Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Pernah satu hari masa Maryam Nafisah, si kecil saya yang umur 3 tahun tu tengah duk seronok main ngan kakak dia kat tingkat atas, tiba-tiba kami dengar bunyi benda terhempas yang sangat kuat. Bumm!!

Sunyi sepi seketika. Selang beberapa saat lepas tu si Maryam mula menangis. Nyaring benar tangisannya. Tak macam selalu.

Terus saya rasa tak sedap hati lalu berlari naik ke atas.

Rupa-rupanya anak saya tu terjatuh dari kerusi dan bahagian kanan kepalanya meluncur cecah lantai dulu masa dia cuba panjat nak ambil sesuatu kat rak buku. Patutlah bukan main kuat lagi bunyi berdentum tadi.

Jantung saya masa tu jangan cakaplah, memang berdebar kencang sebenarnya sebab saya tahu kecederaan yang melibatkan kepala ni memang tak boleh buat main-main.

Mulalah terbayangkan kes terhentak kepala sampai tempurung kepalanya retak yang pernah kami jumpa sebelum ni. Kecut perut betul bila teringatkan benda macam tu.

Walaupun luarannya tak adalah nampak kesan luka atau bengkak yang teruk, tapi saya tak nampak apa kesan hentakan tadi kat dalam kepala si Maryam tu.

Jadi nak tak nak saya kena perhatikan dia betul-betul sepanjang hari tu sama sebijik macam saya pantau patient saya dekat hospital sana.

Bukan apa, kalau anak kita kepalanya terhantuk lepas tu tiba-tiba ada tanda bahaya, memang kena bawak ke hospital terus lah jawabnya.

πŸ‘‰ Ada muntah-muntah berterusan

πŸ‘‰ Sawan

πŸ‘‰ Pengsan

πŸ‘‰ Atau pun budak tu jadi mengantuk yang teramat sangat sampai hampir tak sedarkan diri

πŸ‘‰ Kat kepala tu ada benjolan yang terlampau besar

πŸ‘‰ Ada luka yang dalam siap dengan berdarah meleleh-leleh

πŸ‘‰ Mana-mana bahagian anggota badan si kecil tu jadi lemah

πŸ‘‰ Ada cairan atau pun darah keluar daripada hidung atau telinga anak

πŸ‘‰ Dia mengadu sakit kepala yang dasyat

πŸ‘‰ Mata jadi kabur, nampak tak nampak je

Itu semua tanda KEMUNGKINAN BESAR kecederaan otak dah berlaku kat anak kita.

Kadang tu benda ni berlaku cepat. Tapi ada jugak kes pendarahan otak (intracranial bleed) yang terjadi secara perlahan-lahan dan tanda-tanda bahaya tu muncul lebih lambat.

Sebab tu tempoh 24 jam lepas anak kita terjatuh tu adalah tempoh yang sangat kritikal untuk kita pantau.

Jika anak kita tu kekal aktif dan tak ada tanda bahaya yang saya beritahu tu, insyaAllah selalunya tiada kecederaan serius.

Saya tuliskan balik cerita ni bukan apa, saya rasa semua mak ayah WAJIB kena ada ilmu penting ni supaya nanti tahu apa nak buat kalau anak terjatuh dan kepala dia terhantuk.

Bantu saya untuk #beritahu info yang sangat penting ni pada pasangan dan ahli keluarga masing-masing ye.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Kalau nak belajar lagi ilmu penting tentang kesihatan anak kecil kita, jemputlah follow FB ni dan set β€˜See First’ siap-siap ye.

#notaDrALB
🍼πŸ₯› Elakkan Suap Air Masak Untuk Bayi Bawah 6 Bulan 🍼πŸ₯›

Air masak ni nanti akan buatkan:

❌ Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu.

❌ Tak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.

❌ Buah pinggang baby tu masih belum matang dan tak akan mampu nak proses cecair yang terlalu banyak dalam badan.

Akhirnya bayi berisiko untuk mengalami water intoxication. Tubuhnya kelesuan, berpeluh secara melampau, suhu badan jadi rendah, jumlah kencing berlebihan dan tubuh badan serta muka baby membengkak.

Teruskan saja dengan susu ibu atau susu formula. Itu pun dah cukup nak bekalkan air untuk keperluan si comel kita. πŸ₯°

#NotaDrALB
😱 Anak Cirit Birit Teruk Sebab Makanan? 😱

Saya perhatikan ramai anak-anak kita yang gembira benar kalau dapat makan ayam goreng. πŸ—πŸ—

Okay saja. Cuma pastikan kita periksa dulu makanan tu supaya tak tersuap ayam yang tak dimasak sempuna.

