Ain Adnan
23 subscribers
350 photos
20 videos
1 file
85 links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah. Channel ini dihoskan oleh Ain Adnan, Dealer Public Gold (PG00063893)

http://wasap.my/601110270590/bantusayasimpanemas
Download Telegram
"Berapa lama kena simpan emas ni?". Asyik tambah gram jer ๐Ÿ˜†.

Jawapan senang aje, simpan sampai kita capai target kita.

1.Kalau simpan untuk anak, simpan sampai anak nak masuk universiti 18 tahun. Kalau simpan 1gram sebulan nanti cukup 18 tahun dah ada 216g.

2.Kalau nak simpan untuk kahwin, simpan sampai cukup jumlah hantaran. Kalau emas dah naik boleh guna lebihan tu untuk kos-kos lain pula.

3.Kalau nak simpan untuk dana kecemasan, simpan minima 3-6 bulan pendapatan. Mulakan dengan 10% gaji tukar kepada emas.

4.Kalau simpan untuk pergi haji atau umrah, simpan sahaja 10 Dinar, nilainya sekarang lebih kurang RM11,000.

5.Kalau nak beli rumah, simpan sampai cukup deposit atau target beli dengan cash. 1kg emas sekarang nilainya sekarang RM255,000 boleh beli sebiji rumah terus.

6.Kalau nak jadikan harta pusaka. Simpan selagi masih mampu. Boleh juga letakkan target nak hibahkan minima 100gram untuk setiap waris.

So PASTIKAN ADA MATLAMAT.Kalau TIADA MATLAMAT , 1gram emas kekal 1gram sampai bila-bila ๐Ÿ˜‰

Jom!
Siapa yang berminat nak jadi DEALER PUBLIC GOLD, ini PROMOSI termurah PUBLIC GOLD PERNAH BUAT. Serendah RM299 sebulan selama 10 bulan melayakkan anda jadi Dealer (sejak bulan pertama pembayaran)
TABIAT BURUK TENTANG WANG.

1. Kita tak buat simpanan automatik, sepatutnya terus potong gaji masuk ASB atau Tabung Haji.

2. Kita masih percaya bahaya, ada lebih nanti baru nak simpan. Hakikatnya, selalu tak lebih.

3. Tiada pengetahuan tentang wang, yang tahu belanja dan habiskan sahaja. Zalim sungguh.

4. Guna kad kredit tak betul, kecemasan kita untuk beli bag tangan dan rim tayar kereta.

5. Tidak pernah bawa bekal ketempat kerja, jika bawa tepaware mesti hilang atau tak bawak balik punya. Bini marah terus merajuk makan dikedai Leha janda anak lima.

6. Tiada rekod perbenjaan , selagi duit ada belanja ikut apa yang suka.

7. Menabung bukan hiburan, kita cepat bosan. Cuba buat tabung hijau atau jingga, kita mesti teruja menabung punya.

8. Banyak beli dan simpan barang tak perlu, "ini ex mama bagi dulu nie kasut nie, walaupun dah buruk tapi tiap kali pijak. Mama rasa macam pijak muka dia jer!"

9. Malas banding harga barang, ada banyak app yang boleh bantu kita kini. Guna sahaja.

10. Abai skor kredit kewangan kita. Tak pernah kisah bayar hutang awal atau lewat. Janji bayar katanya.

11. Tidak jaga kesihatan, takaful akan jadi lebih tinggi.

12. Tidak periksa penyata kad kredit, janji bayar minimum saja dah cukup.

13. Tak jaga kenderaan, makin dibiarkan makin tinggi belanja selanggara kereta sebenarnya.

14. Malas bayar hutang kad kredit, kad kredit adalah duit masa depan yang kita dah gunakan masa sekarang.

15. Tak pernah beli buku kewangan sedangkan bab duit akan pegang sampai kita meninggal.

16. Beranggapan wang tak penting, yang penting kebahagiaan.

Jika kita masih amalkan semua ini, bersedialah bahawa kita akan hidup susah nanti. Baiki diri jadilah kaya dan mulia agar terus membantu sesama manusia.

