Ain Adnan
23 subscribers
350 photos
20 videos
1 file
85 links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah. Channel ini dihoskan oleh Ain Adnan, Dealer Public Gold (PG00063893)

http://wasap.my/601110270590/bantusayasimpanemas
Download Telegram
"Saya keliru apa beza emas Public Gold vs Emas Kedai Emas vs Emas Bank - Dalam Konteks Emas Jongkong?"

Dah ramai yang dah β€œlanggar tembok”. Jadi belajarlah dari mereka yang dah berjaya pecahkan tembok! Tak kan nak langgar lagi betul.

Ada 2 jawapan berbeza. Jawapan awal kepada tajuk di atas adalah TIADA BEZA. Manakala jawapan akhir ADA BEZA. Laaa pulak.

Sebab apa jawapan awal tiada beza?

Sebab emas tetap emas pada rupa fizikalnya. Kalau lain pun mungkin dari segi ketulenannya sahaja sama ada emas 999 atau pun emas 916.

Sebab apa jawapan akhir ada beza pulak?

Ada banyak sebab atas beberapa faktor penting yang akan menentukan belian emas tersebut mampu membawa pulangan yang maksimum kepada pembeli atau tidak.

Ok, bagi tujuan memaksimumkan kepuasan pembelian emas dan pulangan jangka pendek/jangka panjang, 11 kriteria berikut mesti menjadi keutamaan iaitu;

1. Faktor Harga.

πŸ“ˆ Public Gold : Dikemaskini 20 minit sekali dan 72 kali sehari ikut harga emas dunia (kitco)

πŸ“ˆ Kedai emas : Dikemaskini sekali seminggu ikut harga FGJAM

πŸ“ˆ Bank : Dikemaskini sekali sehari ikut harga emas dunia (kitco)

2. Faktor Spread. Spread adalah jurang perbezaan harga belian dan harga jualan balik. Semakin kecil spread semakin besar peluang untuk dapat keuntungan jangka pendek dan sebaliknya. Bila munculnya spread?

Bila kita beli dan nak jual pada orang/kedai/kompeni yang sama, selain itu, TIADA SPREAD. Saya tak suka guna perkataan SUSUT NILAI. Ia sangat negatif! Emas tiada SUSUT NILAI.

πŸ“ˆ Public Gold : 6 - 9/%
πŸ“ˆ Kedai emas : 15 - 45/%
πŸ“ˆ Bank : 10 - 29/%

3. Faktor Waktu Urusniaga.

πŸ“ˆ Public Gold : 24 jam 7 hari seminggu

πŸ“ˆ Kedai emas : 10 pagi - 10 malam. Setengahnya hanya sampai petang sahaja

πŸ“ˆ Bank : 10 pagi - 4 petang

4. Faktor Kemudahan Transaksi.

πŸ“ˆ Public Gold : Manual 9 pagi - 5 petang & Online 24 jam 7 hari seminggu (tiada had)

πŸ“ˆ Kedai emas : Manual 10 pagi - 10 malam. Setengahnya hanya sampai petang sahaja

πŸ“ˆ Bank : Manual 10 pagi - 4 petang

5. Faktor Kos Urusniaga.

πŸ“ˆ Public Gold : Tiada kos tambahan terselindung

πŸ“ˆ Kedai emas : Ada kos upah / kos tambahan lain

πŸ“ˆ Bank : Ada kos pengurusan

6. Faktor Outlet.

πŸ“ˆ Public Gold : 17 outlet (1 negeri 1 outlet) dan 80 outlet Pos ArRahnu

πŸ“ˆ Kedai emas : Ikut jumlah outlet dalam web

πŸ“ˆ Bank : ikut jumlah outlet dalam web

7. Faktor Jaminan Belian Balik.

✨Public Gold : Boleh tempah harga jualan balik. Boleh jual pada bila-bila masa secara manual/online. Boleh jual semua jenama / jenis emas

✨Kedai emas : Tidak boleh tempah harga jualan balik. Boleh jual pada waktu operasi outlet. Sesetengah kedai emas hanya terima jualan balik emas jenama mereka sahaja

✨Bank : Tidak boleh tempah harga jualan balik. Boleh jual pada waktu operasi outlet. Hanya terima jualan balik emas jenamanya sahaja

