Ain Adnan
25 subscribers
350 photos
20 videos
1 file
85 links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah. Channel ini dihoskan oleh Ain Adnan, Dealer Public Gold (PG00063893)

http://wasap.my/601110270590/bantusayasimpanemas
Download Telegram
Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini:

1. Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2. Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan.

Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3. Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja.

Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.

Nak mulakan serendah RM 100 pun boleh.

Klik sini untuk bermula
http://www.wasap.my/601110270590/emas+RM100

#TeamEmas2u
#AmazingJE24K
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun RM1/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3759 gram
MYR 266 = 1.0000 gram

Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM266 (06/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
7 Perkara Mesti Tahu Sebelum Beli Emas

Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank mahupun Public Library. Saya gemar bandingkan Public Gold sebagai kedai emas seperti Habib Jewel atau Poh Kong.

Bezanya cuma jenis emas dijual. Public Gold jual emas berbentuk jongkong dan syilling emas khusus untuk saving.

Beza dengan barang kemas ada dua iaitu harga per gram lebih murah dan kalau jual balik tolak kecil.

Jangan sesekali beli emas tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Saya gariskan seperti dibawah:

Apa tujuan simpan emas?
– Untuk simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji, tabung pergi haji, tabung deposit rumah, dana pendidikan anak. Alih 10% gaji dalam simpanan emas.

Berapa gram untuk capai tujuan?
– 100 gram, 40 gram, 50 gram atau 1 kilo emas?

Berapa lama nak capai sasaran?
– 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan?

Sebagai panduan, saya gariskan perkara penting berdasarkan pengalaman 3 tahun saya dalam bidang emas:

7 KRITERIA DALAM MEMILIH EMAS TERBAIK

Public Gold satunya syarikat jual beli emas disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors – panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Commission dan World Gold Council.

Dengan ini, segala transaksi jual beli emas Public Gold adalah berpandukan syariah Islam. Tiada was-was.

i) Harga Per Gram Emas

Ini adalah paling asas. Harga mesti sentiasa boleh dilihat dgn telus.
Harga emas Public Gold boleh dirujuk di http://www.publicgold.com.my

Harga emas goldbar dan dinar emas yang dikemaskini setiap 20 minit. (harga emas dunia sebenarnya berubah setiap saat!)

Untuk harga akaun GAP pula, dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12:00 malam.

Kalau nak beli emas, rujuk harga PG SELL. Satu hari nanti nak jual emas, lihat harga PG BUY.

TIPS: Makin berat emas anda beli, makin murah harga per gram. Cuba tekan kalkulator.

ii) Susut nilai yang Rendah

Maksud spread: Perbezaan antara harga kita beli dan jual semula. Ala, macam kita beli matawang asing, ada harga beli dan jualan semula.

Makin rendah spreadnya, makin cepat dan besar untung kepada pembeli.
Sebagai contoh, spread emas Public Gold hanya dari 6% – 9%, manakala harga spread barang kemas di kedai emas biasa adalah dari 15 hingga 30%.

Sebab ini barang kemas kemas bukan di anggap item simpanan dan pelaburan.

iii) Stok tiada had

Emas ni pelik, makin turun harga makin ramai pembeli. Ada syarikat lain, masa harga emas turun dan kita nak beli, tiba-tiba stok tak ada.

Dengan Public Gold, anda boleh beli emas tanpa had! Nak beli 1 kilogram emas setiap minggu pun boleh.

iv) Tiada SST atau GST

Selepas GST di kuatkuasa pada April 2015, apa sahaja emas yang di import untuk tujuan industri kecuali bagi tujuan pelaburan, akan dikenakan GST 6%. Ini termasuklah emas perhiasan di kedai emas.

Hanya emas yang di iktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).

v) Diterima gadaian Ar-Rahnu

Tak semua jenama emas di terima untuk gadaian Ar-Rahnu. Hanya brand emas yang established saja diterima.

Public Gold diterima disemua institusi gadaian ArRahnu di Malaysia dan Brunei Darussalam.

Tips: Ini menjawab persoalan sama ada Public Gold ni disahkan oleh Bank Negara Malaysia atau tidak kerana semua institusi Ar-Rahnu dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Mana boleh buat suka hati! 😉

vi) Senang nak jual semula

Kalau nak beli emas Public Gold, jual kat mana? Boleh jual di kedai emas tak?

Boleh kalau awak nak jual di kedai emas, cuma perlu ingat – sedangkan emas mereka sendiri tolak lebih dari 20% dari harga semasa.

cara paling bijak, jual semula sama ada dengan dealer Public Gold atau cawangan Public Gold berhampiran. Harga rujuk PG BUY di website Public Gold.

vii) Jaminan Belian Semula

Ada penjual brand emas ‘X’ tak terima semula emas yang dia jual. Alasannya tak cukup duit. Dia tahu menjual aje.

Dengan Public Gold, awak boleh jual seberapa banyak emas yang anda dah beli. Dalam tempoh 24 jam, duit akan ditransfer ke akaun anda.

Oh ya, anda juga boleh menjual semula atau trade in emas brand lain dalam bentuk gold bar Public Gold. Rate tinggi tau!
Dalam kewangan peribadi & keluarga ada dua cara saja untuk baiki kewangan.

1. Tingkatkan pendapatan.
2. Kurangkan perbelanjaan.

Ramai orang cenderung untuk memilih cara ke-2 terlebih dahulu. Saya pun begitu.

Tetapi, sedarkah anda. Kaedah mengurangkan perbelanjaan ini sering bersifat sementara.

Hati kita tidak kuat untuk hari-hari berjimat sahaja. Lama kelamaan kita akan letih dengan cara ini dan kembali berbelanja seperti kebiasaannya.

