Nota Emas | Zul Dinar
45 subscribers
2.12K photos
138 videos
3 files
313 links
πŸ™‹β€β™‚οΈ Zulfadli Zahar #abangsamurai #zuldinar

πŸŽ–οΈ Public Gold Authorised Dealer #pgbo #je24k

πŸ‘” Kod Dealer : PG046063

πŸ“ Website : www.publicgold.me/z

πŸ‘©β€πŸ« Mentee Mama Gold Azizah Hassan

🚸 Guide Beli https://bit.ly/guidebeliemas
Download Telegram
Emas dalam Islam: Simbol Nilai & Kestabilan

Emas mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam sebagai simbol kestabilan dan kekayaan yang sah. Sejak zaman Rasulullah SAW, emas digunakan sebagai mata wang (Dinar) dan alat penyimpanan nilai yang kukuh.

1. Emas sebagai Mata Wang Islam

πŸ”Έ Dinar emas dan Dirham perak telah digunakan sejak zaman Khalifah Umar ibn al-Khattab (RA).
πŸ”Έ Ia adalah mata wang yang stabil dan tidak terjejas oleh inflasi seperti wang kertas.

2. Patuh Syariah & Zakat Emas

πŸ”Έ Islam menggalakkan pemilikan emas sebagai aset, tetapi menekankan zakat ke atasnya.
πŸ”Έ Zakat emas: Jika cukup nisab (85g emas) dan haul (1 tahun), wajib dikeluarkan 2.5% sebagai zakat.

3. Emas Sebagai Pelindung Nilai

πŸ”Έ Nilai emas tidak menyusut seperti mata wang fiat, menjadikannya simpanan jangka panjang yang selamat.
πŸ”Έ Dalam sejarah, 1 Dinar boleh membeli seekor kambing sejak zaman Nabi SAW hingga kini.

4. Larangan Riba & Spekulasi

πŸ”Έ Islam melarang riba dan spekulasi berlebihan dalam jual beli emas.
πŸ”Έ Emas harus dibeli secara tunai atau dengan akad yang jelas.

5. Emas Sebagai Mahar & Hadiah

πŸ”Έ Rasulullah SAW sendiri menyarankan pemberian emas sebagai mahar dalam pernikahan.
πŸ”Έ Ia melambangkan kestabilan dan keberkatan dalam kehidupan rumah tangga.

Kesimpulan:
Emas bukan sekadar logam berharga tetapi juga aset pelaburan yang sah di sisi Islam. Simpan emas sebagai perlindungan nilai, patuhi syariat, dan gunakan ia sebagai alat pengukuhan ekonomi dalam kehidupan Muslim.

β€œBarang siapa yang menyerahkan hartanya dalam bentuk emas atau perak, maka itu lebih baik baginya.” (HR. Ahmad)

#EmasDalamIslam #BijakSimpanEmas
Caj pos berinsurans emas fizikal bakal naik mulai 1 April!

Pls buat withdrawal emas sekarang sementara masih murah gais
Tips kaya dengan simpanan emas

1. Invest big
2. Jika tidak mampu invest big, invest secara konsisten.

Cuba target minimum 1g setiap bulan, dan anda akan gembira dengan tindakan yang konsisten ini.

1gm 1 bulan
Setahun = 12gm
5 tahun = 60gm
10 tahun = 120gm

Nilai 120gm = Rm47,160

Boleh juga alihkan sebahagian duit kwsp, asb, Tabung haji kepada emas jika duit tersebut tidak akan digunakan dlm masa 2 tahun.

Short term savings - Asb, Tabung Haji

Long term savings- bekukan dlm bentuk emas

Dapat sesuatu?

Kredit: Hilyati
Nota Emas | Zul Dinar
Photo
Soalan: Saya berminat menyimpan emas fizikal.

Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum saya membuat simpanan emas fizikal?

Jawapan: Sebelum menyimpan dalam emas fizikal, terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan.

Berikut adalah analisis terperinci faktor-faktor tersebut:

1. Apakah matlamat anda?

Adakah anda melabur untuk melindung nilai kekayaan anda (hedging)?

