Ain Adnan
23 subscribers
350 photos
20 videos
1 file
85 links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah. Channel ini dihoskan oleh Ain Adnan, Dealer Public Gold (PG00063893)

http://wasap.my/601110270590/bantusayasimpanemas
Download Telegram
[Alert Harga] Harga emas GAP masih sama seperti semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3861 gram
MYR 259 = 1.0000 gram


Tertinggi: RM261 (5/10)
Terendah: RM259 (1/10)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
[Alert Harga] Harga emas GAP masih sama seperti semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3861 gram
MYR 259 = 1.0000 gram


Tertinggi: RM261 (5/10)
Terendah: RM259 (1/10)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik RM1/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3846 gram
MYR 260 = 1.0000 gram


Tertinggi: RM261 (5/10)
Terendah: RM259 (1/10)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik RM5/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3774 gram
MYR 265 = 1.0000 gram


Tertinggi: RM265 (14/10)
Terendah: RM259 (1/10)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
Badan kita kalau sihat semuanya akan ada banyak petanda positif.

Selalu cergas, badan selalu aktif, nak buat apa-apa pun mudah. Kita pun seronok kalau badan kita selalu sihat.

Tapi macam mana pulak kewangan peribadi? Ada tak tanda-tanda yang boleh kita agak sama ada kita di tahap yang kewangan yang sihat atau tidak.

Pagi ni saya nak kongsikan 9 tanda yang menunjukkan bahawa kewangan kita di tahap yang baik.

Ayuhh.

1. Kita sudah ada simpanan kecemasan yang bersamaan 3 bulan ke 6 bulan gaji/income kita.

Contoh kalau gaji RM 2500, dah standby simpanan RM 15,000. ( RM 2500 X 6)

Dana ini kita simpan untuk hal-hal kecemasan, misalnya tiba-tiba hilang pekerjaan, dana itu kita boleh guna untuk bayar hutang rumah, hutang kereta.

Sama juga hal-hal kecemasan seperti kereta rosak tengah malam, anak sakit kena pergi hospital dan sebagainya.

Kalau tukar langsir baru atau sport rim baru tu bukan kecemasan namanya.

2. Konsisten dalam menyimpan 10% dari gaji kita.

Andai gaji kita RM 2500, kita dah asingkan RM 250 untuk simpanan kita. Nak mudah buat, dapat saja gaji, terus tolak untuk simpanan.

Kalau nak tunggu hujung bulan baru nak simpan, berat jugak mata memandang, berat lagi bahu memikul.

3. Sudah ambil caruman takaful.

Haaa, takaful pun penting juga terutama pada yang sudah berkeluarga.

4. Rajin bersedekah dan keluarkan zakat.

Tak perlu tunggu untuk jadi kaya baru nak bermula nak sedekah. Tak pernah lagi saya dengar orang jadi miskin/bankrap sebab banyak sangat sedekah.

5. Hutang bulanan kurang dari 50% gaji.

Kalau gaji RM 2500, patutnya hutang kita kurang dari RM 1250.

6. Tidak ada hutang kad kredit.

Hutang kad kredit antara punca ramai orang muflis terutama orang muda mcm saya. Swipe kiri kanan. Bayarnya idok. Dah lar hutang kad kredit paling tinggi interest rate nya.

7. Tak ada hutang dengan kawan.

Fuh yang ni tanda paling sihat. Kita pun okay je lepak dengan kawan-kawan yang lain.

Tak salah hutang dengan kawan, yang salahnya dah lar berhutang, lepas tu post di Instagram kemain ke sana ke sini, bila di minta hutang, di blok pulak kita.

8. Konsisten menyimpan emas ( Contoh :1 gram 1 bulan)

Simpan wang di bank bagus, simpan di TH dan ASB pun baik.

Cumanya kita kena sedar yang nilainya pasti merosot akibat inflasi. Aset seperti emas, hartanah dikatakan kalis inflasi.

So kalau mampu beli lah hartanah, setiap bulan, kalau tidak nak beli emas serendah RM 100 pun boleh tanya saya.

9. Malam tidur yang lena.

Bila kewangan kita semua dah stabil dan sihat, kita nak tidur malam pun senang. Boleh masuk tidur tanpa pikir nak bayar hutang sini sana.

Boleh bangun pagi solat subuh, nak lagi baik boleh bangun tahajud 4 pagi.

Ya begitulah, tanda-tanda kewangan kita di tahap yang sihat. Cuba lah semak diri kita, dah capai semuanya belum?

Jika belum, ayuh kita usaha sama- sama. Banyakkan belajar, banyak baca buku, hadir seminar kewangan dan sebagainya.
[Alert Harga] Harga emas GAP masih sama seperti semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3831 gram
MYR 261 = 1.0000 gram

Statistik Oktober

Tertinggi: RM265 (14/10)
Terendah: RM259 (1/10)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)