Nota Emas | Zul Dinar
45 subscribers
2.12K photos
138 videos
3 files
309 links
🙋‍♂️ Zulfadli Zahar #abangsamurai #zuldinar

🎖️ Public Gold Authorised Dealer #pgbo #je24k

👔 Kod Dealer : PG046063

📍 Website : www.publicgold.me/z

👩‍🏫 Mentee Mama Gold Azizah Hassan

🚸 Guide Beli https://bit.ly/guidebeliemas
Download Telegram
Gais,

Jika anda customer / dealer Public Gold, sila update apps iOS atau Android anda.

Sebab ada fungsi terbaru dalam apps yang membolehkan anda topup akaun GAP bagi pihak ketiga.

Contohnya ibu bapa yang nak topup akaun GAP anak-anak, boleh berbuat demikian melaui apps terbaru.

Jadi anda tak perlu login beberapa akaun semata-mata nak topup emas GAP untuk akaun berkenaan.

Sila lihat screenshot.

Apa tunggu lagi, update apps Public Gold anda sekarang!

#mamapublicgold #notaemasmentor
Saya mendapat soalan seperti ini 👇

“Belum terlambat ker untuk simpan emas?. Umur dah 39 pun. Saya target 2 tahun nak 30k”

Untuk pengetahuan anda, ini adalah antara soalan-soalan favourite yang kebiasaannya ditanya oleh orang yang lambat tahu tentang emas.

Jadi apakah jawapan saya? Ini jawapannya.

Senang aja.

Anda anggaplah emas = duit.

Jadi masih tidak terlambat untuk umur berapa pun untuk simpan “duit”

Bila dah tahu pasal emas, dah ada ilmu tentang emas. Start simpan aja gais, especially emas fizikal.

Noktah

#NotaEmasMentor
Gais.

Cara termudah, murah dan patuh syariah untuk memiliki emas fizikal adalah dengan belian secara Syariah easy Payment Purchase.

Anda kunci harga emas semasa, kemudian Public Gold akan bagi jadual pembayaran security deposit selama 10 bulan.

Setiap bulan anda bayar dengan konsisten.

Setelah habis 10 bulan, maka anda akan dapat emas fizikalnya.

Jika anda ada rezeki lebih dan boleh habiskan awal, maka anda boleh pefang emas fizikal lebih awal.

Apakah kelebihan lain Syariah EPP?

Ia adalah proses belian emas secara automasi.

Anda fokus bayar setiap bulan ajer secara konsisten.

Tengok contoh jadual epp10x dalam gambar. Sebulan RM139++ ajer

So, anda boleh relax, sit back and enjoy!

Ps: ramai customer saya pilih kaedah nie sebab mereka senang berdisiplin bayar setiap bulan 💪

#NotaEmasMentor
Gais.

Saya nak share sikit tentang sejarah 2 syarikat emas yang telah scam rakyat Malaysia.

First sekali, Zenith Gold (sekitar tahun 2017) dan notorious Tok Belagak - Darul Emas Perak Berhad (2012-2015).

Walaupun banyak syarikat emas yg scam kat Malaysia, namun untuk posting ini, saya ambil contoh 2 syarikat ini.

Kedua-dua syarikat ini, walaupun scam orang, namun mereka turut mempunyai emas fizikal.

Ya tuan puan. Syarikat penipu pun ada keluarkan emas fizikal mereka sendiri.

Tengok gambar-gambar emas mereka.

Apa yang saya nak bagitau adalah, sewaktu mereka masih beroperasi, mereka berselindung disebalik kata-kata:

“kami hanya jual beli emas, bukan buat skim”

Namun, antara modus operandi yang digunakan oleh tok belagak adalah menjual emas pada harga yang lebih murah dari harga pasaran, namun pembeli akan dapat emas tersebut dalam tempoh 7 hari, 14 hari hatta 30 hari kemudian.

Makin lama customer tunggu, makin murah harga emas tu. Ini yang mereka panggil “emas delay”

Lepas tu istilah tu ditukar kepada emas ETA (estimated time of arrival).

Jadi, walaupun urusniaga tersebut nampak macam jual beli emas. Namun ada unsur keuntungan ditawarkan jika pembeli sanggup delay tunggu ketibaan emas.