Makanan yang tak dimasak sempurna berisiko untuk jadi tempat kuman membiak.

Antara tandanya:

❌ berbau hanyir
❌ berlendir
❌ tekstur daging berbeza dari biasa
❌ suhu di bahagian daging lebih sejuk
❌ ada kesan darah terutama dekat tulang ayam
❌ daging berwarna kemerahan

Si kecil kita tu imuniti badannya belum sekuat kita. Kadangkala, jangkitan kuman yang ringan bagi kita mungkin boleh jadi penyakit yang teruk bagi mereka. πŸ˜“

#notaDrALB
πŸ‘‚ Kaedah Cuci Telinga Bayi Paling BerkesanπŸ‘‚

πŸ–Œ Celupkan cotton bud ke dalam baby oil atau minyak zaitu

πŸ–Œ Sapu dan bersihkan disekitar cuping telinga anak

β›” Elakkan dari masukkan cotton bud atau pengorek ke dalam salur telinga

Telinga kita ni magic. Tuhan dah ciptakan satu mekanisma yang sentiasa menyapu keluar tahu telinga (ear wax). πŸ₯³πŸ₯³

Jadi jangan masukkan cotton bud ke salur telinga. Ear wax tu akan masuk jauh terlalu ke dalam hinggakan berlaku sumbatan (impacted ear wax) lalu akibatkan pendengaran anak kita terjejas. πŸ˜”πŸ˜¨

Jom ajak mak ayah yang lain belajar ilmu kesihatan anak di Channel Dr ALB
Share link ni ye: https://t.me/NotaALB

#NotaDrALB
😨 Anak Kerap Jatuh Sakit? 😨

Boleh jadi punca utamanya sebab pertahanan badan si kecil tu lemah. Jadi mak ayah kena belajar jugak cara nak kuatkan sistem Imuniti badan anak kesayangan kita tu. πŸ’ͺπŸ’ͺ

Bincang dengan pasangan kita dan revise balik:

πŸ€” Cukup tak rehat anak kita tu?
πŸ€” Okay tak kualiti tidur dia?
πŸ€” Banyak tak minum air kosong setiap hari?
πŸ€” Jajan, junk food, fast food, masih makan tiap-tiap hari ke?
πŸ€” Ada tak stok buah-buah yang tinggi vitamin C macam jambu batu, lemon dan betik kat rumah kita?

Mana yang masih kurang boleh sama sama baiki. Bila anak sihat dan cergas berlari, kita pun senang hati. 😊

#NotaDrALB
🦷🦷 7 Tips Penting Nak Elakkan Karies Gigi Anak 🦷🦷

πŸ”… Elakkan anak kita tu tidur dengan botol susu melekat kat mulut.

πŸ”… Jangan letakkan manisan atau gula pada puting (pacifier).

πŸ”… Galakkan anak-anak minum pakai cawan je seawal umur 1-2 tahun

πŸ”… Untuk anak yang belum tumbuh gigi, bersihkan gusinya dengan kain bersih yang dah dibasahkan setiap kali lepas makan.

πŸ”… Tengokkan anak masa dia gosok gigi. Mana yang belum pandai, kita tolonglah beruskan selama 2 minit.

πŸ”… Gunakan ubat gigi yang mengandungi florida.

πŸ”… Bawaklah anak untuk pemeriksaa gigi secara berkala.

#notaDrALB
😨 Apa Tu Shaken Baby Syndrome? 😨

Ni antara penyebab utama kecederaan kepala yang serius di kalangan bayi.

πŸ‘‰ Bayi yang digoncang atau ditimang secara keterlaluan berisiko mengalami pecah salur darah lalu mengakibatkan pendarahan dalam otak.

πŸ‘‰ Selalunya terjadi pada bayi berusia kurang setahun terutamanya 6 bulan ke bawah.

Kesannya sangat dasyat. Bayi mungkin akan:

😱 Hilang penglihatan
😱 Cacat kekal pada anggota badan
😱 Mati

Jadi tolong ingatkan family kita supaya tak ada yang terlampau excited bergurau atau marahkan bayi hingga tergoncangkan tubuh si comel tu.

Jom belajar lebih banyak ilmu kesihatan anak di Telegram Dr ALB:
➑️ https://t.me/NotaALB .

#NotaDrALB