8. Faktor Pengiktirafan Assayer (Sijil Khas Ketulenan)

✨ Public Gold : Nadir Metal Rafineri (LBMA Turki) & Assay Office Penang Sdn Bhd

✨ Kedai emas : Kebiasaannya tiada

✨ Bank : LBMA

9. Faktor Rakan Strategik (Jualan)

✨ Public Gold : Pos ArRahnu Malaysia
✨ Kedai emas : Tiada
✨ Bank : Tiada

10. Faktor Kondisi Jualan Balik Emas.

✨ Public Gold : Terima semua kondisi emas. Kemek, calar, serpih, terbelah dan sebagainya tetap diterima untuk jualan balik dengan harga semasa yang tinggi

✨ Kedai emas : Hanya terima emas dalam keadaan baik sahaja. Jika rosak akan dijual sebagai emas buruk dengan harga yang sangat murah

✨ Bank : Hanya terima emas dalam keadaan baik sahaja. Selain itu, tidak diterima

11. Faktor Lain-lain.

✨ Public Gold : Ada Sijil Patuh Syariah & Malaysia Book of Record
✨ Kedai emas : Tidak ada Sijil Patuh Syariah
✨ Bank : Setengahnya ada Sijil Patuh Syariah & setengahnya tiada Sijil Patuh Syariah

Kesimpulannya, pilihlah yang terbaik untuk wang kita. Biar alah membli, menang dengan mendapat keuntungan
Cubalah 😊

Bagi saya, Public Gold antara tempat yang sesuai untuk anda mulakan simpananπŸ“ˆ

Harap dengan post ini dapat membantu anda serba sedikit tentang simpanan emas Di Public Gold, in shaa Allah.

Semoga bermanfaat✨
PGBO sekalian, ini adalah nombor telefon support team PGMall πŸ‘‡

β€”β€”-startβ€”β€”-

For PGMall order related, feel free to contact our PG Mall Shopper Support Team if further assistance is needed:

011-1069 7916 (General)
011-1055 6916 (General)
011-1050 2916 (Gold Orders)

Thank you.
Hari ni nak kongsi sikit berkenaan pelaburan ASB dan Emas.

Bolehlah masing2 mengkaji semula atau buat hypothesis guna data ASB sendiri.


Pada tahun 2000, seorang hamba allah membeli unit ASB sebanyak RM3,000 secara tunai. Dividen ASB menjadikan RM bertambah angkanya setiap tahun seperti dalam jadual di atas. Selepas 20 tahun RM3000 menjadi RM12,805.

Manakala jika dia membeli emas dengan jumlah duit yang sama dan pada tahun yang sama iaitu Tahun 2000, dia mendapat sebanyak 85 grams emas bersamaan 20 Dinar.

(Harga emas tahun 2000 ialah RM35 segram, bermakna 1 dinar 4.25g berharga RM150 sekeping.)

Dengan emas sebanyak 85 gram hari ini, nilainya ialah RM22,000

Nilai ASB yang dilabur sejak tahun 2000 ialah RM12,805.

Nampak tak bagaimana duit yang telah dialihkan kepada bentuk emas, nilainya meningkat.

Kalau bukan ASB pun, kalau kita simpan saja duit RM3,000 tak usik2, jumlahnya tetap sama.

Jangkamasa simpan 20 Tahun

Simpanan CASH RM3,000
Pelaburan ASB RM12,805
Emas RM22,000

Walaupun 85 gram tak bertambah tapi masih mengekalkan nilai dan kuasa beli.

Manakala RM3000 walaupun bertambah angka dengan dividen tiap2 tahun, tapi hilang nilai dan kuasa belinya kerana dimamah inflasi.

Bukan maksud jangan simpan / melabur ASB pula. Ramai membuat pelaburan ASB kerana ada kemudahan untuk memiliki unit yang banyak melalui pinjaman.

Yang penting kita pelbagaikan pelaburan atau simpanan kita dengan menggunakan kemudahan yang sesuai dengan bajet kita.

Sekarang dah faham kan? Jadi jangan tiada langsung simpanan emas tau? rugi kalau masih tak nampak dan rugi juga tak ambil peluang kerana kemudahan dah ada di depan mata.

Sekarang semua orang mampu membeli dan menyimpan emas, emas 999.9 pula, paling minima boleh membeli dengan hanya RM100.
[Alert Harga] πŸ”» Harga emas GAP turun RM3/g berbanding semalam.

Terendah setakat ini.

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.4167 gram
MYR 240 = 1.0000 gram

Statistik Mac 2021
Tertinggi: RM248 (01/03)
Terendah: RM240 (09/03)
Mungkin ramai agak terkejut dengan harga emas hari ini.

Terus jatuh dan hampir mencecah bawah 240/gram. Harga ini sama macam kembali macam tahun lepas.

Jangan bimbang. Harga emas turun adalah peluang. Kembali lihat matlamat kita ye.

Harga emas naik, nilai simpanan kita pun naik.