Atau pun untuk keuntungan jangka panjang? atau sebagai aset kecemasan?

Memahami tujuan pelaburan akan membantu anda memilih bentuk emas yang sesuai, seperti jongkong atau dinar emas (purely investment)

Anda boleh pilih barang kemas jika ingin gabungan pelaburan dan boleh dipakai.

2. Terdapat 3 bentuk Emas Fizikal.

i. Jongkong Emas: sesuai untuk pelabur serius. Sebab jongkong emas boleh menjangkau sehingga 1 kilogram.

ii. Dinar Emas atau Syiling Emas: Ia mudah dicairkan dan sesuai untuk pelabur kecil-kecilan.

iii. Barang Kemas: Mempunyai kos tambahan seperti upah tukang dan mungkin kurang sesuai jika anda nak buat pelaburan. Namun kalau nak pakai, memang sesuai pilih barang kemas.

Remarks: Setiap jenis emas mempunyai kos yang berbeza, jadi penting untuk memilih yang selaras dengan matlamat pelaburan anda.

3. Pilih Ketulenan yang betul.

Untuk kita di Malaysia, saya recommend ketulenan 999.9 dan 916.

999.9 (24 karat): Emas tulen, terbaik untuk pelaburan.

916 (22 karat): Campuran emas dan logam lain, biasanya untuk barang kemas.

Ketulenan menentukan nilai emas, jadi pastikan membeli emas yang mempunyai sijil ketulenan (seperti daripada jenama terkenal atau institusi kewangan).

4. Ambil kira kos-kos tambahan seperti:

i. Spread Harga: Perbezaan antara harga beli dan jual emas.

ii. Upah Tukang: Kos tambahan untuk barang kemas, yang tak diambil kira semasa anda menjual balik.

iii. Kos Penyimpanan: Caj peti simpanan keselamatan untuk mengurangkan risiko kehilangan jika disimpan sendiri.

Faktor-faktor ini boleh mengurangkan keuntungan jika tidak diuruskan dengan bijak.

5. Harga Pasaran Emas Dunia.

Harga emas dipengaruhi oleh banyak faktor global seperti nilai mata wang, kadar faedah US, pembelian bank pusat, inflasi dan ketegangan geopolitik.

Tengok harga emas dunia di website goldprice.org dan bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh penjual di Malaysia.

Harga emas yang dijual di Malaysia akan lebih tinggi dari harga emas dunia sebab penjual pun nak untung.

Namun, berhati-hati jika harga emas yang dijual terlalu tinggi.

Sebagai contoh.

Harga emas spot gold di goldprice.org adalah RM388 segram (28/1/2025)

Public Gold jual RM414 - RM420 segram manakala lain jual RM500 segram. Jadi sila buat perbandingan.

6. Sumber Pembelian.

Pastikan amda beli emas dari sumber yang sah.

Contohnya beli dari terus Public Gold dan dapat resit belian rasmi.

Tujuan, supaya anda tidak terdedah kepada risiko penipuan emas palsu oleh peniaga online atau pihak ketiga.

7. Kecairan Emas (mudah dijual balik)

Pastikan emas yang anda beli mudah dicairkan jika perlu wang segera.

Contohnya emas Public Gold boleh dijual kat branch atau pun dijual kepada dealer-dealer sah Public Gold di seluruh Malaysia.

8. Faham risiko emas fizikal.

i. Risiko emas adalah harganya boleh naik turun (biasanya turun) dalam jangka masa pendek (kurang setahun)

ii. Emas tidak memberikan pulangan dividen. Anda untung hanya bila harganya naik.

iii. Penyimpanan emas fizikal terdedah kepada risiko kehilangan atau kecurian.

Kesimpulan

Simpanan emas fizikal memerlukan perancangan teliti, termasuk memahami kos tersembunyi, memilih sumber pembelian yang dipercayai, dan memastikan penyimpanan selamat.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, anda boleh meminimumkan risiko dan memaksimumkan potensi keuntungan daripada pelaburan emas.

#NotaEmasSyukorHashim

Kredit: Tuan syukor hashim