Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
mainan semasa makan. Gangguan akan menyebabkan selera makan bayi terputus.
• Makan sekali bersama bayi anda.

TIDAK BOLEH

• Mencampur semua makanan berlainan jenis kepada bayi dalam satu masa semasa memperkenalkan makanan pelengkap.
• Elak beri makanan yang boleh membuatkan bayi tercekik seperti kekacang, daging ayam yang tidak dilecek/carik sempurna.
• Paksa bayi untuk makan atau beri makanan berlebihan. Berhenti apabila anak anda memalingkan muka atau mengeluarkan makanan yang disuap.

Weaning/memperkenalkan makanan pelengkap di usia 6-8 bulan BUKAN untuk memberikan bayi kenyang tetapi memperkenalkan bayi dengan tekstur dan rasa.
Mulakan pengenalan makanan pada unsur karbohidrat seperti nasi, oats, gandum, kentang, ubi, keledek kemudian barulah sayur dan buahan.
Diusia 7-8 bulan perkenalkan pula dengan protein base diet.
Pemberian cerelac tidak digalakkan kecuali dicadangkan oleh dietician atas masalah bayi yang tertentu.

Rujukan : Nutritionists' Choice Cookbook.

Notakaki:
Pemberian puree hanya sesuai pada usia tertentu sahaja (6-8bulan). Gigi bayi dah tumbuh. Dah boleh ajar mengunyah.

#BelNawhen
#SayaJururawat
30 Menu Baby 7 Bulan.

1) Bubur + Serbuk Ikan Bilis + Kentang + Evoo

2) Bubur + Carrot + Serbuk Ikan Bilis + Evoo

3) Bubur + Avocado + Kurma + Evoo

4) Bubur + Serbuk Ikan Bilis + Pumpkin + Evoo

5) Bubur + Carrot + Kurma + Evoo

6) Bubur + Brokoli + Kurma + Evoo

7) Oat + Sweet Potato + Brokoli + Evoo

8) Oat + Carrot + Kurma + Evoo

9) Oat + Banana + Kurma + Evoo

10) Oat + Pear + Kurma + Evoo

11) Oat + Red Apple + Kismis + Evoo

12) Bubur Nasi + Butternut Squash + Kurma + Evoo

13) Oat + Sweet Potato + Banana + Evoo

14) Bubur Nasi + Butternut Squash + Avocado + Evoo

15) Bubur Nasi + Serbuk Ikan Bilis + Carrot + Kentang + Evoo

16) Bubur Nasi + Labu + Dragon Fruit + Evoo

17) Bubur Nasi + Carrot + Cauliflower + Kurma + Evoo

18) Bubur Nasi + Parsnip + Labu +Evoo

19) Bubur Nasi + Parsnip + Kismis + Evoo

20) Bubur Nasi + Peas + Labu + Evoo

21) Bubur Nasi + Serbuk Ikan Bilis + Peas + Evoo

22) Bubur Nasi + Serbuk Ikan Bilis + Lobak Putih + Evoo

23) Bubur Nasi + Lobak Putih + Evoo

24) Bubur Nasi + Cauliflower + Kurma + Evoo

25) Bubur Nasi + Parsnip + Peas + Evoo

26) Bubur Nasi + Parsnip + Kentang + Evoo

27) Bubur Nasi + Sweet Potato + Peas + Evoo

28) Bubur Nasi + Butternut Squash + Parsnip + Evoo

29) Bubur Nasi + Kentang + Peas + Kurma + Evoo

30) Bubur Nasi + Serbuk Ikan Bilis + Parsnip + Peas + Evoo

Selamat Mencuba 😉😉
*RESEPI UNTUK BAYI UMUR 6-8 BULAN*

RESEPI UNTUK BAYI 6 BULAN
~~~~~~~~~~~~~~~~

👉Guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

👶🏻Hari 1-3: air kanji nasi
(Ambik air nasi yg mendidih tu ( tggu suam2) , bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua org tua2 nak intro solid kat baby)

👶🏻Hari 4-7 : bubur nasi
👶🏻Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
👶🏻Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
👶🏻Hari 16-19: bubur nasi +bayam
👶🏻Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
👶🏻Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
👶🏻Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Time 6 bulan ni, tapis/Blender semua makanan.

👉Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

👉Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.

~~~~~~~~~~
RESEPI 7 BULAN
~~~~~~~~~~

👉BREAKFAST

1) Puri kentang🥔

👉Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot 🥕 (sama mcm puri kentang)

3) Puri brokoli 🌳

4) Puri bayam 🌱

👉 (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) Puri epal🍎

6) Puri pisang 🍌

👉(pisang tak perlu dimasak)

7) Puri betik

*LUNCH*

1) Bubur+sayur+bilis

👉Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.

2) bubur+ sayur + ikan

👉masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus
(potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.

3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)

👉Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.

