Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
*9 TIPS NEUROPARENTING BOLEHKAN ANAK-ANAK AMALKAN MAKANAN SIHAT*

1. Bawa anak ke pasar. Berikan ruang mereka buat pilihan sayur atau buah.

2. Ceritakan kebaikan sayur atau buah tersebut.. Berikan contoh orang yang mereka kenal dan kagum makan sayur/buah yang mereka atau ibubapa pilih.

3. Pastikan pantri dan peti sejuk tiada makanan segera, jajan atau yang sama waktu dengannya.

4. Basuh sayur atau buah bersama anak-anak.

5. Minta mereka cadangkan bagaimana mahu dimasak sayur itu.

6. Potong sayur dengan lebih kreatif. Potong dalam bentuk tertentu. Supaya kelihatan menarik.

7. Pelbagaikan cara masakan. Buat dip yang boleh mereka cicah sayur tersebut. Contoh mudah ialah bakar karot yang dipotong seperti bintang dan sapu madu di atasnya.

8. Puji perbuatan anak makan makanan berkhasiat. Beritahu perubahan pada diri mereka selepas mereka mengambilnya.

9. Ibubapa juga perlu makan bersama anak- anak. Jadikan makanan anak-anak itu juga makanan kita.

#DrOtak