Harga emas turun, potensi untuk tambahkan simpanan kita dengan harga yang lebih murah.

Lessggooo, topup acc GAP...πŸ’ͺπŸ’ͺ
Nak beli emas di Public Gold ini ada 3 cara belian.

Boleh lah pilih mana satu cara yang selesa dengan kita. Harga emas pun tengah murah hari ini.

Mari saya bantu sebaiknya 😊
[Alert Harga] πŸ”ΊHarga emas GAP naik RM5/g berbanding semalam.

Harga hari ini:

MYR 100 = 0.4082 gram
MYR 245 = 1.0000 gram

Statistik Mac 2021
Tertinggi: RM248 (01/03)
Terendah: RM240 (09/03)
Nak beli emas ini tak perlu pun tunggu jadi kaya.

Semua orang boleh beli emas.

Semua orang boleh simpan emas.

Yang penting kena tahu caranya.

So macam mana nak beli dan simpan emas?

Alihkan sekurang-kurangnya RM100 dari duit gaji kita dan beli emas sebagai simpanan dengan akaun emas Public Gold.

Dengan harga hari ini akan dapat dalam 0.4g emas.

Tapi kalau ada bajet lebih, beli terus 1g emas, harga RM245 hari ini.

Bila beli akaun emas ini, kita tak perlu risau nak simpan dekat mana sebab Public Gold yang simpankan untuk kita.

Dan yang penting, penbelian kita semua ini adalah patuh syariah.

Begitulah.
"Apa beza account emas Public Gold dan account emas yang ditawarkan syarikat/bank lain?"

Saya kongsikan sedikit info berkenaan produk-produk emas lain yang ditawarkan di pasaran berdasarkan maklumat dari eksekutif pelanggan dari institusi-institusi kewangan tersebut sendiri.

1. CIMB e-Gold Investment Account (EGIA)

Yang ni memang berstatus konvensional dan tidak ada emas fizikal yang disediakan. Jadi saya stop dekat situ sahaja. Status memang TIDAK PATUH SYARIAH.

2. Maybank Islamic Gold Account-I (MIGA-i)

Maybank ada tawarkan dua produk emas, Konvensional dan Islamik. Maybank Gold Investment Account (MGIA) dan Maybank Islamic Gold Account-i.

Kalau diikutkan harga emas yang ditawarkan SANGAT RENDAH dan memang status MIGA-i adalah PATUH SYARIAH.

Cuma berdasarkan info yang diterima pegawai branch system MIGA-i belum betul-betul β€œup and running” yang mana registration adalah DIHENTIKAN buat sementara.

Produk emas fizikal nya juga adalah terhad kepada jenis-jenis dan branch-branch yang tertentu sahaja (Main Branch).

Jadi mungkin system MGIA masih belum β€œfully operational”. Simpanan emas di MIGA-i MEMANG DIKENAKAN CAJ SIMPANAN.

3. Public Gold

Public Gold ada tawarkan account emas GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli & simpan emas fizikal dgn jumlah minimum 1 gram atau rm100(0.3 gram) setiap kali belian. Kalau kita nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh.

Account emas GAP ni kita boleh beli emas sikit-sikit dan simpan dgn Public Gold percuma tanpa caj. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa utk simpan.

Dan yang paling penting untuk umat islam, Emas Public Gold di sahkan patuh syariah oleh Amanie Syariah Advisor.

4. HelloGold

HelloGold juga adalah produk emas yang mendapat status PATUH SYARIAH dari Amanie Global Finance Advisor (company sama yang mengiktiraf status patuh syariah PG).

Kalau dilihat HG lebih kepada penggunaan aplikasi Di telefon bimbit dan pengguna individu. Pengguna register dan manage akaun masing-masing.

Pengguna boleh menambah gram emas dengan nilai serendah rm20. Kalau diikutkan harga per gram HG adalah lebih rendah berbanding PG.

TETAPI, terdapat beberapa FEE yang dikenakan kepada pemegang akaun;

1. PROCESSING FEE
2. ADMINISTRATIVE FEE
3. REDEMPTION FEE.

Boleh rujuk di sini help.hellogold.com/en/ untuk bacaan lanjut.

Pengguna boleh menebus emas dari akaun kepada emas PAMP SUISSE 999.9 tetapi tiada konsep BUY BACK untuk physical gold bagi HG seperti yang ditawarkan oleh Public Gold.

Bermakna, tiada jaminan untuk Hello Gold beli semula emas fizikal anda.

