🌹Tahun-tahun Kita Tidak Sepatutnya Dibazirkan🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Jun 2026/ 01 Muharram 1448
Solat subuh– Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Semoga hari pertama Muḥarram dirahmati dan diberkati, inshā’Allah. Tahun ini akan lebih baik, inshā’Allah. Kita berdoa agar ini akan menjadi tahun kemunculan, berita gembira yang diramalkan oleh Nabi kita ﷺ, inshā’Allah. Qiyāmat sudah dekat. Orang-orang lalai, mereka tidak bercakap tentang qiyamat sama sekali. Mereka fikir ianya jauh. Tetapi ianya sudah dekat; hari dan tahun berlalu dengan sekelip mata. Akhirat semakin hampir. Sudah tentu, qiyāmat setiap orang adalah saat mereka menutup mata (meninggal dunia); kerana apabila seseorang membuka mata, mereka mendapati dirinya pada hari qiamat. Oleh itu, ini sangat penting; mereka yang mengetahui nilainya akan bersedia untuk akhirat.
Hari ini adalah hari pertama Muḥarram. Inshā’Allah, jika kita hidup untuk melihatnya, pada masa ini tahun depan, setahun akan berlalu dalam sekelip mata. Tahun lepas kami sedang menunaikan haji, dan tahun ini satu lagi musim haji telah berlalu; hari-hari benar-benar berlalu dalam sekelip mata. Setiap saat yang berlalu semasa berada di Jalan Allah ﷻ adalah bermanfaat; ianya menjadi bekal untuk akhirat, kata mereka. Perjalanan ke Akhirat masih panjang.
Oleh itu, tahun-tahun ini, hari-hari ini, tidak boleh disia-siakan; mereka semua hendaklah dibelanjakan di Jalan Allah ﷻ. Perlu mengingati Allah ﷻ; kerana menyebutnya (berzikir) kepada Allah ﷻ bermakna mengingati Allah ﷻ. Sudah tentu, hanya menyebut nama Allah ﷻ dengan lidah juga merupakan satu bentuk zikir, tetapi zikir juga adalah mengingatiNya ﷻ dan menyimpanNya ﷻ sentiasa di dalam hati. Hendaklah kamu sentiasa mengingati Allah ﷻ agar akhiratmu bahagia, agar hari, jam, dan detik tidak berlalu dengan sia-sia. Untuk mendapatkan syafaat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, sangat perlu untuk mengingati ini. Setiap minit, setiap detik, kita harus berfikir, “Allah ﷻ bersama kita, Allah ﷻ melihat kita, Allah ﷻ menjadi saksi atas tindakan kita.” Seseorang yang bertindak sewajarnya tidak akan mensia-siakan hari-hari mereka. Anda berkata, "Tahun berlalu dalam sekejap"; ya, ianya berlalu, tetapi ia adalah tahun yang penuh dan bermakna; tidak kosong, tidak penuh dengan dosa. Sudah tentu, terdapat dosa; setiap orang ada dosa. Namun, setelah bertaubat dan beristighfar, mereka (dosa-dosa) itu juga akan terhapus dengan Izin Allah ﷻ.
