Ain Adnan
23 subscribers
350 photos
20 videos
1 file
85 links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah. Channel ini dihoskan oleh Ain Adnan, Dealer Public Gold (PG00063893)

http://wasap.my/601110270590/bantusayasimpanemas
Download Telegram
CARA KIRA SPREAD/SUSUT NILAI

Susut nilai atau spread value ialah nilai yang ditolak bila kita jual emas. Di Public Gold, susut nilai sekitar 6-9% bergantung kepada berat. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram.

Cara kira spread:
((Harga jual-harga beli)/harga jual)x100%

Contoh nak kira % spread 10 gram:
((2532-2304)/2532)x100%
= 9%

Nota: imej jadual harga semasa 18/2/2021 : 9:56am
1 kilogram jongkong emas ini harga dia terkini RM254 ribu. Lebih kurang sebiji rumah teres setingkat kan.

Bestnya emas ni, dia harta yang unik berbanding dengan rumah. Apa uniknya emas?

1. Emas boleh beli sikit-sikit dengan akaun GAP Public Gold. Nanti cukupkan 1000 gram, boleh keluarkan yang jongkong begini.

2. Emas harta yang paling senang dicairkan untuk dapat tunai segera. Bawak ke ar-rahnu mana-mana atau jual semula ke Public Gold. Duit kita akan terima dalam masa 10 minit ke 24 jam bekerja. Berbanding dengan harta lain, ambik masa mungkin sehingga 6 bulan atau setahun.

3. Dan pastinya dia bersaiz kecil. Walaupun harga ratusan ribu, tapi kita boleh bawak ke mana-mana saja.

Nampak kan uniknya emas? 😀

Kredit gambar kepada pemilik asal
Kebanyakkan penyimpan dan pelabur emas terlepas pandang salah satu daripada tips ini iaitu beli emas di kedai lain tapi jual emas di kedai lain.

Ini satu tindakan yang kurang bijak jika kita sebagai penyimpan dan pelabur emas.

Sebagai contoh jika kita beli emas di kedai A, suatu hari jika perlukan tunai, kita kena jual di kedai A juga. Jangan jual emas kita tu di tempat lain kecuali tempat lain beli lebih tinggi harganya daripada kedai A.

Ini kerana tempat lain selalunya akan beli emas kita dengan harga jauh lebih murah berbanding tempat yang mula-mula kita beli.

Kerana apa? Kerana emas yang kita jual tu bukan dikeluarkan oleh kedai itu sendiri. Tokey kedai tu akan beli emas kita dikira sebagai "Used Gold" (emas terpakai).

Spread (beza harga beli dan jual) jauh lebih besar dari kedai asal yang kita beli sebelum ni.

Sebab tu tips ini jangan diketepikan jika kita ingin memaksimakan keuntungan hasil dari simpanan atau pelaburan yang telah kita buat.

Untuk pengetahuan semua, bagi emas Public Gold jenis simpanan dan pelaburan (jongkong & dinar) kadar spreadnya jauh lebih rendah daripada tempat lain.

Dan selain daripada itu, emas Public Gold diberi jaminan 100 peratus pasti dibeli semula dan kadar spread adalah tetap mengikut setiap item.

Begitulah,
Kredit: Khaja Nazimudeen
Kalau anda seorang mahasiswa, ataupun anak anda seorang mahasiswa, peluang upgrade dealer untuk mahasiswa ini hanya datang 2 tahun sekali saja!.

Dengan belian RM2500 + Wealthcard RM200 anda akan bergelar Dealer Public Gold dan sah sampai seumur hidup.

Tawaran ini sekejap saja. Buka sampai 12 tgh esok. Kalau tidak, kena tunggu tahun 2022 pulak lah. 🤗

Whatsapp saya segera

http://www.wasap.my/601110270590/dealermahasiswa
"Aku taknak beli emas sebab nanti kena zakat."

Tersembur air coklet ais pagi tadi. Mujur saya tanya semula, apa yang dia tahu tentang syarat wajib zakat emas.
"Eh, ada syarat wajib ke. Ingatkan asal beli emas mesti bayar zakat."

Owh bukan gitu bang. Ada dua syarat wajib zakat emas. Mesti 'comply' dua-dua.

Pertama, 85 gram dan ke atas. Kalau abang baru mula nak simpan 1 gram sebulan. Memang lama lagi nak bayar zakat. Selepas 9 tahun simpan, baru wajib bayar zakat emas.
Itupun kalau abang konsisten.