Sama juga jika customer jual emas.

Syarikat offer harga belian yang lebih tinggi jika customer sanggup delay payment. Ada customer yang sanggup tunggu sampai 30 hari sebab syarikat offer harga buyback yang tinggi.

Jadi, inilah contoh pulangan lumayan yang “bersembunyi di dalam urusniaga emas”

Jadi gais, jangan ler mudah percaya jika ada orang especially dealer/konsultan yang bagitau anda “ini jual beli emas tanpa janji pulangan”

Kadang-kadang kita kena tengok”between the lines”.

Inilah skill detektif conan yang anda kena kuasai.

Sebab itu anda kena dapatkan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman melawan scammer seperti Alwi Adam dan Khairul Ezuwan

Sebab mereka boleh melihat operasi syarikat tersebut secara menyeluruh dan tengok “between the lines”. Kemudian mereka berkongsi ilmu dengan kita semua.

Kenapa saya tak kena tipu dengan emas sejak 2010?

Sebab saya mahir melihat “between the lines”.

Jadi, kalau ada syarikat emas yang offer jual beli emas, tapi produk mereka boleh untung luar biasa banyak.

Please read “between the lines” 😃

#NotaEmasMentor
Gais.

Mentor mamagold share pengalaman menjual 2 dinar emas di Grand Bazaar, Istanbul, Turki.

Untuk pengetahuan anda, mentor mama sedang bercuti di Istanbul, Turki.

Sebelum datang ke Istanbul, mentor mama dah plan untuk buat research tentang menjual dinar emas Public Gold kat sini.

Untuk tujuan ini, mentor mama bawa 2 jenis dinar emas Public Gold iaitu:

1) 1 Dinar Emas LMBA yang dicetak oleh Nadir Metal Refinery (emas Nadir sangat popular di Turki).

Dinar emas LBMA ini, dia dalam plastik laminated (tengok video dan gambar kat komen pertama). Jadi tak boleh buka sarungnya.

P/s: Dinar ini dah tak dikeluarkan lagi.

2) 1 Dinar Emas Public Gold yang dicetak oleh Public Gold Mint Sdn Bhd (local minted). Dinar ini dalam casing plastik yang boleh dibuka.

Mentor mama ingin melihat.

Ada tak perbezaan dari harga belian untuk emas LBMA dan emas bukan LBMA?

Kenapa jual di Grand Bazaar, Istanbul?

Untuk pengetahuan anda, Grand Bazaar di Istanbul adalah salah satu pasar berbumbung terbesar dan tertua di dunia.

Ada lebih 4,000 kedai di sini. Ia menarik antara 250,000 dan 400,000 pengunjung setiap hari.

Kalau nak jual beli emas, memang adalah lorong yang khas untuk kedai jual emas dan perak sahaja.

Pertama sekali, terlalu banyak banyak kedai yang offer untuk membeli balik emas. Anda takde masalah langsung nak jual emas kat sini.

Ada kedai yang offer harga tinggi sikit tapi terbuka dan sesak dengan orang ramai.

Mentor mama pilih satu kedai namanya Erdogan Bektas, no 57. yang tak ramai orang sebab nak mudah merakam proses menjual emas dan senang saya nak kira duit. Privacy sikit.

First sekali, harga belian emas adalah ikut berat dan ketulenan sahaja.

TIDAK ADA perbezaan harga belian diantara dinar LBMA dan dinar local Public Gold.

Walaupun kedai ini tahu pasal Nadir, namun harga yang mereka beli sama sahaja.

Harga belian untuk 2 dinar ini adalah 18,870 Tukish Lira bersamaan RM2784, dalam RM1392 untuk 1 dinar (tinggi sikit dari harga buyback kat Malaysia). Tarikh 6/3/24.

Saya setuju dengan harga ini. Cantik juga harganya 😃

Kedai ini membuat beberapa ujian.

1. Ujian timbang berat
2. Ujian magnet
3. Ujian asid untuk local dinar
4. Untuk LMBA dinar, mereka tak buka sarung dan tak buat asid test. Mereka timbang berat dan buat ujian magnet sahaja.

Lepas tu mereka bagi duit cash kat saya sebanyak 18,870 Lira.

