Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Atudiaaaa siap nugget baby 1tahun > dan anak2 yg dh tumbuh gigi .

Ada yg nak resepi nugget baby ke ?

Resepi nugget πŸ”πŸ”πŸ”

Bahan
1)isi ayam
2)carrot (sparuh)
3)saderi
4)3keping roti
5)cauliflower
6) telur 1 biji
7 ) Cbb

- masukkan bahan 123456 dalam blender.

- panaskan cbb 3@4 kiub besar dan masukkan kedalam blender .

-blend kan kesemuanya dan masuk kedalam loyang dan kukus 35-45 minit.

-biarkan sejuk dulu , potongkan @ bentukkan .

-salut telur dan salut serbuk roti . Goreng smpai warna keemasan dan siap dihidang.

😍😍😍 sedapppp org tua2 pun bole makan tau .
Credit to : Aimye Amiruddin (GMUA)
#realkidrealfood
#realfood
#nosaltnosugar
Ni nugget nasi bahan2 πŸ‘‰πŸΌayam/salmon πŸ‘‰πŸΌsyur2an πŸ‘‰πŸΌcbb πŸ‘‰πŸΌ olive oil πŸ‘‰πŸΌ nasi πŸ‘‰πŸΌ air (cikit je,buh masa blender) πŸ‘‰πŸΌtlur putih 🌹blender semua bhn2🌹 kemudian kukus 20minit..lpas 2 mnit biar sejuk kemudian potong..kalo nk goreng boleh goreng cam tu je atau buh breadcrumps..settle
Photo from hajarhashim
Sebelum ni ummu pernah share resepi "Puding Roti" versi baby ni..

Kali ni ummu share lagi mana yang tak dapat nak share tu ye.. Ummu halalkan :)

Harini mood membaking sudah mariii.. Apa lagi jadi lah sebentuk kasih sayang ni untuk heroΒ² Ummu.

Puding Roti Kukus (dari 8bln++)
==========================
4 keping roti
1Β½ cawan susu formula/susu ibu
1 sudu besar unsalted butter (cairkan)
2 biji telur (dipukul)
sedikit puri buah (xkisahlah buah ape, janji anak suke)
sedikit kismis/kurma (dicincang)

CaraΒ²:
1) Panaskan pengukus

2) Rendam roti dalam susu, ketepikan. (terpulang nak potong dulu roti ke Ummu hancur2kan dgn sudu jer bile dah kembang)

3) Masukkan butter, telur dan puri buah (Ummu guna kurma) dalam mangkuk lain. Kacau sebati.

4) Campurkan adunan telur ke dalam rendaman roti tadi. Kacau rata.

5) Masukkan adunan ke dalam mangkuk/loyang yang telah disapu dgn sedikit butter. Tabur kismis/kurma sebagai hiasan.

6) Kukus 15-20 minit atau sehingga masak.

*HeroΒ² ni suka kalau buat puding roti lembikΒ² sikit sebab senang die nk telan tanpa kunyah.. Baby takde gigi pun senang makan.. :)

#Jom_share
#Follow_Ummu
#Good_info_in_coming
Photo from hajarhashim
Rice Porridge with Peas and Tofu
(Sesuai untuk bayi berumur 6-8 bulan)
.
.
Untuk rice porridge saya tak cadangkan makan bubur semata-mata sebab nasi kosong hanya mengandungi iron dan starch sahaja. Tiada khasiat nutrient yang lain.
.
.
Bahan-bahan
2 sudu besar serbuk beras toddible dilarutkan dalam 100ml air sejuk
serbuk chicken stock
1 sudu kacang peas dibuang kulit
1/2 tofu dipotong
.
.
Cara memasak
.
Masakkan kacang peas dengan chicken stock sehingga lembut. Lenyek-lenyekkan kemudian tambahkan dengan tofu.
.
Apabila sudah mendidih, tambahkan larutan serbuk beras dan kacau sehingga bubur kembang.
.
Purikan semua dan hidangkan pada bayi anda.
.
Jangan lupa sentiasa periksa suhu sebelum dihidangkan.