Semoga Allah ﷻ Memberkati tahun kita; semoga menjadi tahun yang diberkati, tahun yang kita harapkan, inshā’Allah. Semoga ianya menjadi tahun di mana Islam mendapat kemenangan, dan tahun di mana Mahdi ‘alayhi s-salām dan ‘Isa ‘alayhi s-salām, seperti yang diberi khabar gembira oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, akan datang, inshā’Allah. Inilah yang kami inginkan. Jika kita mencapai ini, kita akan mencapai Janji Allah ﷻ, inshā’Allāh. Kerana dalam keadaan dunia sekarang, nampaknya tidak ada keselamatan; semakin hari semakin tenggelam. Hanya apabila Mahdi ‘alayhi ssalām datang, inshā’Allah, ini akan bertambah baik. Tidak ada Jalan lain untuk memperbaikinya. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita, dan semoga tahun baru kita dirahmati dan diberkati, inshā’Allah.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

❤1
🌹Wazifa Bulan Muharram 🌹
Bacaan : Sebanyak kali:
Selawat Tunjina 40
Hasbuna Allah Rabbuna Allah 100
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm 100
Surah al Ikhlas 100
Selawat 100 – 1000
Bacaan : Sebanyak kali:
Selawat Tunjina 40
Hasbuna Allah Rabbuna Allah 100
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm 100
Surah al Ikhlas 100
Selawat 100 – 1000
❤3
🌹TIGA PELAJARAN YANG INDAH🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 Jun 2026/ 29 Dhul Hijjah 1447
Solat subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Hadis-hadis Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam dari semalam adalah indah, sungguh indah. Sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam adalah khazanah yang tidak ternilai. Sesiapa yang mentaatinya ﷺ, mengikuti teladan Baginda ﷺ, dan mempedulikan nasihat dan kata-kata indahnya ﷺ akan berbahagia dan menjadi termasuk daripada kalangan orang-orang yang bergembira di dunia dan akhirat. Jalan yang indah dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam ini adalah Jalan tanpa sebarang kejahatan.
Semalam kita membaca, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, “Tidak ada harta yang berkurang dari sedekah.” Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam berkata ini sebagai sumpah; sesiapa yang mengatakan bahawa hartanya berkurangan daripada bersedekah adalah berdusta. Sedekah itu menambah harta, menjauhi kesusahan dan musibah, dan membawa kepada segala kebaikan dan keredhaan Allah ﷻ. Oleh itu, hadits yang kita baca semalam ini adalah sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam yang sangat indah. Tidak ada keraguan tentang ini, kerana Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersumpah; Janganlah ada yang menyangka, "Jika aku bersedekah, hartaku akan berkurang". Dengan bersedekah, seseorang melindungi dirinya sendiri, menjadi asbab untuk mencapai keredhaan Allah ﷻ, dan memenuhi sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Yang Kedua, walaupun anda berada dalam kebenaran, jika anda memaafkan orang yang telah menyakiti anda, anda akan menjadi Azīz (dihormati) di hadapan Allah ﷻ, anda akan menjadi orang yang bermaruah dan anda akan menjadi orang yang diterima. Jika tidak, walaupun anda tunduk kepada ego anda dan bertengkar atau berdebat dengan orang itu, kebaikan itu akan hilang. Ini juga penting, kerana bukan mudah untuk seseorang mengawal egonya sendiri. Meninggalkan kebatilan dan kezaliman kerana Allah ﷻ, walaupun anda berada di pihak yang benar – orang kadang-kadang boleh membantah dengan mengatakan, “Ini tidak boleh diterima,” tetapi jika anda melepaskannya kerana Allah ﷻ, Allah ﷻ akan Menjadikan anda dimuliakan dan ditinggikan di sisiNya ﷻ. Ini juga sangat penting.
Ketiga, meminta wang daripada orang-orang, (mengemis) meminta-minta— Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam Bersabda bahawa ini bukanlah kelakuan yang baik sama sekali. Ianya membawa kepada kemiskinan. Jika ia diberikan kepada anda tanpa anda meminta, jika Allah ﷻ Menghantarkannya (kepada anda), anda menerimanya; tetapi jika anda sentiasa berkata, "Beri saya," maka itu membawa kepada kemiskinan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.
Ketiga-tiga pelajaran ini adalah nasihat yang sangat indah dari Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kesemua itu adalah asbab untuk kebaikan, keindahan, nikmat, dan kebahagiaan sepanjang hayat untuk seseorang, di kedua-dua dunia dan di akhirat. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kita termasuk orang-orang yang mengikuti JalanNya, inshā’Allah. Semoga Allah ﷻ Memberi kita semua kemampuan untuk menerima hadis yang indah ini dan mengamalkannya tanpa mengikuti ego kita sendiri, inshā’Allah.

🌹 Malam Sebelum Hari Asyura & Hari ‘Āsyūrā’
Assalamu alaikum wr wb,
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm
“Dalam bulan Muḥarram, para Nabi mencapai darjat mereka atau dikurniakan kenabian kepada mereka. Begitu juga, para awliyā’ diberikan darjat kewalian pada hari ‘Āsyūrā’, iaitu pada tanggal kesepuluh Muḥarram. Pada hari itu, terdapat banyak peristiwa… Kebanyakan peristiwa telah berlaku pada hari ini; peristiwa-peristiwa yang sangat indah telah terjadi.”