Azizul Azli Ahmad
๐—ž๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ผ๐—ฐ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜

Set matlamat kewangan masing-masing. Ramai orang dah kerja bertahun-tahun tapi masih tiada simpanan. Antara sebabnya ialah kebocoran wang dan penyakit boros.

Set Matlamat kewangan peribadi. Adakan simpanan kecemasan paling kurang 3 bulan - 6 bulan pendapatan. Katakan Gaji anda rm2000, simpanan 3 bulan gaji sepatunya ada RM6000.

Ramai orang tak perasan benda ni. Apa jadi kalau kita hilang punca pendapatan? Jika diberhentikan kerja berapa lama kita boleh survive? Bab kewangan kena rancang baik-baik.

Kata mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie "kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya atau menunjuk kaya. Biar tidak bergaya asalkan poket kita kaya."

Simpan emas terbaik untuk mengubati penyakit boros dan masalah kebocoran wang. Untuk capai kewangan selamat simpan at least 6 bulan ke 9 bulan pendapatan.

Saya lebih prefer simpanan 6 bulan pendapatan dalam bentuk emas, 3 bulan simpanan dalam bentuk cash.

Anda pula bagaimana?
Alhamdulillah. Last week, dapat bantu customer beli Bunga Mas 5 gram 1st Batch Ramadhan Special. Minggu ni dapat bantu lagi customer beli Bunga Mas 2nd Batch Ramadhan pulak. Yang bestnya order, terus PG post ke rumah. Tak perlu pergi branch.

Siapa yg berminat nak start simpan emas atau nak topup emas. Boleh beli direct guna link ini di PG Mall ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Link: https://pgmall.my/-Public-Gold-BungaMas-Series-Bar-PG-5g-Au-9999-Collection-investment-gift-mint-barcoin-bar-AU-999--Jongkong-Emas47654901000012?referralPgCode=ainadnan90@gmail.com

Nak tahu lebih lanjut pasal simpanan emas, boleh whatsapp saya ye ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
http://www.wasap.my/60110270590
Ehem ehemโ€ฆ

Untuk mereka yang nak kumpulkan gold bar edisi hari Raya.

Sila bersedia.

Esok PG Gold museum akan melancarkan gold bar special edition Raya 2021 di PGMall.

Jam 10 pagi.

Hanya 10,000 keping sahaja. Ini adalah jualan ready stock ๐Ÿ˜„

Berat 1 gram dan kualiti emas 999.9

Limited edition.

Jangan cakap saya tak payung ๐Ÿฅณ

#GoldBarRaya2021
Emas & Raya.

Musim perayaan adalah paling seronok bagi semua, setahun sekali balik beraya di kampung berjumpa emak ayah, adik-beradik, sanak saudara dan sahabat handai. Tapi kini,ada yang dah 2 tahun tak beraya di kampung sejak isu Covid ni.Takpe,kita sabar dulu ok.

Memang meriah sambutan hari raya di kampung, lagi-lagi bila boleh beraya bersama orang yg tersayang. Tak kira jauh atau dekat kita akan sama-sama berkumpul bersalaman meminta ampun, menjamu selera dan berkongsi cerita.

Segala persiapan raya mestilah meriah dengan duit raya, baju baru, perabot baru dan tidak kurang pula yg berkereta baru. Belum masuk duit belanja hangus untuk pulang beraya seperti duit minyak, tol, servis kereta dan hotel.

Keperluan duit sangat tinggi untuk persiapan hari raya, bagi yg dapat bonus raya ianya boleh membantu sedikit sebanyak. Bagi yg tiada bonus raya, segala bajet persiapan hari raya kena disediakan lebih awal.

Saya akan berkongsi tips bagaimana kita boleh beraya dengan tenang dan meriah bila ada simpanan emas.

Tips #1 (simpanan)

Kumpul 1 gram 1 bulan sebagai simpanan hari raya untuk tahun depan. Paling minimum kita akan ada duit tunai ยฑRM2,000 untuk digunakan untuk keperluan hari raya. Jika ada kenaikan harga emas itu bonus!