Ps: kalau bubur nasi jangan frozen kan yaa...sayang baby takut sakit perut nanti.

#toddible
#resepimakananbayisihat
Fish Fingers
(sesuai untuk 10 bulan ke atas)
.
Bolehlah sekali sekala mencuba resepi baru untuk bayi anda. Yang penting, bila homemade kita dapat pastikan ianya BEBAS daripada gula, garam berlebihan atau pun perisa tambahan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip kami di Baby Food Natural.
.
.
Bahan-bahan
♨️ 75g breadcrumb putih
♨️ 20g grated Parmesan cheese
♨️ 2 sudu besar parsley (saya guna jenama Hexa)
♨️ 2 keping dory fish fillet*
♨️ 2 sudu besar tepung gandum unbleached
♨️ 1 biji telur dipukul sampai kembang dengan satu 1 sudu air
♨️ vegetable oil
.
.
Cara memasak
.
1. Gaulkan breadcrumbs, parmesan cheese, dan parsley. Saya gaul dengan food processor je..manual pun ok je..dan letak dalam pinggan
2. Potong keping-keping fish fillet tu sampai berbentuk jejari.
3. Salutkan keping jejari ikan dengan tepung dan kemudian celupkan dengan telur yang dipukul bersama air.
4. Salutkan pula dengan campuran breadcrumb, cheese dan parsley.
5. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan
.
.
Ps
- kalau nak simpan, boleh asingkan dengan cling film (yang buat tutup lauk tu) dan simpan dalam freezer.
.
.
Selamat mencuba mums & dads :)

#babyfoodnatural
#resepimakananbayisihat
Photo from hajarhashim
Malam ni buat pasta cream cheese je dekat Afi. Barang basah takde so kita guna bahan yang ada. Ni laa gunanya ada TODDIBLE. Kalau barang basah macam ayam, ikan, sayur takde so #beef_floss dan #vege_sweet_potato yang instant ada sebagai penyelamat.

Si montel makan happy floss bersama pasta, mama pun senang tak terkata..hoorayy!

#Baby_toddible
#Happy_floss
#Vege_powder
Photo from hajarhashim
Assalamu'alaikum & Selamat Pagi. Apa khabar semua sihat?

Misi nak meroket berat badan Afi..hihi. So pagi ni wani bekalkan Afi cekodok simple je. Yang pastinya berkhasiat penuh dengan bijirin oats, gandum, kurma, cream cheese, vege sweet potato & fresh milk. No salt & no sugar.. Dah memang terasa manis kurma tu tauu.

Wani sempat la jamah satu nyumm2 lembut di dalam rangup di luar. Maybe sebab boh oats kan tu yang jadi crunchy. Rugi pulak rasa buat cikit tadi..hihi. Mak-mak yang anak susah nak makan tu boleh la cuba resepi ni. Nah wani share gambarπŸ€—
*Cottage Pie* lagiπŸ˜πŸ˜πŸ˜‹πŸ˜‹

1. Rebus kentang sebiji besar
2. Masukkan bahan2 dalam gambar carrot,onion,garlic,chicken
4. Gaul2 masuk dalam bekas

Saya susun kentang dulu ratakan pastu tengah tu parut cheese(beqa block biru)
Pastu masukkan kentang lagi atas parut cheese lagi

Cottage pie ni asalnya ada susu dan bahan2 ayam bawang semua tu kena tumis dulu tapi saya tak rajin nak tumis lagi campak2 je dalam mangkuk sekali. Susu takda freshmilk so tak letak pun, kalau letak lagi sedap 😁

#cottagepie
Pancake Pisang

Pisang emas besar 5biji
Tepung beras 1/2 cawan
Tepung jagung 1/4 cawan
Tepung ubi 1/4 cawan
Telur 1biji
Cooking Coconut Oil(CCO) 2 sudu besar
Air 1 cawan
Serbuk Kayu Manis Ceylon secubit

Kisar je semua ni. Kalau rasa cair sangat, tambah sikit lagi tepung beras.

Pastu, goreng atas magic pan.