– Mawlana Shaykh Muhammad Adilق
Hari ‘Āsyūrā’ adalah hari yang sangat penting dan tidak sepatutnya dilepaskan, kerana ianya memperingati pertolongan Ilahi, pembebasan, dan kelegaan yang dikurniakan oleh Allah ﷻ kepada ramai Nabi-Nabi-Nya a.s setelah melalui tempoh kesukaran dan ujian.
Dalam sohbah beliau yang terbaru, Mawlanaق mengingatkan kita bahawa menghidupkan hari yang penuh keberkatan ini dengan ibadah, doa dan solat pasti membawa manfaat kepada kita, baik di dunia mahupun di akhirat.
Semoga Allah menerima ibadah, doa, dan niat baik kita, serta mengurniakan kelegaan, keampunan, rahmat, dan keberkatan yang kita harapkan pada hari yang mulia ini.
Semoga Dia meringankan penderitaan umat Islam, membantu mereka yang dalam kesusahan, memberikan kemenangan kepada yang tertindas, dan menggantikan setiap kesukaran dengan kemudahan serta setiap kesedihan dengan kegembiraan.
Semoga Dia Melindungi kita, orang-orang yang kita kasihi, dan umat Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ di bawah naungan Rahmat dan Kasih sayangNya, meneguhkan kita di atas Jalan kebenaran, serta menghimpunkan kita bersama golongan orang-orang soleh di dunia dan di akhirat.
Aameen.
🌹Untuk Panduan penuh untuk Malam Sebelum Hari Asyura & Hari Asyura, sila layari laman web kami:
https://sufihub.com/guide-to-the-eve-day-of-ashura/
🌹Sila tekan Pautan ini untuk mangakses Panduan penuh Amalan-amalan :
https://drive.google.com/drive/folders/1c-ts0IUhtVMiDiIECplAOL3MYG_1mziB?usp=drive_link
Wassalam. 💚

SufiHub - Tariqatul Naqshbandiyyatil Aliyyah (Sheikh Muhammad 'Adil)
Guide to the Eve & Day of Ashura
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm [No permission is granted for any materials shared here to be reproduced, altered, or presented as your own. Please observe proper adab when sharing, as this is the co…
❤1
🌹Amalan Pada Hari Asyura🌹
1. Berpuasa Sunat Hari Asyura
2. Mandi Wajib (Ghusl) dengan niat untuk mendapatkan kesihatan yang baik
3. Memakai Celak dimata
4. Membeli Barangan Makanan untuk rumah anda
5. Memberi sedeqah kepada ahli keluarga dan kepada orang-orang yang memerlukan
6. Membaca Surah al-Ikhlas 1000 kali
7. Mengerjakan Solat Sunat Hari Asyura sebanyak 4 rakaat. Waktu untuk mengerjakannya adalah dari waktu Zohor sehingga Asar. Pada setiap rakaat setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali
8. Membaca kalimah Hasbunallahu wa ni'mal wakeel
70 kali
9. Membaca Doa Di bawah ini sebanyak 7 kali.

🌹FADHILAT SOLAT MALAM🌹
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيْلِ هِىَ أَشَدُّ وَطْـًۭٔا وَأَقْوَمُ قِيلًا ٦
‘Inna Nāshi'ata Al-Layli Hiya 'Ashaddu Waţ'āan Wa 'Aqwamu Qīlāan’,
"Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan."
(Qur’ān 73:06).
Sadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allāh ‘Azza wa-Jalla Berfirman bahawa waktu malam lebih kuat dan mujarab untuk beribadat. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda bahawa ibadah yang dilakukan pada malam hari jauh lebih diterima daripada ibadah yang dilakukan pada siang hari. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam Bersabda, “Sesiapa yang solat dua rakaat pada malam hari akan mendapat pahala solat seribu rakaat di siang hari.” Bangun sebelum solat Subuh dan mengerjakan solat Tahajjud dua rakaat pun membawa pahala yang besar itu. Sudah tentu, seseorang boleh melakukan lebih banyak; seperti solat wuduk, solat syukur, solat Tahajjud, dan seterusnya solat najāt (keselamatan). Syukur kepada Allah bahawa solat ini adalah asbab untuk kita mendekatkan diri kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla. Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman dalam hadis Qudsi, “Hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku melalui ibadah nafilah.” Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman, “Semakin mendekatkan diri kepada-Ku, semakin Aku menjadi lidahnya yang dengannya dia bercakap, dan penglihatannya yang dengannya dia melihat, dan tangannya yang dengannya dia memegang.” Sudah tentu, Kebijaksanaan Allāh ‘Azza wa-Jalla menjadi pada orang itu. Semakin sukar ibadah ini untuk egomu, semakin banyak pahala yang diberikan Allah ‘Azza wa-Jalla kepadamu. Seiring dengan ini, kekuatan rohani juga diperoleh.
Oleh itu, melakukan solat Tahajjud dan Nafilah pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur adalah satu rahmat yang besar bagi mereka yang mampu melakukannya. Mereka yang dapat melakukan ini hendaklah bersyukur kepada Allah ﷻ dan Memuji Allah ﷻ. Mereka tidak sepatutnya melihat orang lain dan berkata, "Saya melakukannya, mereka tidak," dan merendahkan mereka; ini juga penting. Tidak boleh dilupakan bahawa Allah ﷻ telah Menganugerahkan ini kepada anda, dan anda sedang melaksanakannya; Dia ﷻ tidak Memberikannya kepada mereka. Jika anda berkata, “Aku telah melakukannya, aku telah melaksanakannya,” semua ibadah anda akan menjadi sia-sia. Oleh itu, jika anda mampu melakukan ibadah, bersyukurlah dan memujilah Allah ﷻ dan katakan, "Semoga ianya tidak berkurang, tetapi bertambah, Semoga Allah ﷻ Melindungi saya. Semoga Allah ﷻ Meneguhkan saya dan menolong saya."
Ramai orang berkata, "Kami tidak dapat bangun untuk solat Tahajjud." Ini disebabkan oleh kedua-dua (ini) tidur lewat malam dan pada malam yang lebih pendek pada musim panas. Mereka berfikir, "Saya hanya akan tidur sebentar dan kemudiannya bangun," dan sebelum mereka sedar, sudah pun pagi. Walaupun pagi, jika ada masa, mereka masih boleh bangun sebelum matahari terbit dan melakukan ibadah tersebut. Jika waktu semakin suntuk, hendaklah mereka menunaikan solat Subuh secara langsung tanpa ketinggalan waktu.
Seperti yang kami katakan, walaupun mereka yang tidak pernah bersolat haruslah beransur-ansur mula bersolat apabila mereka boleh. Solat sangat penting; kerana solat adalah tiang agama. Juga, seperti yang kita katakan, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam menganjurkan solat malam sebagai nikmat (rahmat) kepada kita. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sering bangun untuk beribadat pada waktu malam. Bahkan sebelum solat lima waktu difardhukan, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam telah bangun untuk solat malam dan beribadat.

Semoga Allah ﷻ Menolong kita dan menjadikan amal-amal soleh ini berterusan kekal untuk kita, inshā’Allah.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Jun 2026/ 12 Muharram 1448
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
27 Jun 2026/ 12 Muharram 1448
Solat Subuh– Akbaba Dergah, Istanbul
🌹14 Muharram - Kelahiran Mawlana Shaykh Muhammad Baha’uddin Shah Naqsybandق
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm
Malam ini merupakan malam Tanggal 14 Muharram hari yang menandakan kelahiran yang diberkati Imamul Tariqah, Mawlana Shaykh Muhammad Baha’uddin Shah Naqshbandق, Grandshaykh ke-17 dari Rantaian Emas Naqsyabandi.
Beliau adalah salah satu bintang yang paling bersinar di langit bimbingan rohani, dan melaluinya Jalan Naqsyabandi datang untuk menyandang nama mulianya.
