Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Arryan fasa xmau mkn nasi, ari ni mama buat Cucoq nasi berlauk,Alhamdulilah abis manja mama ni mkn..Resepi amik dlm group ni..

Resepi-
Nasi
Sedikit Tepung gandum unbleached(jenama faiza)
Ayam dipotong dadu
Bayam, daun sup dan tomato cherry
Susu full cream
#Campur sume bahan macam kita nk buat Cucoq, pas2 boleh goreng ats pan, sy pkai minyak sdikit je..

#8months#
-tiadagigilagi-
10 TIPS UNTUK BABY SEMBELIT (usia 6-7 bulan)

1. beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving)
buah naga, avocado, betik,plum.

2. elak epal, pisang( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit)

3. beri makanan berasaskan timun (buang kulit), labu, butternut, zuchini (buang kulit).

4. elak /delay karot dan kentang

5. elak sayuran hijau cth bayam , brokoli. delay lagi 1-2 bulan.

6. wajib letak 1-2 sudu oil & fat cthnya ghee, olive oil, virgin coconut oil

7.elak/ delay ayam, daging, ikan untuk 1 bulan lagi

8.dapatkan protein dari sumber millet, quinoa, bean. kalau guna green peas cukup 5- 10 biji sahaja.

9. elak beras . kalau dah start makan bubur nasi - guna baby mix porridge millet quinoa

10. beri air kosong 1-3 oz semasa makan (sebelum selepas)
Idea breakfast 🤗

Fluffy pancake
5 biji kurma buang kulit lenyekkan jd puree (1y ke bawah) atau 2tbsp madu (1y+)
1biji telur
½ cawan susu full cream
1cawan tepung naik sendiri atau tepung gandum
1sk baking powder
1sb unsalted butter (cairkan)/minyak masak

Cara
1. Satukan puree/madu, susu dan telur. Mix sebati. Manja2 je
2. Masukkan tepung dan baking powder. Mix lg.
3. Tuangkan butter cair. Kacau sekata. (bater yg dihasilkan tidak terlalu pekat atau cair)
4. Biarkan sekejap 15min. bole la masak atas nonstick pan.

(mix guna whisk je)

#hakimihakimfooddiary
Rule number 1
Jangan paksa anak makan
Ada 3 benda yang tak boleh paksa anak buat
1. Paksa makan
2. Paksa tidur
3. Paksa membuang najis

Lagi dipaksa lagi taknak makan.

Saya cadangkan
1. Makan bersama. Jangan biar anak makan seorang.
2. Tukar dari pinggan dewasa ke pinggan kecil kanak kanak
3. Letak sahaja makanan atas meja, jika taknak makan ketika itu takpe tapi tak perlu mengalah memberi makanan lain. Jika anak lapar akan datang juga ke meja dan makan makanan yang telah disediakan.
4. Selepas itu cuba buat resipi, sediakan makanan bersama anak anak

Jangan sesekali paksa anak makan ye

Sebenarnya untuk anak menerima makan bukan melalui
paksaan
rasuah
denda
sorok makanan dalam makanan lain

Tapi melalui
pendedahan

Tingkatkan pendedahan anak kepada makanan melalui
shopping bersama
masak bersama
sediakan makanan bersama
makan bersama

Kenapa anak lebih banyak makan di taska/pengasuh/sekolah tapi sampai ke rumah susah nak makan?sebab suasana yang ada di rumah tak best untuk dia makan..

Nanti ada masa lagi saya up lagi tips tips..

Sekian
Dietitian fizah
Best cookies for your babiessss!

Sebab cookies Fawwaz kami adunkan khasss tanpa telur untuk bayi.

Tepung yang terpilih khas untuk nutrisi tubuh si manja.

Travel hujung minggu ni. Mommies Jangan tinggal. Bawa sebagai bekal. Boleh si manja kudap-kudap. 😋.
Di antara membaca,bercakap dan menulis,mana satu nak dimulakan dulu?

1. Bercakap.
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun.

Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia. Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya org sekeliling tahu apa yg hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.

Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia,iaitu dlm masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak,bagi salam... say 'hi',cium.... peluk,cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak mcm tak betul sikit bila duduk dekat ward,kita sorang2 dok sembang sambil bagi eye contact kat baby. Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia,nak2 dlm dua tahun pertama.

Seringkali saya tanya pada parents,'anak sudah boleh bercakap atau belum?' Kebanyakannya jawab 'dah,ada cakap... ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.' Saya cakap,itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!

Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact,kena ada anak menjawab balik pertanyaan,sahut panggilan nama dari mak ayah,memanggil,bukan menyebut saja.

Pernah semasa anak saya admit di hospital,ada seorang ibu 'bercakap' dengan anaknya yg setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! 'B.U.K.U... BUKU!' Agaknya dia target anak dia utk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa,saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan 'belajar' melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yg tak kena je,mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!

Rimas saya tengok!
MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!

Bercakap kena ada eye contact.
Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak.
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya.
Bercakap adalah komunikasi,ada org yg mendengar,ada org yg membalas balik.
Bercakap kena ada peniruan,baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian.

Pemberian gadget dan belajar di usia ini?
Kalau boleh,elakkan!

2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Penting utk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yg besar pada ketika ini utk sesi menconteng.

Kalau risau anak conteng dinding,belikan kertas mahjong besar2,tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih,catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat,redha je la dinding rumah kena conteng.

Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya.
Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan.
Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain).
Menconteng mewujudkan midline crossing abilities.
Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).

Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas,atas lantai,dekat dinding,buku... kita dah dewasa ni,tolonglah fikirkan cara terbaik utk menggalakkan anak2 menconteng. Ikutlah masing2 nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke.... yg penting,fikirkan cara!

Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu... guna ranting kayu... tak kesah apa pun,asal anak boleh conteng.

Waktu usia ni,janganlah force anak utk menulis sangat. Asyik2 nak suruh tulis ABC,nombor,huruf jawi...

Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG.
Lukislah bentuk2 yg ada di sekeliling kita.
Lukislah haiwan,tumbuhan,rumah,atau apa saja.
Layankan anak melukis.
Gunalah water colour,crayon atau apa saja alatan melukis.
Tak rugi spend duit beli benda2 ni semua. Tak rugi!

3. Mewarna.
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Ajarlah warna di usia ini.
Aktiviti mewarna membantu anak2 membentuk garisan lurus,menegak,menyerong,membulat dan sebagainya.

Warna lukisan yg diwarnakan biarlah padan dengan usia anak.
Janganlah disuruh mewarna lukisan yg complex. Kalau boleh,elakkan mewarna lukisan yg di dalam gadget.

Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa2 makna kepada otot tangan. Mcm mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini,tak payahlah risau kalau anak2 masih lagi tak pandai warna dlm garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yg penting,dia tahu nak warna kat mana.

Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna.
Tak payah bawak pergi mall,mewarna kat bahagian2 yg ada lukisan2 utk diwarnakan,lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family,suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yg amat.

4. Menulis dan membaca.
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas.
Usia yg dikira LEWAT utk boleh membaca: 11 tahun.

Logically,bila anak dah belajar garisan yg banyak2 melalui menconteng dan mewarna,persiapkanlah dirinya utk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.

Boleh ajar menulis di satu sesi,kemudian ajar mengenal huruf di sesi yg kemudiannya.... pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yg paling awal! Belum terlewat lagi.

Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf,bunyi2 huruf... mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.

Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat,insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.

Kalau kita 'terbalikkan' semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.

Kalau terasa ada kesannya,jangan segan nak bawa jumpa therapist utk betulkan masalah yg ada.

Sekian.

.........

Gambar sebagai contoh sahaja bukan galakkan untuk anak2 conteng dinding.

Mak ayah sila tampal kan kertas besar Di dinding supaya anak2 bebas bermain dalam masa Yg sama dapat berkarya dengan selesa

Sumber : Liyana Raya

.
MINUMAN BERKULTUR PUNCA BATUK?

Minuman probitotic harus ada gula sebab itu adalah makanan kepada bakteria baik iaitu probiotic sendiri
Jika tiada gula probiotic tak boleh hidup dan tidak akan jadi minuman berkultur.