Jika anda memilih kaedah ke-2, pastikan anda dapat bezakan cara berjimat dengan cara untuk elak membazir.

Kenapa? Sebab membazir itu amalan syaitan.

Tuan-puan, ramai juga orang yang pandai buat kaedah No.1 iaitu tambah pendapatan.

Okay, ini pandangan saya. Anda boleh berjaya tambah pendapatan dengan lumayan.

Beribu-ribu ringgit keuntungan boleh anda usahakan.

Cuma, jika kaedah No.1 ini berjaya. Anda masih perlu belajar satu skil lagi. Apatu?

Simpan. Simpan. Simpan.

Pandai tambah pendapatan mesti disertakan dengan skill pandai simpan. Kenapa?

Duit banyak tapi tak pandai simpan. Lama letih juga, kerja tak habis-habis. Kaya tu hilang.

Belajarlah cara menyimpan ya.
Apabila harga emas turun, itulah masanya kita tambah gram atau mula simpan emas.

Harga emas turun sebanyak RM6/gram berbanding semalam.

Harga emas hari ini RM260/gram saja.

Berminat nak beli emas dengan harga junam ni?

Lekas wasap ke www.wasap.my/601110270590/sayanaksimpanemas
[Alert Harga] Harga emas GAP masih sama seperti semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3846 gram
MYR 260 = 1.0000 gram

Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM260 (07/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun RM4/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3906 gram
MYR 256 = 1.0000 gram

Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM256 (10/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)

Silver paling banyak Turun🥰
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik RM1/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3891 gram
MYR 257 = 1.0000 gram


Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM256 (10/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik RM3/g berbanding semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3802 gram
MYR 263 = 1.0000 gram


Statistik Ogos 2021

Tertinggi: RM267 (01/08)
Terendah: RM256 (10/08)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
4 perkara mudah yang sukar dibuat oleh kebanyakan orang

1.Menyimpan

Menyimpan sangat mudah,tidak perlu bekerja keras atau pecah kepala memikirkannya.hanya perlu buka akaun dan simpan setiap kali pendapatan atau gaji Simpan dahulu sebelum belanja.Namun ramai yang gagal melakukannya kerana menggunakan kaedah yang salah

Mereka berbelanja dahulu,kalau ada baki baru simpan.
Malangnya tiada baki yang dapat disimpan

Simpanan disini merujuk kepada simpanan atau tabung
Kecemasan yang bernilai sebanyak 6x gaji bagi yang bekerja makan gaji atau setahun pendapatan perniagaan bagi yang berniaga

5 sebab utama gagal menyimpan

1.Tidak mahu menyimpan
2.Tiada matlamat jelas kenapa perlu menyimpan.
3.Tidak menjadi keutamaan dalam hidup untuk menyimpan
4.Dilahirkan dalam budaya yang tidak menyimpan
5.Tidak mencari ilmu

2.Membuat bajet

Bajet atau belanjawan bukan bermaksud menjadi kedekut,seperti diet bukan bermaksud tidak makan.Bajet
Atau belanjawan adalah menetapkan sesuatu perbelanjaan mengikut keutamaan keperluan pada nilai yang telah dikira dan ditetapkan mengikut masa dan tempoh tertentu.

Perkara ini pun ramai yang gagal buat kerana ambil sikap tidak peduli dan hanya mengikut hati dan perasaan ketika berbelanja

3.Mengira atau berkira-kira

Kenapa orang kaya berkira? Berkira bukan bermaksud bakhil atau kedekut tetapi seperti namanya,berkira bermakna kira,menggunakan Aritmetik yang dipelajari disekolah dahulu.campur,tolak,bahagi dan darab.

Daripada kiraan yang dibuat barulah kita tahu akan kesan aliran tunai,untung atau rugi,berbaloi atau tidak sesuatu perkara yang ingin dibelanjakan atau dilaburkan

4.Menyediakan tabung kecemasan

Mengikut perangkaan,lebih 50% rakyat malaysia tidak mempunyai minimum RM1000 sebagai tabung kecemasan.kita sering dengar ungkapan 'lari bajet' kerana berlakunya kecemasan.

Sering kali juga apa yang dikatakan sebagai kecemasan bukannya kecemasan pun,sebagai contoh tiada siapa pun akan mati kalau kita tidak beli,berbelanja atau bayar sesuatu produk atau perkhidmatan yang tidak melibatkan nyawa

Namun mengikut definisi hati dan perasaan,ia dianggap satu kecemasan!.

Hanya sekadar memyebarkan ilmu
Tiada yang lain hanya memberi peringatan.

Sumber inspirasi oleh:
Tuan Zaidi Ismail
Bila kena bayar zakat emas?

Apabila mempunyai jumlah berat emas simpanan sebanyak 85 gram atau lebih yang mencukupi nisab tahunan akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas yang disimpan.

Sebagai contoh kita simpan emas sebanyak 90g dan harga emas 90g ini adalah RM24,660*.

Maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah sebanyak RM616.50.

RM24,660 x 2.5% = RM616.50

Emas yang disimpan ini adalah emas simpanan/pelaburan seperti goldbar, dinar, dan akaun emas yang patuh syariah.

Macam mana dengan barang kemas?

Kalau barang kemas bergantung pada uruf negeri masing-masing. Setiap negeri mempunyai nilai uruf yang berbeza-beza.

Saya galakkan rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk ketahui nilai uruf negeri dan buat kiraan zakat barang kemas.

* Untuk harga emas yang tepat, rujuk pada pusat zakat negeri atau gunakan kalkulator yang terdapat di laman web pusat zakat negeri.