Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Morninggg.. resepi breakfast..

Potato pancake

1) Sebiji potato
2) Sebiji telur
3)Daun bawang daun sup
Cara: rebus kentang empuk, tos pastu deep fry skjap. Tos minyak pastu lenyek2 potato ngn garfu. Bekas lain kocok telur letak sayur2 pastu masukkan kentang lenyek tadi kacau smpai semua sebati. Bila semua sebati akan jd pekat ye. Panaskan pan, ceduk sesudu atau bergantung size yg nak atas pan balik2 skjap je dh masak. Texture dia lembut gebu. Siap. πŸ˜‹

Resepi n photo kredit to : siti suraya gmua

#potato
#potatopancake
#breakfast
#babyfood
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Toddler’s Friendly Kurma Chicken served with Rice (Nasi saja buat lembik sikit πŸ˜„)

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 - 1 sudu besar serbuk kurma + sedikit air
- 1/4 bawang merah (ditumbuk halus)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 5 ke 6 biji Tomato Ceri (dibelah dua)
- Minyak untuk memasak
- Isi ayam (dipotong dadu)
- 1 cawan susu segar
- Sedikit Ginger Powder
- Sedikit chicken powder
- 1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
- 50ml chicken bone broth

CARA-CARANYA :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Tabur sedikit ginger powder dan kacau.
2. Masukkan campuran serbuk kurma dan sedikit air dan kacau sehingga perencah kurma itu tadi menjadi garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biar seketika. Kemudian, masukkan ubi kentang dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan chicken bone broth dan kacau. Biar seketika.
5. Tuangkan susu segar secukup rasa dan kacau. Biarkan selama 10 minit atau sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan ubi kentang mula menjadi lembut.
6. Masukkan tomato ceri dan kacau. Tutup api.
7. Siap dan hidangkan bersama nasi.

Resipi n photo : youhazreenda yahaya
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Kari ikan (8m+) 🐟

Bahan-bahan
1. Bawang merah
2. Bawang putih
*hiris 2 2 bawang nie & ambil sikit untuk tumbuk lumat
3. Halia (hiris)
4. Carrot
5. Ikan (sy guna ikan merah)
6. Santan segar
7. Serbuk kari (sy guna serbuk faiza)
8. Serbuk ikan bilis (by darwisyah)
9. Daun kari

Cara-cara
1. Tumis bawang merah, putih & halia yang di hiris nipis tadi sampai naik bau
2. Masukkan bawang2 yang dah di tumbuk lumat, tumis lagi sampai naik bau
3. Masukkan serbuk kari dan daun kari, bagi serbuk kari masak sekejap
4. Masukkan santan & sedikit air
5. Masukkan carrot
6. Last sekali masukkan ikan & serbuk ikan bilis
7. Biarkan sampai masak
8. Siappp πŸ˜‹

#firasheatandrepeat
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Forwarded from Yums Bytes Recipe Collections
Nasi goreng kampung versi baby
10month
Bahan2
Ayam di cincang halus
Ikan bilis (ikot bnyk mana nak)
Bawang merah ( cincang halus)
Bawang putih ( cincang halus)
Lada hitam sikit
Puree tomato
Kentang (cincang halus )
Nasi satu senduk
Cara2
πŸ‘‰πŸ»Tumis bawang merah , bawang putih sehingga naik bau
πŸ‘‰πŸ»masuk ayam , masuk ikan bilis , masuk kentang .. Gaul sampai ikan bilis garing
πŸ‘‰πŸ»masuk puree tomato (nk bg rse manis masam)
πŸ‘‰πŸ»tabur lada hitam (nk bg rse pedas sikit)
πŸ‘‰πŸ»masuk nasi gaul smpai masak siap hidang .. Slmt mncuba
-------------------------------------
Option
Blh tambh syur2 lain .. Sy xletak sbb xpi pasar hri ni πŸ™ˆ .. Ade kentang je tu bubuh kentang ..
*RESEPI MI KUNING HOMEMADE*

BAHAN-BAHAN

*untuk hidangan 2-4 orang

250gm tepung gandum secubit garam
1 biji telur ayam
50ml air (tapi saya lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat di uli dengan baik)
1 sudu teh serbuk kunyit

CARA-CARA

1. GAULKAN BAHAN

Pertama sekali, gaulkan semua bahan sampai menjadi doh dan tak melekat di tangan.

2. BAHAGI DOH KEPADA BAHAGIAN KECIL

Seterusnya, potong doh kepada 4-5 bahagian.

3. CANAIKAN

Kemudian, canaikan satu-satu hingga nipis. Bila dah puas hati, potong halus-halus guna dengan menggunakan pisau.

4. REBUS

Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air. Rebus dalam jangka masa seminit dua saja. Jangan terlalu lama ya, nanti mee jadi lembik.

Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah aliran air paip sejuk supaya memberhentikan mee daripada terlebih masak.

Ulangi proses ini hingga doh habis.

5. GORENG SEPERTI BIASA

Bila dah ada mee, bolehlah sediakan bahan untuk menggoreng mee seperti biasa.

Letak bawang, ayam, telur, sawi, atau apa-apa saja yang ingin diolah mengikut menu pilihan.
Photo from hajarhashim
Photo from hajarhashim
Photo from hajarhashim
*Cara-Cara Membuat Mi Kuning Secara Homemade. Segar,Lebih Bersih & Paling Penting Tak Guna Asid Borik*

*untuk hidangan 4-8 orang

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum
180ml air (untuk bahan uli)
5 sudu makan minyak masak
1 biji telur
2 cubit serbuk kunyit
Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.

2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.

3. Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama iaitu no.7. (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua untuk lebih halus, set no.4.

4. Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.

5. Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.

6. Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)

7. Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.

8. Gaul mi bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.

9. Mi ini tahan lebih kurang seminggu lebih.
Photo from hajarhashim
Resepi untuk anak/baby ulser ke..sakit tekak, xde selera..healthy fruit..pisang je xyah tmbah ape2 😍 nak tambah susu ebm/susu fm pun boleh 😁
Photo from hajarhashim
Gluten free cookies utk maryam 1y5m

πŸ”Ή227g pure butter
πŸ”Ή2 biji telur
πŸ”Ή130 tepung beras
πŸ”Ή130 tepung ubi
πŸ”Ή100g badam kisar

πŸ”ΉKacau butter dan telur hingga sebati. Sy gn mixer. Klu letak gula,kacau butter ngan gula hingga kembang dl br masukkan telur
πŸ”ΉMasukkan tepung beras,tepung ubi dan badam kisar

πŸ”ΉBentukkn dan bakar pd suhu 150c selama 29 minit

*Blh olah dgn tmbh gula,kurma,kismis,oat atau serbuk koko.

* Biskut ni x mudah hancur dan rangup tanpa gn baking soda dan baking powder

*pure butter boleh ganti dgn unsalted butter
Rolled gfcf almond cookiesπŸ˜‹

1biji telur
3/4cwn minyak msk
3/4cwn orcs (kisar halus)
10sb tpung beras
3sb tpung jagung
3sb tpung ubi kayu
1/2sk soda bikabonat
1/2cwn almond kisar

If nk buat roll mcm tu..bhagikan adunan kpd 2. 1adunan msukkn 2sb serbuk koko. 1adunan lg msukkn 1sb tpung beras. Lps roll & cover with plastic wrap...msukkn dlm freezer lbih kurg 4jam. Then potong & bakar. Suhu 180Β°c 25mnt.

Slamat mncuba😊

#almondcookies
#glutenfreecaseinfree
#gfcf
#autism