Yay! Boleh shopping 🤣

Kesimpulan, bila nak jual balik, pembeli akan tengok berat dan ketulenan sahaja.

LBMA atau local dinar tidak memberi kesan harga. Sama ajer harganya gais.

Gais.

Inilah pengalaman mentor mamagold jual dinar emas LBMA dan dinar local minted Public Gold di Grand Bazaar, Istanbul Turki.

Sila lihat video 2 minit ini untuk melihat pengalam tersebut... akan di upload sebentar sbb lagi internet weak

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasMentor
Gais.

Ada satu fakta menarik untuk diperhatikan.

1. Nilai emas meningkat dalam jangka masa panjang. Anda beli dan simpan aja. Boleh nampak harganya akan meningkat.

2. Duit, jika hanya disimpan, kuasa beli semakin menurun. Kuasa beli duit 20 tahun yang lalu jauh lebih rendah berbanding kuasa beli duit sekarang.

Sebab itu, orang yang simpan emas, dia hanya perlu simpan elok-elok dan menikmati kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

Orang yang simpan duit, dalam jangka masa panjang, dia akan rugi sebab nilai duit akan menyusut.

Orang yang simpan duit terpaksa cari jalan untuk melaburkan duitnya supaya ia boleh berkembang.

Namun seni melaburkan duit nie bukannya semua orang terrer. Kalau tersalah labur, duit lebur.

Sebab itu guru emas saya cakap “Kalau ada duit, tapi tak tahu nak buat apa. Beli emas dan simpan elok-elok”

“Kalau tak tahu nak buat apa dengan duit, tapi kau cuba-cuba untuk melabur maka risiko melebur sangat tinggi”

Sila tengok gambar. Untung emas nampak dalam jangka masa panjang.

#NotaEmasMentor
Gais.

Ini sebahagian daripada gold bar edisi raya keluaran Public Gold 🥳

Anda boleh target untuk tukar duit raya anda/anak-anak anda kepada gold bar raya.

Kemudian, simpan dengan senyuman 😃

Jika rezeki lebih, beli gold yang lebih besar sebagai contoh 1 dinar atau 10g bungamas.

#NotaEmasMentor
Gais.

Bila anda beli emas, paling bagus adalah anda dapat emas fizikal. Pegang dalam tangan dan simpan sendiri.

Walaupun ada konsultan yang cakap emas digital bagus sebab company tolong simpankan dan takde risiko dicuri, namun digital gold ada risiko-risiko tersendiri seperti risiko pihak pengurusan (management risks), risiko pihak berkuasa (authority risks)

Contoh risiko pihak pengurusan adalah jika pengurusan syarikat tersebut tidak jujur dan tidak menyimpan deposit pelanggan dalam bentuk emas.

Kemudian pengurusan boleh memberikan alasan tertentu seperti system upgrade dan kemudian menghilangkan diri. Anda boleh baca kat wikipedia tentang syarikat emas digital e-Bullion, e-gold dan Pecunix.

Bagaimana syarikat-syarikat emas digital ini boleh berkembang dan kemudiannya bungkus, menyebabkan kerugian sehingga jutaan USD pemegang akaun mereka.

Contoh management risk yang lain adalah apabila anda menjual emas digital anda, namun tiba-tiba anda tak dapat duit dalam tempoh yang sewajarnya daripada syarikat.

Sepatutnya takde masalah.

Straight forward aja urusniaganya. Syarikat tidak mampu membayar wang anda atas apa jua alasan. Tapi atas alasan-alasan tertentu, anda kena tunggu beberapa bulan untuk dapat balik duit anda.

Samada alasan tersebut logik atau tidak, anda dapati yang anda tidak dapat berbuat apa-apa.

Itu risiko emas digital.

Selain itu, risiko lain adalah seperti risiko daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak berkuasa negara seperti Bank Negara, Suruhanjaya Securities, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengambil tindakan kepada syarikat emas digital.

Contohnya, jika ada kes salah laku, serbuan pihak berkuasa boleh dibuat ke atas syarikat, pembekuan akaun bank syarikat, tindakan undang-undang, denda dan pembatalan lesen boleh berlaku.

Ini akan menjejaskan pelanggan-pelanggan yang menyimpan emas digital dengan syarikat terbabit.

