Ain Adnan
22 subscribers
350 photos
20 videos
1 file
85 links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah. Channel ini dihoskan oleh Ain Adnan, Dealer Public Gold (PG00063893)

http://wasap.my/601110270590/bantusayasimpanemas
Download Telegram
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun RM1/g berbanding semalam.

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3690 gram
MYR 271 = 1.0000 gram

Statistik May 2021
Tertinggi: RM273 (20/05)
Terendah: RM256 (01/05)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
=========================
Kelebihan & Kekurangan Emas
=========================

Apakah kelebihan emas?

1. Wang untuk seluruh dunia.
Ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia.
Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu. Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia.

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang. Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang.

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain. Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.

Apakah kelemahan emas?

1. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus. Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi ia dilihat kurang menarik.

2. Terdapat banyak pilihan produk. Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan. Jika emas fizikal anda banyak, anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.

Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.

📲 Bagi yang nak mulakan simpanan emas boleh wasap saya www.wasap.my/601110270590/naksimpanemas

#TeamEmas2U
#AmazingJE24K
Orang yang bergaji besar belum tentu ada simpanan atau ada pelaburan tertentu.

Orang yang mindanya sentiasa terbuka dan positive thinker, rajin mencari ilmu dan sentiasa mahu belajar adalah orang yang berjaya.

Anda tak perlu bergaji besar untuk membuat pelaburan atau simpanan.

Orang yang faham, akan nampak cara bagaimana nak mengembangkan duit mereka dari sekecil-kecil rm100 kepada yang lebih besar.

Anda mungkin tak boleh buat pelaburan besar terus tapi anda masih boleh mula sedikit-sedikit. Yang penting mula dulu.

Bila ada peluang dan kemudahan jangan biarkan ia terlepas begitu saja.

Mulakan simpanan atau pelaburan anda dengan simpanan emas kerana kemudahan untuk memiliki aset yang bernilai sudah ada di depan mata:

1. Boleh beli dan kumpul emas 999.9 serendah rm100

2. Boleh beli secara ansuran

3. Boleh dapat pendapatan pasif sambil menyimpan

📲 Bagi yang nak mulakan simpanan emas boleh wasap saya www.wasap.my/601110270590/naksimpanemas
[Alert Harga] Harga emas GAP sama seperti semalam

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.3676 gram
MYR 272 = 1.0000 gram

Statistik May 2021
Tertinggi: RM273 (20/05)
Terendah: RM256 (01/05)

Statistik 2021
Tertinggi: RM277 (06/01)
Terendah: RM240 (09/03)
HARGA EMAS SEMAKIN MENINGKAT

Trend harga emas sekarang berada dalam trend menaik. Nilainya semasa saya menulis post ini ialah $1,880 per ounce.

Kalau tanya saya elok ke beli atau tambah simpanan emas sekarang?, saya akan katakan harganya lebih tinggilah dari sebelum ini sebab posting saya lepas-lepas memanglah galakkan anda membeli pada masa itu kerana banyak indicators menunjukkan harga emas akan naik.

Tapi apa-apa pun bagi saya sebagai penyimpan, kita perlu pandang jauh. Target kita ialah mengumpul emas dan kalau boleh naklah beli masa harga rendah kan?

Bila kita pandang jauh, target kita bukan harga ini, target kita harga $2,000, $2,500 atau lebih dari ini.

Mengikut teknikal graph saya dan graph dari Gary Wagner (seperti di atas) dari segi teknikal analisa, harga emas sekarang berada di atas moving average 200 dan “golden cross” dengan EMA 50 pun telah berlaku. Dari segi teknikal ini petunjuk harga emas akan naik lagi.

Jadi bagi saya ia juga masa terbaik untuk menambahkan pelaburan anda dalam emas.

Klik di sini jika anda ingin mula buat simpanan emas. Jangan tunggu lagi ya.

📲 Bagi yang nak mulakan simpanan emas boleh wasap saya www.wasap.my/601110270590/naksimpanemas

#TeamEmas2u
#amazingje24k
Ehem-ehem…

Isu panas laksa 🥳

Kita tukar laksa menjadi gold bar 🤣

Simpan dalam album.

Kihkih 🤣

Akan datang selepas Harimau Malaya 🐯
SENTAP BACA HEADLINE DI ATAS?

Bagi yang masih tercari-cari nak buat simpanan apa tahun ini, anda boleh mula dengan buat simpanan kecemasan dulu.

Kata pakar kewangan, minimum simpanan kecemasan adalah 3 bulan gaji.

Andai kata gaji kita RM3,000, jadi simpanan kecemasan kita sepatutnya RM9,000.

Inilah kita guna kalau ada perkara cemas berlaku tanpa kita duga.

Contoh tiba-tiba kita sakit, kereta rosak, atau diberhentikan kerja.

Simpanan kecemasan ni boleh letak dalam ASB atau Tabung Haji supaya tak terlalu mudah dan tak terlalu susah untuk dikeluarkan.

Cuma kalau tak mampu menahan nafsu terbelanja, boleh tukarkan dalam bentuk emas.

Lagi pun emas pun duit tunai juga.

Bila perlu cash, kita boleh pajak atau jual saja dan dapat duit on the spot.

Saya doakan anda berjaya ada simpanan kecemasan pada 2021 ni ya.