Disebabkan kandungan gula tinggi tak digalakkan minum terlalu kerap bukan sahaja oleh anak anak tapi dewasa pun sama

Alternatif sumber probiotic boleh didapati dari makanan diawet semulajadi seperti
- keju
- tempe
- yoghurt

Saranan ambil probiotic lebih adalah apabila
- cirit birit akibat salah makan (bakteria jahat banyak dari makanan tak elok)
- cirit birit lepas ambil antibiotic (ubat tersebut membunuk bakteria jahat dan baik juga kena)
- lembutkan najis (JIKA sudah minum air,makan serat mencukupi)

Dan ini juga boleh didapati melalui serbuk probiotic yang dijual di farmasi. Tidak semestinya dari minuman berkultur.

Yang boleh menjadi batuk bukan dari minuman berkultur secara langsung, boleh terjadi
- minuman sejuk (lagi sejuk lagi batuk)
- kerap minum air manis
- kurang minum air masak
- kurang ambil makanan berkhasiat seperti buah dan sayur

Satu lagi peringatan probiotic ada pelbagai jenis. Bukan semua ada satu fungsi. Contoh untuk lembutkan najis lain jenis dari yang untuk sakit perut.
Kalau ada masa saya akan terangkan lagi nanti na

Sekian
Dietitian fizah
Carta susu bayi
Menu minum ptg Hana harini Potato Smiley🤗
Sorry la dik,tgn mama x dak seni..tgok org len buat comey2 jaa😅
Mama buat bersopak abih muka dia..mcm org baru lps excident..parut penuh🤣🤣

😊Resepi potato smiley:
-3 biji kentang (saiz kecik)
-2 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar tepung gandum unbleaced
-2 scoop susu formula (optional)
*rebus kentang sehingga empuk n lenyek bersama tepung n susu formula.
*bulat2kan kecik2.
*leperkan n buat mata guna straw,n mulut guna sudu
*goreng dlm minyak yg byk n api slow..sentiasa terbalik2kan smiley sehingga masak.
*utk frozenkan,goreng separuh masak n simpan dlm freezer.
*adunan ni dpt 12 ketul smiley..nak buat byk,gandakan bahan k😉

#hanahumairafoodjourney
#8months6days
#tiadagigi
Finger Food(Potato Sticks)❤️
Hari Tu Mama Ada Update Pasal Melur Nak Makan Potato Sticks Tapi Taknak Pegang Sendiri. Dia Macam Geli Nak Pegang Makanan.
Tapi Kalau Mainan Laju Je Masuk Mulut.😅

So Hari Ni Mama Try Offer Dia Potato Sticks Lagi. Alhamdulillah, Berjaya Dia Pegang & Makan Sendiri. Siap Dua2 Tangan Guna Nak Masuk Mulut😂

Mama Guna Tips Ni👇🏻
💕Letak Finger Food Dalam Pinggan Yang Boleh Lekat Kat Walker Dia. So Dia Tak Boleh Angkat Pinggan Tu.
💕 Terus kan Offer Finger Food. Letak Je Depan Dia. Confirm Dia Try Amek.
💕Makan Sekali Nanti Dia Tiru Kita Makan.

Thanks Mommy2 Yang Bagi Tips Kat Mama Melur Hari Tu😍😍

Resepi Potato Sticks
3 Biji Kentang
2 Sudu Tepung Jagung
Carrot
Daun Sup
Ayam (rebus Dulu)

Campur Semua, Buat Bentuk Dan Goreng😊
Ni Je Resepi Mudah Yang Boleh Follow Untuk Sekali Makan Melur & Mama😊
Mama Tak Pandai Buat Frozen.

#MelurArissa8Bulan2Hari💜😘
#MelurFoodJourney
Finger food project.
Aisyah Arissa, 9 bulan.

Sweet potato fingers:
- rebus sweet potato, kemudian dilenyek.
- campurkan sedikit shj tepung jagung sekadar xmelekat utk dibentuk.
-boleh juga bentuk mcm donut, tp saja buat finger sbb senang Aisyah nak gigit.
- siap utk digoreng.