Keharuman hidupnya tidak pernah berhenti mewangikan jalan para pencari, dan setiap generasi terus memperoleh kekuatan, harapan, dan cahaya dari teladannya.
Imamul Tariqah Shah Naqshbandق dilahirkan di kampung Qasr al-Hinduvan, kemudian dikenali sebagai Qasr al-‘Arifan, berhampiran Bukhara pada tahun 718 Hijriah (1318 M).
Sejak awal lagi, hidupnya disentuh dengan barakah. Keturunan beliau yang mulia ditelusuri kembali kepada Nabi ﷺ, dan kedua ibu bapanya terkenal dengan ketakwaan mereka.
Beliau diberi nama Muhammad Baha'uddin, tetapi lama-kelamaan dikenali dengan gelaran "Naqsyaband," yang bermaksud orang yang mengukir corak di hati, gelaran yang menggambarkan dengan indah misinya untuk mengukir zikir Allah ﷻ di hati hamba-hambaNya.
Dari tahun-tahun awalnya, beliau menunjukkan tanda-tanda disiplin dan kekangan diri yang luar biasa. Tidak seperti kanak-kanak lain, beliau tidak suka bermain atau bercakap kosong. Hatinya sentiasa condong kepada Allah ﷻ. Diriwayatkan bahawa ibunya pernah melihat Nabi ﷺ dalam mimpi, yang memberi khabar gembira kepadanya bahawa anaknya akan menjadi qutb, tiang petunjuk bagi umat...
Al-Fatihah untuk rohnya yang dirahmati. 💚
🌹Untuk teks penuh & panduan ibadah malam yang mulia ini, sila layari laman web kami:
https://sufihub.com/birth-of-imamul-tariqah-mawlana-muhammad-bahauddin-shah-naqshband-17th-grandshaykh-of-the-golden-chain/

Birth of Imamul Tariqah Mawlana Muhammad Baha’uddin Shah Naqshband, 17th Grandshaykh of the Golden Chain
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm The 14th of Muharram marks the blessed Birth of Imamul Tariqah, Mawlana Shaykh Muhammad Baha’uddin Shah Naqshbandق, the 17th Grandshaykh of the Naqshbandi Golden Chain…
❤1
🌹ZIKIR MANAKAH YANG PATUT KITA AMALKAN SETIAP HARI?🌹
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm:
وَلِلَّهِ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ فَٱدْعُوهُ بِهَا ۖ
(Qur’ān 07:180). ‘Wa li-Llāhi l-asmā’u l-ḥusnā fad‘ūhu bihā’,
"Dan Allah memiliki Asmāul Ḥusnā (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmāul Ḥusnā itu"
Allah ‘Azza wa-Jalla mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam Bersabda, "Bacalah nama-nama itu." Baginda ﷺ juga Bersabda, "Sesiapa yang menghafal atau membacanya akan masuk ke dalam Syurga." Sudah tentu, Allah ‘Azza wa-Jalla mempunyai banyak nama, namun sembilan puluh sembilan nama telah diturunkan kepada umat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Adalah sangat baik jika kita membacanya setiap hari. Dengan itu, kita akan memperoleh khabar gembira daripada Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam mengenai Syurga, insyaAllah. "Kamu akan masuk ke Syurga," sabda Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam.
Sudah tentu, orang ramai kadangkala tertanya-tanya, "Nama manakah yang patut kita lafazkan?" Dalam tariqah, terdapat amalan melafazkan "Ya Wadūd" sebanyak tiga ratus kali setiap hari. Melafazkannya adalah satu amalan yang baik. Ia memupuk kasih sayang sesama manusia dan menghindarkan kejahatan daripada orang lain. Nama "Wadūd" membawa makna seperti kemesraan dan kasih sayang. Sudah tentu, ia mempunyai banyak makna; nama-nama Allah ‘Azza wa-Jalla memiliki makna yang tidak terhingga. Segala puji bagi Allah ﷻ, Mawlānā Shaykh Nāẓim telah mengesyorkan amalan ini kepada kita. Mereka yang didalam tariqah sewajarnya melafazkannya. Sudah tentu, terdapat juga nama-nama lain. Bagi mereka yang bertanya, "Yang manakah patut kita lafazkan?", anda sebaiknya melafazkan dan berzikir dengan kesemua sembilan puluh sembilan nama tersebut sekali sehari. Keberkatan akan terhasil daripada nama-nama Allah ﷻ yang mulia dan indah, lalu pelbagai bentuk kebaikan akan sampai kepada manusia. Seseorang yang sentiasa bersama Allah ﷻ akan dikurniakan pelbagai kebaikan; dia memperoleh kebaikan dan dijauhkan daripada kejahatan.
