Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Adakah ibu pernah diberitahu bahawa kanak-kanak kecil HARUS meneruskan pengambilan susu? 🙋
⁣.
Susu adalah sumber kalsium dan vitamin D untuk tumbesaran anak-anak kecil… tetapi, tidak semestinya mereka perlu meminumnya!
⁣.
Ramai ibu ayah yang sangat tertekan kerana apabila menginjak usia 1 tahun, anak-anak sudah tidak mahu minum susu, berhenti menyusu susu ibu atau susu formula.
.
Kebanyakan ibu ayah risau anak-anak tidak mendapat nutrien yang cukup untuk pertumbuhan, atau risau anak-anak lapar, sehingga buntu dan terus memaksa anak menyusu.
⁣.
⁣JANGAN BIMBANG!
.
Tidak mengapa sekiranya anak-anak yang berusia 1 tahun ini sudah mula menolak susu. Ini kerana, mereka sudah memperoleh nutrien utama yang terdapat dalam susu dari makanan-makanan lain.⁣
⁣.
Contohnya, untuk menggantikan nutrien yang terdapat dalam susu, ibu ayah bolehlah menambah makanan kaya kalsium dan vitamin D ke dalam pemakanan anak-anak secukupnya. Ini juga memastikan bahawa ibu ayah memberikan makanan seimbang untuk anak-anak.
.
#momkingdom
Tahukah ibu-ibu... bila ibu bagi anak memegang finger food untuk anak belajar makan sendiri, dalam masa yang sama ia dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus mereka?
.
Kemahiran motor halus yang digelar 'pincer grasp' ini adalah keboleh anak-anak untuk memegang objek dengan ibu jari dan jari telunjuk.
.
Kemahiran ini sangat penting sebagai langkah pertama untuk anak-anak mula memegang barang dan untuk anak mula memegang pensil dengan baik di kemudian hari.
.
.
#MKshare #MomKingdom