P/s: sy buat lebih, bekukan dan simpan. Homemade frozen food.

_Sarah Diyana_
Finger food utk Zayyan
Breakfast pagi ni...

Homemade Fries☺️

1. 2 biji kentang (rebus,lenyek)
2. 2 sudu tepung jagung
4. Carrot
5. Sayur bok choy/pak choy

- Gaul semua
- Bentukkan ikut citarasa masing2

No SALT
No MSG

11 Months
4 batang gigi

SILAKAN SHARE☺️☺️☺️
Breakfast Little rara pagi tadi.
👧🏻Rara - 8 bulan 9 hari ada 2🦷 atas and otw 2🦷 bawah

🥞Blueberry Oats Pancakes 8m+
———-//————-

1/2 cawan oats
1 biji kuing telur
1 sk Apple sauce homemade
60 ml susu baby
3 biji blueberry

Kisar semua kemudian letak butter dalam pan dan tuang adunan. Siap !!

*jika adunan cair tambahkan oats dan jika pekat tambahkan susu.

#inarafoodjourney #babyfood #8months #pancakesforbaby
Finger food. Minum petang.
Bahan2
- 3 biji kentang
- 2 sudu tepung jagung
- lobak merah
- kacang buncis / brokoli.
- sedikit bawang holland.

Cara2
- stim kan sketika lobak merah , kcg buncis , bwg holland.
- Rebus ubi kentang sehingga lembut.
- lenyek ubi kentang dan masukkn tepung jagung , lobak merah dan kacang buncis.
- Uli sehingga sebati dan bentukkn jejari.
- pnaskn kuali dan goreng / grill sehingga kekuningan / masak.

#7months
#TqAdmin
#2btgggbawah
Haii mommies harini menu breakfast and petang Arsyad mommy buat manggo cheese oat..

Unsalted butter cair kan dgn baby oat
Masuk fresh milk
Masuk cheese cikit
Tutup api sejukkan..

Blend bahan tadi dengan mangga manis..kalau baby ada gigi tak payah blend pun takpe..oat dah kembang..mangga pun lembut..😋

_Ainul Basyirah_


#Arsyad8month
#2batanggigi
VID-20210112-WA0021.mp4
6.3 MB
Broccoli Fritters alternatif untuk baby yang dalam fasa reject nasi , fasa gigi dah keluar & fasa nak mengunyah je kerja. Sometime baby bosan asyik makan tekstur yang sama. So kita tukar dan pelbagaikan menu gabtikan nasi dengan Oats NBH® dan yang penting healthy dan berat badan baby graf tak turun dan cukup Nutrisi sehari.
Apa tu *probiotik*?

*Probiotics*
bacteria yg baik utk kita, khususnya sistem penghadaman.

Kebiasaanya kita kaitkan bakteria dengan penyaki.
Akan tetapi, *badan kita dipenuhi dengan bacteria.*
jumlah 100 trillion.

🍃Sebenarnya *bukan semua bakteria tu penyebab penyakit.*

Malah ada yg baik dan *diperlukan* utk kesihatan.
Yg baik nilah digelar *probiotics*.
memastikan suasana dalam usus / sistem penghadaman sentiasa sihat.

Tahukah anda? 🤔
PERUT SIHAT = SISTEM IMUN SIHAT
.
Untuk sistem imun sihat, amat
penting mulakan dengan jaga KESIHATAN PERUT kita.
Utk anak-anak boleh pilih sesuatu yg lebih mudah untuk dimakan, hanya koyak dan makan. Campur air pun boleh.

Tiada gula putih.
(Gula putih boleh kacau flora perut dan galakkan keradangan)
.
#SH_LactoBerry 👇
Tinggi Vitamin C (1920mg/100g)
dan mengandungi PREBIOTIK + PROBIOTIK yg sangat bagus utk USUS dan SISTEM PENCERNAAN yg mantap.
Kesihatan bermula dari perut yg sihat 😊
.
Berminat boleh pm admin 🍓

#HealthyGutHealthyYou
#KopiCEO
#CEOcoffee