~~~~~~~~~~
*RESEPI 8 BULAN*
~~~~~~~~~~

*BREAKFAST*

1) oat+ kismis/kurma

👉didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
masak sampai kembang.
👉Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...
2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah

*LUNCH*

1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam

👉Masak nasi lembik.
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.

*TEA-TIME*

1) kentang + bilis

👉rebus kentang🥔 hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)

2) Roti + susu

👉ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.

Mudah je kan..so mommies..tak perlu pening2 kepala.Untuk 3 bulan.

SEMOGA BERMANFAAT
7 RESEPI PASTA untuk baby 8-10 bulan

1. pasta ayam simple
rebus pasta + ayam
tumis bawang putih + butter
letak
CBB
then campur pasta yg dah rebus tadi.
kalau pekat masukkan air rebusan pasta tadi.

2. pasta ala carbonara
kukus bunga kubis
tumis bawang putih + butter
masukan cbb / isi ayam
masukkan bunga kubis
then campur pasta yg dah rebus tadi.
kalau pekat masukkan air rebusan pasta tadi.

3. pasta ala bolognaise
blend tomato 1/2 biji (suitable 10m)
tumis bawang putih + butter
masukkan tomato tadi
then campur pasta + ayam yg dah di rebus kalau pekat masukkan air rebusan pasta tadi.

4. creamy mac and cheese
tumis bawang putih + butter
masukkan grated cheese
masukkan CBB
then campur pasta yg dah rebus tadi.
kalau pekat masukkan air rebusan pasta tadi.

5. pasta laksam
rebus pasta
buat kuah laksam
ikan yg dah rebus + serai + bawang merah + bawang putih + daun kesom + adam keping + kacang panjang
dah siap kuah tabur atas pasta

6. pasta spinach (10m) : iron booster
segenggam baby spinach mentah
blend dgn 2-3 oz air ketepikan
rebus pasta

tumis bawang putih butter
masukkan CBB/ air
masukkan pasta yg dah rebus
tutup api
gaulkan dgn bayam tadi.

*nak steam dulu bayam pon boleh

7. pasta peas (iron booster)
steam peas & rebus pasta
tumis bawang putih bawang holland + butter
masukkan air / CBB / isi ayam 2 oz
masukkan green peas
masukkan pasta

* boleh tabur mixed herb untuk lebih flavor
* boleh tambah cheese untuk lebih kalori

Sumber : herny hafiy aka mak yan
Tengok google tadi terjumpa resipi sesuai untuk baby 8 bulan ke atas , jom try !

bahan-bahan:

3 sudu yogurt
1/2 biji pisang (boleh ganti ngan buah manis lain untuk seimbangkan rasa masam yogurt)
2 biji dried peach
roti
unsalted butter

Cara2 nya

1. lenyek yogurt dan buah-buah sehingga sebati
2. bila dah lenyek sebati, masukkan butter. kacau lagi sehingga sebati.
3. masukkan roti secukupnya. rendam dalam setengah jam
4. masukkan dalam bekas , bakar dengan suhu 175 dgree c. dalam 20-setengah jam.
5. Ok siap !

**important note: Heating yogurt to high temperatures destroys the beneficial cultures. If the temperature is higher than 120° F, as it is in baking, the live active cultures will not survive, but the yogurt will still provide valuable nutrients such as calcium and protein.

sampai jadi rupa macam kat atas
Semalam tengok dekat gusi afi macam ada tumbuh gigi. Patutla dia asyik dok gigit wani. Aduhaii sakit yang amat..hahah.

Pagi tadi masak terus bubur nasi merangkap menu lunch & dinner dia untuk harini. Tengah tak selesa gusi kan so makan yang lembut-lembut sikit laa. Sekarang afi pun dah lena dibuai mimpi dek kekenyangan..😄 Alhamdulillah!

-----------------------------------
BUBUR NASI DAGING
-----------------------------------

Bahan:

1ulas bawang putih
Sedikit halia (besar ibu jari)
Segenggam beras (basuh bersih-bersih)
Daging (potong kecil-kecil)
Sawi park choi (sikit)
Carrot / #toddible_vege_carrot_powder

Cara:

Masak nasi dulu mengikut sukatan air yang sesuai. Masukkan bawang putih, halia & daging (supaya cepat empuk). Biarkan seketika. Kemudiaan masukkan carrot / #vege_carrot. Tunggu sekejap sehingga nasi separa masak barulah masukkan sawi. Pastikan air tidak berapa kering supaya mudah untuk diblend. Bila dah siap, blend semua bubur tadi agk-agk kasar sedikit. Untuk baby yg blum ada gigi, blend halus.
