Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
#Menu 7 bulan
#Sarapan Pagi
#Makan Petang

*💓 MEE LABU GORENG SIMPLE VERSI BABY 💓*

Bahan Bahan :

mee labu fatboi
bawang putih ditumbuk
bawang merah ditumbuk
isi ayam
mirepoix
sayur kailan
lobak merah
sedikit air
serbuk ayam / ikan bilis
minyak zaitun untuk menumis

Cara Cara :

rebuskan mee dan juga lobak merah sehingga empuk .
angkat dan toskan .
ketepikan seketika .
panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau .
masukkan isi ayam dan juga mirepoix .
kacau sebati .
tambahkan sedikit air .
apabila isi ayam sudah masak , masukkan mee dan juga lobak merah .
kacau rata .
perasakan dengan serbuk ayam / ikan bilis .
masukkan sayur kailan .
masak seketika .
tutupkan api .
siap , sedia dihidang 💓

#Menu 8 bulan
#Makan Tengahari
#Makan Malam

*💓 BUBUR NASI JAGUNG VERSI BABY 💓*

Bahan Bahan :

beras
1/2 ketul jagung ( ambil isi sahaja )
1/2 batang lobak merah ( potong kecil )
1 ketul cfs
isi ayam
1 sk krim keju / santan
air secukupnya

Cara Cara :

basuh beras bersih bersih dan masak bubur seperti biasa .
apabila bubur hampir masak , masukkan lobak merah dan juga isi jagung .
masak sehingga lembut .
kemudian masukkan isi ayam dan juga cfs .
kacau sebati dan masak sehingga bubur masak sepenuhnya .
masukkan pula krim keju / santan .
masak seketika .
tutupkan api .
siap , mudahkan ? 😁
sedia dihidang 💓

#Menu 10 bulan
#Makan Tengahari
#Makan Malam

*💓 SAMBAL IKAN TENGGIRI VERSI BABY 💓*

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 keping ikan tenggiri
1/2 sk serbuk kunyit
sedikit herba campuran

Bahan B :
bawang putih ditumbuk
bawang merah ditumbuk
pes tomato
serbuk ayam / serbuk ikan bilis
minyak zaitun

Cara Cara :

satukan Bahan A dan gaul sebati .
panaskan minyak dan goreng separuh masak .
angkat dan toskan .
ketepikan seketika .
baki minyak tadi , tumiskan bahan bawang sehingga naik bau .
kemudian masukkan pes tomato .
masak sehingga terbit minyak .
tambahkan sedikit air jika perlu .
masukkan ikan yang telah digoreng tadi .
kacau sebati .
masukkan pula bahan serbuk .
masak seketika .
tutupkan api dan tuangkan ke dalam pinggan .
siap , sedia dihidang 💓

#Menu 8 Bulan
#Sarapan Pagi
#Makan Petang

*💓 FLUFFY CARROT PANCAKE VERSI BABY 💓*

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 biji putih telur

Bahan B :
1 biji kuning telur
3 sb lobak merah ( dah direbus dan dilenyek )
1 sb pisang mas ( boleh guna puree kurma )
2 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/4 cawan susu penuh krim
1/2 sk minyak zaitun
sedikit esen vanilla

Cara Cara :

pukul Bahan A sehingga kembang dan gebu .
ketepikan seketika .
di dalam bekas lain , satukan Bahan B dan kacau sehingga sebati .
kemudian masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil digaul rata sehingga adunan habis .
panaskan kuali tahan lekat dan sendukkan adunan .
masak menggunakan api yang kecil sahaja .
terbalikkan adunan apabila permukaan atas sudah kelihatan buih buih dan berlubang .
masak seketika kemudian angkat dan letakkan di dalam pinggan .
ulang sehingga habis .
siap , sedia dihidang 💓

#Menu 7 bulan
#Sarapan Pagi
#Makan Petang

*💓 SOFT TOFU WITH GRAVY MANGO SAUCE VERSI BABY 💓*

Bahan Bahan :

1/2 ketul tofu organik
1/2 biji buah mangga manis
1/2 cawan susu penuh krim ( dah dimasak )
1 sk krim keju ( optional )

Cara Cara :

stimakn tofu selama 10 minit .
angkat dan letakkan di dalam pinggan .
ketepikan seketika .
satukan buah mangga , susu dan juga krim keju ke dalam bahan pengisar dan kisar sehingga sebati .
tuangkan ke atas tofu tadi .
mudah bukan ?
kalau mommy2 nak tukar buah lain pun boleh , ikut citarasa masing masing 😘
siap , sedia dihidang 💓

#Menu 8 Bulan
#Makan Tengahari
#Makan Petang

*💓 SALMON GRILL VERSI BABY 💓*

Bahan Bahan :

1 keping ikan salmon

Bahan Perap :

bawang putih ditumbuk
serbuk lada hitam
serbuk ikan bilis
herba campuran
serbuk paprika

Cara Cara :

basuh ikan bersih bersih dan perapkan bersama Bahan Perap selama 40 minit atau lebih .
kemudian bakar di atas pemanggang sehingga masak .
sambil bakar , renjiskan sedikit minyak zaitun .
angkat dan letakkan di dalam pinggan .
hiaskan bersama bawang holland yang digoreng dan juga lobak