Walaupun harga Di HG lebih murah, terdapat β€œFEE” lain yang dikenakan jadi tak dapat dipastikan dengan jelas di akhirnya yang mana lebih "Murah" dan yang mana lebih "Mahal". HG tak membuat belian balik emas fizikal yang telah dijual.

Kalau tanya saya account emas mana yang terbaik , sudah semestinya saya memilih Public Gold πŸ‘πŸ»πŸ˜Š

Berminat nak mula & buka akaun simpan emas, boleh whatsapp saya ☺️
LBMA & NON LBMA

Gold Bar Public Gold mendapat pengiktirafan
London Billion Market Association (LBMA).

Satu badan yang berpusat di London yang menyelia dan menentukan pasaran emas dan perak seluruh negara.

Gold bar LBMA ada kelebihan dari aspek wang antarabangsa mudah di terima jika dijual di luar negara. Emas dalam seal, berserta certificate.

Jika untuk dipajak, emas non LBMA menjadi pilihan kerana memudahkan urusan menguji ketulenan emas.Public Gold ada produk Non LBMA seperti Bunga mas,Tai fook dan dinar local.

Ada sesetengah orang suka emas Non LBMA sebab dapat feel pegang emas.

LBMA atau Non LBMA adalah pilihan.Ada kedua-duanya lebih baik.
Banyak juga komen-komen yang saya baca tentang keluhan harga emas turun, tapi harga upah naik. So tak ada beza pun harga emas turun sebab mereka tetap kena bayar harga mahal.

Itu yang boleh berlaku apabila kita beli barang kemas atau emas 916. Sebab harga barang kemas ada 2 harga iaitu harga emas dan harga upah.

Harga emas merujuk pada berapa banyak kuantiti emas yang ada dalam barang kemas tu. Lagi berat emas, lagi mahal harganya.

Harga upah pula merujuk pada upah untuk membuat barang kemas tersebut. Lagi kompleks bentuknya, lagi β€˜viral’ designnya, maka lagi tinggilah harga upah barang kemas tersebut.

Kalau pandai tawar-menawar, dapat la kurangkan harga upah. Tetapi harga emas biasanya tetap dan tak berubah. Sebab dia ikut berat emas. Kalau nak kurangkan harga emas, kena la buang satu cangkuk dari gelang tu. Haha.

So apakah cara terbaik kalau kita nak beli emas dengan harga yang murah mengikut harga emas semasa?

Emas 999, adalah jawapannya.

Belilah emas 999 seperti goldbar, dinar atau pun akaun emas yang patuh syariah. Apabila kita beli emas seperti ini ianya lebih jimat dan sangat berbaloi.

Sebab apa?

Sebab kita beli emas yang pure. Maksud emas 999 ini adalah 99.9% isi kandungannya adalah emas. So berbaloi la kita beli emas yang memang pure emas. Tak dicampur dengan logam asing.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang cara simpanan emas 999, atau bagaimana beli emas 999 sebagai simpanan dan pelaburan, boleh WhatsApp saya.

Hari ini boleh beli emas serendah RM100 sahaja dan akan dapat 0.4082 gram emas.
β€œZakat emas tu macam mana?”

Syarat wajib zakat emas yang tidak dipakai (dalam bentuk jongkong dan dinar emas) ada dua iaitu:

1. 85 gram ke atas.
2. Cukup haul setahun (genap setahun dari tarikh belian).

Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat emas.

Contoh 1:
Abu beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram.

Contoh 2:
Ali beli 100 gram emas. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak?

Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun.

Contoh 3:
Bakar beli 1000 gram emas. Cukup setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Bakar pergi ke baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1000 gram emas.

Tak perlu pun bawa emas ke baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa kilo emas. Nanti mereka akan kira ikut nilaian baitulmal.

🧐 "Simpan emas tapi kena bayar zakat berbaloi ke?"

Sebenarnya, simpan duit dimana-mana pun kena bayar zakat. Ianya tidak ekslusif atau terpakai kepada emas sahaja. Asalkan harta tu berkembang, ianya perlu dizakatkan.

1. Zakat Pendapatan
2. Zakat Perniagaan
3. Zakat Emas & Perak
4. Zakat Wang Simpanan
5. Zakat Perlaburan & Saham
6. Zakat KWSP
7. Zakat Penternakan
8. Zakat Tanaman Padi
9. Zakat Takaful
10. Zakat Galian dan Harta Karun

Kalau simpan duit tak pernah nak cukup syarat bayar zakat, itu tanda simpanan asyik bocor. Simpan emas, tahu-tahu dah cukup layak bayar zakat. Simpanan emas ternyata berkesan!

Keluarkan zakat, hidup pasti lebih berkat 😊