Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Assalamualaikum. Nak share resepi #nuget homemade guna nasi panas-panas khas untuk puteri saya (10 bulan) so saya tak letak garam dan perasa. Tapi tetap sedap hehe. Senang sangat.Nuget ni boleh juga jadi bekal bento utk anak-anak ke sekolah.

Paling penting, nuget ni buat daripada nasi panas-panas. Tak guna tepung pun. Sedap kalah nuget di kedai tu. Fuyooo 😂

Di sini saya share resepi sekali. Maaf bentuk nuget tak berapa comey sebab tak sempat lagi nak beli tekap-tekap tu.Anak pun dok panggil-panggil 😆😆

Resepi Nuget Homemade:
Bahan2:
4 ketul dada /bahagian isi ayam
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Batang daun sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu minyak masak
2 senduk nasi panas-panas
1 sudu air @ ikut mana sesuai..tujuannye supaya senang masa nk blend nnti.
Lobak merah diparut (letak last sekali selepas blender)
Cincang daun sup sedikit
Bahan salut:
Telur dan serbuk roti secukupnya

Caranya
🌸Kisar semua bahan diatas hingga halus
🌸Masukkan kedalam bekas bsesuaian dan kukus hingga masak
🌸Dah masak,potong ikut bentuk disukai,celup dalam telur dan salutkan dgn serbuk roti
🌸Simpan bahagian freezer

#DapurQaisara
#nugethomemade