan kita. Belajar juga menabung emas fizikal dari sekarang .

Kenapa saya masih suka untuk cadangkan kepada semua orang supaya menabung emas fizikal ?

Sebab apa pun perubahan yang berlaku ia tak akan mengubah nilai dan fungsi emas, sebagai penyimpan nilai dan pelindung kewangan dan untuk bertahan.

Jika berlaku perubahan matawang fiat ke matawang digital , emas tetap bernilai dan dicari orang. Tiada wang yang setanding dengan emas dan perak kerana ia wang sebenar sejak awal bumi ini Allah cipta hingga berlakunya kiamat.

Belajarlah menabung emas. Tak kisah siapapun kita , apa pekerjaan kita , berapa gaji kita , swasta atau kerajaan, belajar menabung emas juga. Tak banyak tak apa, janji ada.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Apa guna information tanpa action!

Tahniah kerana membaca.
Percaya tak?

Semua tangkapan koleksi dinar dan bungamas ni adalah melalui GAP sahaja. Dalam akaun GAP, kita fokus tambahkan gram. Item apa yang kita nak, kita belum lagi decide. Bila dah cukup gram, sila decide !

DINAR
1/4 dinar 
1/2 dinar
1 dinar
5 dinar
10 dinar

BUNGAMAS
5 gram
10 gram
20 gram
50 gram
100 gram
Gais,
Fakta menarik tentang evolusi Dinar Emas Public Gold.

Versi pertama adalah dinar emas 22k local minted pada tahun 2008.

Kemudian PG gunakan Nadir Metal Refinery (LBMA accredited refinery) untuk cetak dinar emas 24k pada tahun 2014.

Untuk elak drpd dinar kena GST waktu itu,emas pelaburan perlulah dicetak oleh kilang yang berstatus LBMA accredited refinery.

Kemudian, kerajaan Malaysia  bertukar selepas pilihanraya dan kerajaan baharu mansuhkan GST.

Jadi PG cetak sendiri dinar emas 24k kerana ia lebih efisyen. Dinar ini boleh dibuka sarungnya (tahun 2020)

Kemudian, pada bulan 5 tahun 2023, PG keluarkan design terbaru untuk dinar emas iaitu laminated gold dengan design kambing.

Ini kerana PG buat keputusan untuk follow standard packaging LBMA sebelum ini.

Namun begitu, PG memberi jaminan akan membeli dinar emas ini pada harga yang sama seperti tertera di website, walaupun sarungnya dibuka, dinar ini calar dan bengkok.

Inilah cerita evolusi Dinar Emas PG.

Kredit to
Mentor Syukor Hashim
Misi 10 gram gold bar