Makanan jejari boleh mula diperkenalkan kepada bayi pada usia 7-8 bulan ke atas kerana dia sudah boleh mengambil objek dengan jarinya. Pastikan ia lembut supaya boleh mengelakkan tercekik. Labu panggang ini sesuai dijadikan makanan jejari dan snek untuk si kecil.

Labu panggang

BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit oregano kering

CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu, dicuci bersih dan ditoskan.
2.Gaulkan bersama dengan minyak zaitun dan oregano.
3.Panggang di dalam ketuhar selama lima hingga 10 minit sehingga masak.
4.Sedia untuk dihidangkan kepada si manja sebagai makanan jejari atau snek ringan.
Chicken with sweet potato, spinach, peas and basil
(sesuai untuk bayi 7-9 bulan)
.
.
Bahan-bahan
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 ulas bawang kecil - dicincang halus
1/2 biji lada benggala merah - dipotong
1 ulas bawang putih - dicincang
1 dada ayam - dipotong dadu kecil-kecil
2 sudu besar jus epal
6 sudu besar serbuk chicken stock
2 sudu besar serbuk sweet potato
1 sudu besar serbuk spinach
4 sudu besar kacang pea
2 sudu serbuk daun basils (saya guna hexa)
.
.
Cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali comel. Tumiskan bawang kecil, bawang putih dan lada benggala merah sehingga naik bau.

2. Masukkan dada ayam dan kacau sehingga masak.

3. Masukkan jus epal dan chicken stock dan kacau.

4. Masukkan kacang pea dan biarkan sehingga masak.

5. Kemudian baru masukkan serbuk sweet potato, spinach dan basil. Kacau.

6. Purikan ke dalam food processor ikut konsistensi yang dikehendaki dan tada....sedap sangat sebelum puree kan pun mak merasa sikit.

Kredit to: Amalina Mohd Daud
Mee suah berkuah
(9 bulan)

Resepi
masukkan 1sudu kecil oil olive@unsalted butter@ghee
tumis bawang masukkan air,potato & carrot rebus sampai empuk
masukkan ayam
last masukkan sawi masak sekejap jea sayur jgn masak lama hilang khasiat nanti
klu ada ccb masukkan sekali(chicken brone bone)
siap boleh mkn dgn mee suah
klu baby x de gigi lagi boleh blend
halia buang jea just penambah rasa
Barli mango homemade (sesuai utk baby 7bulan ke atas). Cumanya kalau baby suka yg cair, mommy buat cairlah ya..

Bahan2 yg diperlukan.
Barley yg telah direndam
Mangga manis
Sedikit fresh milk
Kurma

Cara2 masak:
Masukkan semua bahan sehingga empuk dan masak.

Jangan risau mommy, confirm baby kenyang sbb bayangkan full nutrisi dlm satu hidangan. Barley adalah golongan karbo, mango dan kurma adalah buah buahan dan juga memberi tenaga pd baby. Susu of course yg plg berkhasiat sekali. Mommy yg fully bf boleh gunakan susu ibu.

Tips :
1) Kepekatan ikot selera baby
2) mommy boleh blend halus dan simpan stok didalm freezer
3) nak guna nnt blh defrost shj.

Tips tambahan:
Boleh guna quickbarley #toddible

Selamat mencuba. Sesuai utk baby yg kurang selera makan dan jemu makan bubur.
Resepi baby umur 7bulan ke atas

Spaghetti chicken dates

Bahan bahan :
Ayam (rebus)
Spaghetti(rebus)
Kurma(rebus)
Daun sup (rebus)

Kemudian blender semua. Kalau anak dah pandai makan sikit2 xyah bagi hancur sangat.

#resepibayi7bulan
RESEPI BUBUR NASI IKUT SUKA (Untuk Bayi 8 Bulan & keatas)

Bahan-bahan ;

1) Beras - setengah cawan
2) Ikan bilis - sejemput, cuci bersih supaya kurang rasa masin
3) Butter - (sikit je, nak buat menumis)
4) Bawang putih - (sikit je, untuk tumis je.)
5) Sayuran ( ikut suka & kreativiti mommies nak letak sayur ape,boleh letak, brokoli, carrot, kacang buncis , kentang, dll.
6) Air - ikut suka nak letak banyak mana, janji nasi menjadi bubur

Cara Membuat ;

1) Panaskan butter & tumis bawang putih
2) Masukkan ikan bilis & tumis sekejap
3) Masuk beras, gaul kejap je.
4) Masukkan air & biarkan nasi menjadi bubur.
5) Bila nasi dah menjadi bubur, masukkan sayur.
6) Kemudian blend, (guna chopper pun boleh)
7) Siap! Baby comel bump2 boleh makan.. Yum2 sedap!
👉👉 7 Resepi Makanan Bayi 9 bulan keatas

Hi Mommies! Bosan kan asyik buat makanan yang sama utk anak je setiap hari? Jom cuba resipi di 👇 ni kalau nak kelainan :