Sebab itulah, guru emas saya selalu menekankan pemilikan emas fizikal.

Saya, dari tahun 2008 sehingga hari ini amat menekankan pemilikan emas fizikal. Beli dan dapat fizikal. Simpan sendiri.

Kalau emas fizikal dah banyak, maka anda boleh sewa safe deposit box dan letaknemas anda kat sana.

Kalau anda simpan dalam akaun simpanan emas pun, pastikan anda boleh keluarkan emas bila-bila masa yang anda suka.

Bila kita simpan emas. Kita nak tidur lena. Kita taknak pihak yang simpan emas digital kita masuk berita.

Terutamanya berita yang negatif!

#NotaEmasMentor
Gais.

Public Gold melangkah setapak lagi dalam industri emas. Ini kerana Public Gold akan bina refinery sendiri (kilang penulenan emas fizikal)

InShaAllah saya akan hadir ke majlis pecah tanah Public Gold refinery pada 7/5/2024 nanti di Batu Kawan, Penang (ini majlis tertutup).

Anda boleh baca maklumat lanjut kesini.

https://thesun.my/business/public-gold-to-break-ground-for-world-class-refinery-centre-in-penang-next-week-PH12404487

Dengan jualan emas fizikal berbilion ringgit setahun dan belian emas terpakai dengan nilai jutaan ringgit setiap bulan, kilang penulenan emas ini akan membantu meningkatkan lagi production Public Gold.

Jika anda customer Public Gold maka anda akan dapat emas fizikal dan anda boleh tidur lena 😴

Sekian melaporkan.

#NotaEmasMentor
Gais.

Ini adalah sambungan cerita pasal India yang membawa balik 100 tan emas daripada Bank of England ke India.

Emas ini dibawa terbang dengan kapal terbang khas.

Tak ramai orang tahu tentang kapal terbang ini kerana misinya rahsia - membawa pulang 100 tan emas milik India.

Laporan khas ini bagus untuk ditonton.

Ia menjawab soalan tentang “kenapa emas disimpan sebagai harta negara?”

Tonton disini https://youtu.be/IG_pIvGW4qE?si=6oU0sXxS4wjD20Ut

#NotaEmasMentor
Ini adalah kisah customer yang unik🥰

Saya terbaca posting Sadiqin Sulong dan senyum sorang-sorang.

Sebab beliau terjumpa seorang customer yang unik.

Kenapa saya cakap unik?

Sebab customer ini beli emas Public Gold serba satu sebagai koleksi.

Menarik juga bila lihat senarai serba satu item sebagai koleksi (tengok gambar).

Jadi gais, ada orang beli emas sebagai simpanan.

Ada orang beli emas sebagai pelaburan.

Ada yang beli untuk dijadikan koleksi 😄

Apa pun sebab anda beli emas, pastikan anda beli emas fizikal dan simpan sendiri.

InShaAllah anda buat keputusan yang betul.

#NotaEmasMentor
Nota Emas | Zul Dinar
Photo
Harga emas melambung tinggi.

Apa sebabnya?

Jam 10 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi US yang penting iaitu US JOLTS job opening report.

Laporan Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) di AS, yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh (BLS), menyediakan data bulanan tentang pasaran buruh.

Ia meliputi pembukaan kerja, pengambilan pekerja, dan pemisahan (seperti berhenti kerja atau pemberhentian).

Laporan ini adalah penunjuk utama permintaan buruh dan dinamik tenaga kerja, yang sering digunakan oleh ahli ekonomi dan pembuat dasar untuk memahami trend pekerjaan, tekanan gaji, dan keadaan ekonomi keseluruhan.

Laporan JOLTS report malam ini menunjukkan penurunan besar dalam pembukaan kerja.

Anggaran pembukaan kerja = 7.980 juta
Data sebenar = 7.443 juta

Data ini menunjukkan penguncupan di dalam pasaran pekerjaan US sekali gus menunjukkan ekonomi US kurang memberangsangkan.

Justeru itu, harga emas memberikan reaksi positif apabila ia melonjak 26.35 USD/Oz kepada USD2769.22.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasMentor
Nota Emas | Zul Dinar
Photo
Gais.

Beli emas atau perak memang senang.

