Ain Adnan
25 subscribers
350 photos
20 videos
1 file
85 links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah. Channel ini dihoskan oleh Ain Adnan, Dealer Public Gold (PG00063893)

http://wasap.my/601110270590/bantusayasimpanemas
Download Telegram
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik RM3/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3802 gram
MYR 263 = 1.0000 gram


Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM256 (10/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
4 perkara mudah yang sukar dibuat oleh kebanyakan orang

1.Menyimpan

Menyimpan sangat mudah,tidak perlu bekerja keras atau pecah kepala memikirkannya.hanya perlu buka akaun dan simpan setiap kali pendapatan atau gaji Simpan dahulu sebelum belanja.Namun ramai yang gagal melakukannya kerana menggunakan kaedah yang salah

Mereka berbelanja dahulu,kalau ada baki baru simpan.
Malangnya tiada baki yang dapat disimpan

Simpanan disini merujuk kepada simpanan atau tabung
Kecemasan yang bernilai sebanyak 6x gaji bagi yang bekerja makan gaji atau setahun pendapatan perniagaan bagi yang berniaga

5 sebab utama gagal menyimpan

1.Tidak mahu menyimpan
2.Tiada matlamat jelas kenapa perlu menyimpan.
3.Tidak menjadi keutamaan dalam hidup untuk menyimpan
4.Dilahirkan dalam budaya yang tidak menyimpan
5.Tidak mencari ilmu

2.Membuat bajet

Bajet atau belanjawan bukan bermaksud menjadi kedekut,seperti diet bukan bermaksud tidak makan.Bajet
Atau belanjawan adalah menetapkan sesuatu perbelanjaan mengikut keutamaan keperluan pada nilai yang telah dikira dan ditetapkan mengikut masa dan tempoh tertentu.

Perkara ini pun ramai yang gagal buat kerana ambil sikap tidak peduli dan hanya mengikut hati dan perasaan ketika berbelanja

3.Mengira atau berkira-kira

Kenapa orang kaya berkira? Berkira bukan bermaksud bakhil atau kedekut tetapi seperti namanya,berkira bermakna kira,menggunakan Aritmetik yang dipelajari disekolah dahulu.campur,tolak,bahagi dan darab.

Daripada kiraan yang dibuat barulah kita tahu akan kesan aliran tunai,untung atau rugi,berbaloi atau tidak sesuatu perkara yang ingin dibelanjakan atau dilaburkan

4.Menyediakan tabung kecemasan

Mengikut perangkaan,lebih 50% rakyat malaysia tidak mempunyai minimum RM1000 sebagai tabung kecemasan.kita sering dengar ungkapan 'lari bajet' kerana berlakunya kecemasan.

Sering kali juga apa yang dikatakan sebagai kecemasan bukannya kecemasan pun,sebagai contoh tiada siapa pun akan mati kalau kita tidak beli,berbelanja atau bayar sesuatu produk atau perkhidmatan yang tidak melibatkan nyawa

Namun mengikut definisi hati dan perasaan,ia dianggap satu kecemasan!.

Hanya sekadar memyebarkan ilmu
Tiada yang lain hanya memberi peringatan.

Sumber inspirasi oleh:
Tuan Zaidi Ismail
Bila kena bayar zakat emas?

Apabila mempunyai jumlah berat emas simpanan sebanyak 85 gram atau lebih yang mencukupi nisab tahunan akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas yang disimpan.

Sebagai contoh kita simpan emas sebanyak 90g dan harga emas 90g ini adalah RM24,660*.

Maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah sebanyak RM616.50.

RM24,660 x 2.5% = RM616.50

Emas yang disimpan ini adalah emas simpanan/pelaburan seperti goldbar, dinar, dan akaun emas yang patuh syariah.

Macam mana dengan barang kemas?

Kalau barang kemas bergantung pada uruf negeri masing-masing. Setiap negeri mempunyai nilai uruf yang berbeza-beza.

Saya galakkan rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk ketahui nilai uruf negeri dan buat kiraan zakat barang kemas.

* Untuk harga emas yang tepat, rujuk pada pusat zakat negeri atau gunakan kalkulator yang terdapat di laman web pusat zakat negeri.
PENGUMUMAN: CAWANGAN TELAH DIBUKA UNTUK COLLECTION

1. Collection untuk item atas 5 dinar (21.25g). Bawah 5 dinar kena GIT.

2. Book appointment di website:

Set appointment di https://www.picktime.com/publicgold (baca terms sebelum book)

Pilih cawangan >> Express Counter (atas sekali) >> pilih date dan time

3. Wajib telah terima vaksin. Untuk cawangan dalam negeri Fasa 1, yang lengkap 2 dose sahaja dibenarkan masuk.
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun RM1/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3788 gram
MYR 264 = 1.0000 gram


Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM256 (10/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)