Kedua, cukup haul 12 bulan. Kalau beli 100 gram emas hari ini. Selepas genap dua belas bulan baru abang bayar zakat. Tak banyak. Cuma 2.5% dari nilai semasa harga emas dunia (raw gold price).

Duit zakat emas tu nanti Baitulmal salurkan kepada 8 golongan asnaf seperti dibawah.

1. Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu
a) Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

5. Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Mana nak cari, sambil kita menyimpan - siap buat amal kebaikan lagi.

Okay, nak tahu lebih lanjut sila wasap je www.wasap.my/601110270590
SEBUAH RUMAH 🏡 BERMULA DENGAN SEKETUL BATA.

1 KILO EMAS 💰BERMULA DENGAN 1 GRAM.BEGITU

1. Kelebihan utama di Public Gold ialah, semua orang boleh membeli emas dengan harga yang murah dan gram yang kecil.

2. Ada banyak penjual emas yang boleh menjual dengan harga yang kompetitif dengan Public Gold. Tetapi ia tidak bermakna kerana item terkecilnya pun mungkin tidak mampu dimiliki.

3. Public Gold menyediakan emas serendah 0.5 gram dan 1 gram dengan harga yang sangat menarik.

4. Gold bar 0.3± gram (GAP) boleh dibeli pada harga RM100 dan gold bar 1 gram pada hari ini boleh dibeli dengan harga semasa sahaja.

5. Jadi, tiada alasan lagi untuk semua orang mula melindungi kekayaan mereka dengan emas kerana Public Gold menjadikannya suatu realiti.

6. Hubungi saya untuk bermula. Saya juga akan memberikan bimbingan dan latihan secara percuma. 😊

Klik sini 👇🏻
http://www.wasap.my/601110270590/BukaAkaunEmas
Harga emas dah turun. Peluang baik untuk mula atau tambah gram.

Lekas klik http://www.wasap.my/601110270590/BukaAkaunEmas
Hi Semua. Ada promo special ye untuk semua. Ala carte ada. Promo jadi dealer pun ada.

Lekas klik
http://www.wasap.my/601110270590/PromoFeb
Bila harga emas turun, itu tanda masa untuk borong. Bila kita beli emas pada paras harga rendah, kita memerlukan jangkamasa yang lebih pendek untuk kita dapat keuntungan kenaikan harga.

Bila kita beli emas harga paras tinggi mungkin kita perlukan masa 5-7 tahun untuk dapat rasa untung, tapi bila kita beli masa harga rendah mungkin kita perlukan masa cuma 3-5 tahun untuk rasa untung.

Bila-bila masa kita beli emas tetap akan untung, perbezaan pada masa sahaja. Penyimpan dan pelabur emas hanya perlu konsisten beli dan sabar menunggu masa untuk jual.

Jika dah untung dalam masa 3-4 bulan itu bonus, jarang-jarang berlaku tapi tiada yang mustahil untuk harga emas naik mendadak di waktu seluruh dunia dilanda krisis ekonomi sekarang.

Simpanlah emas sebab nilai emas, makin jatuh harga makin seronok dibeli. Jual emas masa ini? Memang jauh sekali. 😁

nota: bagi yang tunggu peluang kedua untuk mula simpan emas dengan harga murah, inilah masanya. 😊
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
GOLD IN TRANSIT (GIT) WITHDRAWAL

GIT ialah perkhidmatan yang sangat memudahkan pelanggan Public Gold untuk mendapatkan emas fizikal.

Pengeluaran hanya dibuat secara atas talian dan emas fizikal akan dihantar terus ke alamat anda menggunakan DHL eCommerce. Penghantaran ini diinsuranskan dan terjamin keselamatannya.

GIT Public Gold menyediakan emas 1gram, setengah dinar, satu dinar dah 10gram bungamas untuk anda. Item-item disini akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Pengeluaran GIT menggunakan jumlah gram yang ada akaun dalam GAP anda. Anda hanya perlu membayar caj premium (RM10-RM20) dan kos penghantaran sahaja (RM10)

Bagi mengetahui cara-cara untuk membuat pengeluaran GIT, tonton video ini.

Nur'Ain Binti Adnan
Public Gold Priority Dealer
PG0063893
Ain Adnan pinned a video