Tapi nak buat untung dengan belian tersebut bukan senang.

Jika tersalah langkah, anda mungkin lambat untung bahkan boleh rugi besar!

Sebagai contoh:

Ada syarikat yang jual emas kurang daripada 1gram (0.1g atau 0.25g) dengan andaian produk ini mampu dibeli oleh rakyat marhein.

Ye. Saya setuju dengan andaian ini. Orang mampu beli.

Soalnya adalah:

Mampu beli tak menjamin customer mampu untung.

Untuk mendapat untung, customer mestilah boleh jual balik pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian.

Jadi, soalan-soalan berikut perlu dijawab.

1. Macammana customer boleh untung bila beli produk ini?

1. Berapa % spread jual beli produk tersebut ?

2. Bila harga emas meningkat, adakah syarikat memberi jaminan membeli balik emas mereka.

Jangan terkejut kalau anda mendapati ada syarikat yang jual emas tapi tak beli balik emas mereka.

Jangan terkejut kalau anda jumpa produk yang harga jualan tinggi dan harga jual balik rendah giler.

Sebab itu, jangan beli sembarangan produk emas dan perak tanpa ilmu ini.

Namun…

Namun saya nak share sikit.
Apakah situasi yang sesuai kalau nak beli emas kecik-kecil yang kurang dari 1 gram nie?

Jawapan:

Kalau beli sebab nak bagi kat orang sebagai hadiah maka Itu sesuai.

Sebab orang tu dapat emas. Tapi modal anda tak besar sangat.

Emas kecil sebagai hadiah. Yes
Emas kecil sebagai investment. No 🙅🏻‍♂️

#NotaEmasMentor
Gais.

Isu perang perdagangan Donald Trump menjadi pemangkin kenaikan harga emas pagi ini (Isnin)

Pada hari Ahad (waktu US), Trump menyatakan bahawa beliau bakal mengumumkan kenaikan tariff sebanyak 25% ke atas produk besi dan aluminium selain dari mengekalkan tariff sedia ada terhadap kedua-dua item ini.

Pelabur melihat pengumuman ini sebagai pergeseran besar dalam polisi perdagangan US dengan rakan dagangannya.

Pergeseran ini mengundang ketidaktentuan dalam situasi perdagangan dunia.

Jadi harga emas meningkat naik.

Ini kerana, dalam situasi ketidaktentuan seperti ini, pelabur akan memilih emas sebagai aset selamat.

Buat masa ini, emas cenderung kepada trend menaik.

Kita kena tunggu pengumuman rasmi daripada Trump.

Waktu tu baru harga emas akan memberikan tindakbalas yang sewajarnya.

Sekian.

#NotaEmasMentor
📢 5 DINAR EMAS PUBLIC GOLD TERBARU! 🌟

Gais, ini adalah gambar 5 Dinar Emas Public Gold yang terkini dengan packaging bertaraf antarabangsa! 😍

Tahukah anda? Dinar Emas adalah syiling emas yang telah digunakan sejak zaman Khalifah Umar ibn al-Khattab (RA) dan kemudian diseragamkan oleh Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan pada tahun 696 Masihi. Sehingga hari ini, ia masih menjadi pilihan utama untuk pelaburan, simpanan, pembayaran zakat, mahar (mas kahwin), serta perdagangan berlandaskan Islam.



📌 Spesifikasi 5 Dinar Emas

Berat: 21.25 gram (5x ganda dari 1 Dinar)
Ketulenan: 24K (99.99% emas tulen)

Kenapa anda perlu simpan 5 Dinar Emas? 🤔👇

🌟 KELEBIHAN 5 DINAR EMAS 🌟

1️⃣ Lindung Nilai Daripada Inflasi
🔥 Nilai emas kekal dalam jangka panjang, tidak seperti wang kertas yang menyusut akibat inflasi.
🔥 Fakta menarik: 1 Dinar Emas mampu membeli seekor kambing sejak zaman dahulu hingga kini!

2️⃣ Penyimpanan Kekayaan Terbaik
💰 Tidak boleh dimanipulasi oleh bank pusat seperti mata wang fiat.
💰 Aset fizikal yang selamat & bernilai tinggi dalam jangka masa panjang.

