Sejak dah ada anak dan belajar tentang pemakanan sihat, Mami akan belek dulu bahan (ingredients) di setiap paket barang sebelum beli. 🧐
Penting untuk kita tahu, bahan yang tertulis di depan sekali itulah kandungan utama makanan/minuman berkenaan.
Jika gula/sukrosa/glukosa/garam/sodium di depan sekali, memang Mami letak semula lah, sebab makanan/minuman tu tinggi gula/garam.😵
Haritu belek bahan fish ball di pasar.
Hmm tinggi garam pula. Fishnya pun belum tentu terasa, tepung je banyak. 😅
Maka kita homemade saja lah fish ball yang lebih sihat untuk seisi keluarga.
Dah ada fish ball ni, boleh digoreng makan begitu saja (finger food/kudap-kudap) atau masuk dalam lauk pauk yang dimasak.
RESEPI VEGIE FISH BALL HOMEMADE 🍡 :
- isi ikan (Mami guna ikan siakap & tongkol)
- tepung gandum unbleached
- tepung ubi/sagu
- serbuk lada putih
- sayuran pilihan (Mami guna jagung mentah & bayam)
- air rebusan ikan
1. Rebus ikan hingga masak, tos & sejukkan.
Dah sejuk, asingkan tulang, ambil isi sahaja.
2. Masukkan semua bahan yang lain. Jika mahu tekstur yang lebih kenyal, banyakkan tepung. Mami kurangkan tepung untuk dapatkan rasa ikan yang pior. Air rebusan ikan boleh masukkan sedikit demi sedikit.
3. Doh agak melekat di tangan. Letakkan tepung di telapak tangan untuk uli ikut bentuk citarasa masing-masing.
4. Rebus fish ball itu dengan air panas yang dah menggelegak. Ball yang sudah masak akan timbul. Boleh angkat & toskan.
5. Boleh disimpan di dalam freezer untuk jadikan stok makanan sekeluarga.
Asingkan ikut portion masak supaya kualiti rasanya terpelihara dari terdedah bila kerap dibuka (defrost) dan disimpan semula (refreeze).
Cara ni sama saja macam buat keropok lekor homemade. Mami pernah share dalam group ni. Hehe.
Selamat mencuba! 😘
#AnggunSafiyyaFoodJourney
#1y22d
#HealthyBabyFood
#NoSugarNoSaltNoMSGNoInstantFood
#JomAmalkanGayaHidupSihat