1. Snek Pisang + Oat

🌸 Bahan-bahan
1 biji pisang masak, dipotong menjadi potongan kecil
1/2 cawan bijirin oat

🌸 Cara-cara
Kisar bijirin oat menggunakan pengisar atau alat memproses makanan
Kukus hirisan pisang selama 10 minit
Letakkan hirisan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan oat yang telah dikisar
Uli campuran untuk membentuk doh yang melekit
Potong doh menjadi kepingan bersaiz kecil yang sesuai untuk bayi anda
Letakkn kepingan dengan jarak 1 inci di atas kertas silikon dan bakar selama 15 minit sehingga perang keemasan
Hidangkan apabila sejuk

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

2. Pasta Abjad + Pesto

🌸 Bahan-bahan
1/2 cawan pasta abjad mini
100g dada ayam tanpa tulang dan kulit dipotong kecil
1 cawan brokoli kecil, dipotong kecil
1/2 cawan kacang pis sejuk beku
1 cawan kobis bunga, dipotong kecil

🌸 Cara-cara
Rebus pasta selama 6 minit. Toskan air dan cedukkan ke dalam mangkuk
basuh sayur-sayuran dan kukus dengan ayam selama 20 minit atau sehingga lembut
Potong sayur-sayuran dan ayam atau kisar campuran itu dengan kasar
Tuangkan campuran ke atas pasta dan hidangkan

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

3. Sup Krim Jagung + Kobis Bunga + Ikan

🌸 Bahan-bahan
1/2 keping filet ikan
1/4 cawan jagung sejukbeku, dibasuh
1 cawan kobis bunga, dicuci dan dipotong kecil
1/4 cawan susu

🌸 Cara-cara
Kukus ikan dan kobis bungan selama 15 minit atau sehingga lembut
Masak jagung selama 20 minit di dalam secawan air mendidih sehinga lembut
Potong sayur-sayuran atau kisar dengan kasar
Kisar jagung sehingga sebati dengan susu
Hidangkan semasa panas

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

4. Mee Sua + Tauhu

🌸 Bahan-bahan
100g dada ayam tanpa tulang dan kulit, dipotong kecil
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang merah kecil, dikisar
1 ulas bawang putih, dikisar
1 keping tauhu, dipotong kecil
1/2 cawan labu, distim
1 simpul mee sua

🌸 Cara-cara
Rendamkan mee sua dalam air didih selama beberapa saat atau sehingg lembut.
Toskan dan letakkan mee sua ke dalam mangkuk
Perapka ketulan ayam dengan bawang merah kecil dan bawang putih yang telah dikisar selama 15 minit
Didihkan ayam yang telah diperap dan kepingan tuhu dalam 3/4 cawan air selama 15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya
Tuangkan sup ayam dan tauhu ke atas mee sua dan hidangkan

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

5. Sup Sayur + Kacang Dhal + Ikan

🌸 Bahan-Bahan
50 g (1/2 cup) kacang dhal, direndam semalaman
30 g (2 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
25 g (1 biji) tomato, dibelah empat
45 g (1/2 biji) ubi kentang, dipotong dadu
60 g (1/2 cawan) lobak merah, dipotong dadu
76 g (1/2 keping) tauhu, dipotong dadu
30 g (1/3 cawan) kobis, dicincang
1750 ml (7 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Garam secukup rasa

🌸 Cara-cara
Rebuskan stok ayam dan kacang dhal di dalam periuk selama 30 minit.
Masukkan ubi kentang, lobak merah dan kacang pis. Rebus sehingga lembut.
Masukkan kobis ke dalam periuk dan teruskan merebus selama 3 minit.
Masukkan tomato dan tauhu.
Masukkan garam dan renehkan sup selama 1 minit.
Hidangkan panas bersama dengan nasi.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

6. Bihun Sup + Ubi Keledek + Sayuran

🌸 Bahan-Bahan
15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama 10 minit
15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu
15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu
60 g (¼ cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah)
400 ml (1¾ cawan) air

🌸 Cara-cara
Didihkan air di dalam periuk.
Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut.
Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut.
Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut.
Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

7. Sweet Corn + Potato + Chicken Mix

🌸 Bahan-Bahan
60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit.
90 g (1 biji)