Kenapa emas? Emas adalah simpanan paling susah untuk bocor(terbelanja), peluang untuk simpan sampai raya tahun depan sangatlah tinggi.

Tips #2 (dana kecemasan)

Bagi penyimpan emas boleh bawa sebahagian emas semasa pulang beraya sebagai โ€œemergency backupโ€ jika berlaku apa-apa musibah, boleh simpankan emas 10 gram dalam wallet incase berlaku sesuatu semasa dalam perjalanan pergi dan balik beraya.

Emas adalah duit tunai yg mudah untuk dicairkan, boleh jual atau pajak jika kita perlukan duit tunai segera. Pajak atau jual yg mana lebih sesuai? Tengok pada harga emas semasa baru kita boleh tahu sesuai untuk pajak atau jual.

Tips #3 (duit raya)

Paling seronok zaman kita budak-budak dapat duit raya, zaman sekarang lagi seronok sebab dapat duit raya dalam bentuk emas. Risiko untuk duit raya anak habis jadi mainan tu rendah!

Duit raya dalam bentuk emas boleh bertahan lebih lama, emas ada nilai sentimental yg tiada pada duit kertas. Pengalaman saya sendiri masih ada lagi simpan emas 1g(duit raya) sejak tahun 2015, jika dapat duit raya RM150 (baca nilai semasa 1g pada tahun 2015) masa tu saya pasti dah habis jadi duit tol dan minyak untuk tampung belanja balik kampung.

Tips #4 (backup)

Ramai yg diantara kita sudah โ€˜keringโ€™ bila balik dari beraya sakan di kampung, kena tunggu gaji yg seterusnya untuk tampung perbelanjaan seharian.

Penyimpan emas cuma perlu gadaikan sebahagian dari emas simpanan untuk dapat tunai segera sementara dapat gaji yg seterusnya, nanti dah dapat gaji boleh tebus balik emas gadaian tersebut. Emas tak hilang, kita pun boleh โ€˜surviveโ€™. Kita pun terhindar dari perasaan malu pinjam duit kawan dan orang lain!

Ini adalah perkongsian hasil dari pengalaman saya beraya bila dah simpan emas sejak 2015, simpanan emas ini sedikit sebanyak dapat membantu saya beraya dengan lebih tenang dan teratur.
Semoga bermanafaat.๐Ÿ˜Š

Kredit:Sadiqin Sulong
Sesiapa yang nak mula buat simpanan atau tambah pembelian boleh tenguk promosi ini. Promosi berakhir 9 Mei 2021 ya.

Pembelian yang lebih banyak membolehkan anda dapat status dealer secara percuma. Macam 2 in 1 lah. Emas dapat, status dealer pun dapat.

Minimally kalau tak nak bergiat sebagai dealer, anda dapat incentif atas pembelian sendiri.

Cuma lebih baik bila dah jadi dealer kita berkongsi manfaat menyimpan emas kepada orang lain. Kan lebih baik? Pahala pun dapat bila kita kongsi benda yang baik pada orang lain. Manfaatnya hingga ke anak cucu sebab emas ni di kategori sebagai aset.


Pembelian Normal Dealer (Pilih salah satu yang sesuai)
โœ…GAP 8K
โœ…Gold Bar 40g / 10 Dinar EPP10
โœ…Gold Bar 1g collection 4 set mickey and raya edition
โœ…Barang Kemas PG Jewel RM3K, EPP 6x

Pembelian Priority Dealer (Pilih salah satu yang sesuai)
โœ…GAP 16K
โœ…Gold Bar 60g / 15 Dinar EPP10
โœ…Gold Bar 1g collection 8 set mickey and raya edition
โœ…Barang Kemas PG Jewel RM5K, EPP 6x

Untuk status dealer kena buat pembelian wealth card 0.5g gold bar RM200.

Klik link bawah untuk sebarang pertanyaan atau pembelian:

http://www.wasap.my/60110270590