3️⃣ Mudah Dibawa & Diterima Seluruh Dunia
🌍 Diiktiraf sebagai simpanan nilai, terutama di Timur Tengah & Asia Tenggara.
🌍 Senang dicairkan kepada wang tunai bila diperlukan.

4️⃣ Patuh Syariah & Bebas Riba
🕌 Digalakkan oleh ulama sebagai alternatif kepada wang kertas.
🕌 Pilihan terbaik untuk zakat, mahar & perdagangan Islamik.



💰 Harga 5 Dinar Emas Public Gold (8/3/2025): RM9,539.00

🔑 Cara Memilikinya:

1️⃣ Beli di website / apps Public Gold & minta Public Gold pos ke alamat anda. 📦
https://publicgold.me/z/cara-bermula


2️⃣ Belian secara EPP10x – Lock harga & bayar secara ansuran 10 bulan!
https://publicgold.me/z/tutorial-epp


3️⃣ Keluarkan dari akaun emas GAP (Gold Accumulation Program). 📊
https://publicgold.me/z/akaun-gap

Jom mula simpan emas! Love gold and gold will love you back 10 times! 🥰

#NotaEmasMentor #5DinarEmas #PublicGold #PublicGold #PelaburanEmas #SimpananMasaDepan
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

“Selain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

——-End—-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam

#NotaEmasMentor
Gais.

Sekarang harga emas berada dalam trend menaik yang sangat kuat.

Bukan setakat tahun ini, malah tahun depan pun harga emas dijangka berada dalam trend menaik.

Kenapa?

Satu laporan dari JPMorgan telah menarik perhatian saya — mereka menjangkakan bahawa harga emas mungkin akan mencecah lebih dari $4,000 per auns menjelang suku kedua tahun 2026.

Angka ini memberi isyarat bahawa emas menjadi aset paling bernilai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Apa yang mendorong ramalan ini?

Terdapat beberapa faktor yang akan memacu kenaikan harga emas.

1. Risiko kemelesetan global semakin meningkat, terutamanya disebabkan oleh ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bila dunia berada dalam ketidaktentuan, emas seringkali menjadi pelaburan selamat — “safe haven” — yang dicari ramai.

2. Permintaan emas oleh bank-bank pusat dan pelabur meningkat secara konsisten.

Purata permintaan sekitar 710 tan emas setiap suku tahun menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap nilai logam ini dalam jangka panjang.

3. Prestasi pasaran semasa juga sangat menggalakkan — emas telah melonjak 29% tahun ini dan telah mencecah paras $3,500 per auns, sebelum jatuh balik.

Ini menunjukkan minat terhadap emas semakin kukuh dan bukannya sementara.

Penting juga untuk kita tahu…

Goldman Sachs juga telah menyemak semula unjuran mereka — mereka jangka harga emas boleh mencecah $3,700 menjelang akhir 2025.

Malah, dalam situasi yang ekstrem, mereka percaya emas boleh naik hingga $4,500/Oz.

Namun….

Ramalan ini bukan tanpa risiko. Ada risiko harga emas boleh jatuh juga.

Jika bank-bank pusat mula mengurangkan pembelian emas atau jika ekonomi AS kekal kuat (menyebabkan kadar faedah naik), maka harga emas boleh tertekan.

Bagaimana pula dengan silver/perak?

JPMorgan juga menjangkakan harga perak akan pulih menjelang akhir 2025, mencecah sekitar $39 per auns, walaupun buat masa ini industri pengguna perak masih tidak stabil.

Apa maknanya semua ini untuk kita sebagai pelabur atau penyimpan emas?

Ini petanda bahawa menyimpan emas fizikal mungkin menjadi langkah yang bijak, terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang bakal berlaku dalam 1–2 tahun akan datang.

Jika anda sudah menyimpan emas — bagus lah. Anda boleh senyum sekarang.

Ingat, emas bukan hanya pelaburan — ia perlindungan nilai untuk jangka masa panjang.

P/s: Kalau anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan juga dengan rakan-rakan anda.

#NotaEmasMentor
24/4/2025

#publicgold
#PelaburanEmas #JPMorgan #GoldForecast #Recession2026 #EkonomiGlobal #SimpananMasaDepan