Semoga Allah ﷻ Mengekalkan zikrullah di dalam hati kita, insyaAllah. Semoga Allah ﷻ Mengurniakan amalan ini kepada mereka yang belum melaziminya. Hal ini kerana pada masa kini, ramai orang tidak mengenali agama, iman, mahupun Nabi dan Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka menjalani kehidupan yang kosong. Bukan sahaja diri sendiri, malah mereka turut mengheret orang lain ke dalam kekosongan ini dengan berkata, “Tiada apa-apa pun.” Namun, mereka tidak menyedari manfaat yang amat besar yang diperoleh seseorang hanya dengan menyebut salah satu daripada Nama-nama Allah ﷻ. Cahaya akan memenuhi hati dan wajah mereka, lalu kehidupan mereka menjadi indah dan penuh keberkatan. Semoga Allah ﷻ tidak Menghalang kita daripada memperoleh nikmat ini, dan semoga Dia ﷻ Mengurniakannya kepada mereka yang belum mengamalkannya, insyaAllah.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
01 Julai 2026/ 16 Muharram 1448
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

🌹SADAQAH DI DALAM ISLAM🌹

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَـٰكُم
(Qur’ān 63:10). ‘Wa-anfiqū min mā razaqnākum
"Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu"
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, “Belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu.” Belanjakanlah; yakni, berikanlah untuk tujuan kebaikan dan belanjakanlah untuk diri kamu sendiri. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam, jika seseorang itu mengharapkan keredaan Allah ﷻ, maka apa yang dibelanjakannya untuk dirinya sendiri adalah seolah-olah ia diberikannya itu pada Jalan Allah ﷻ. Segala perbelanjaan yang dilakukannya untuk diri sendiri, keluarga, saudara-mara, dan jiran tetangga akan menjadi suatu kebaikan serta ganjaran pahala baginya. Ini merupakan satu manfaat yang besar bagi seorang Muslim.
Sudah tentu, apabila seseorang memeluk Islam, pelbagai bentuk kebaikan akan datang kepadanya. Allah ﷻ Menerima segala amalannya—baik yang telah dikerjakan mahupun yang akan dikerjakan—serta mengurniakan keberkatan kepadanya. Namun, jika dia tidak mengenali Allah ﷻ, maka walau sebanyak mana pun bantuan yang dihulurkan atau apa jua pemberian yang disalurkan kepada sesiapa sahaja, ianya tidak mendatangkan manfaat sama ada kepada dirinya sendiri, keluarganya, mahupun jiran tetangganya. Malah, golongan sebegini sebenarnya tidak pun menghulurkan bantuan kepada jiran mereka. Mereka tidak melakukan kebaikan itu semata-mata kerana Allah ﷻ; sebaliknya, jika mereka membantu, ia hanyalah sebagai pertukaran untuk mendapatkan sesuatu manfaat.
Oleh itu, Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda bahawa apabila memberi kerana Allah ﷻ, anda haruslah bermula dengan (memberi kepada) diri sendiri (dahulu). Jika ada lebihan, berikanlah kepada keluarga anda, kemudian kepada jiran tetangga, saudara-mara, dan sesiapa sahaja yang memerlukan. Agihkan lebihan rezeki anda kepada mereka dan berikanlah kepada mereka, supaya Allah ﷻ Mengurniakan sesuatu kepada anda; agar kebaikan itu lahir daripada tangan anda sendiri.
Seperti yang telah kita katakan, menjadi seorang Muslim merupakan satu nikmat yang besar, satu kurniaan agung daripada Allah ‘Azza wa-Jalla. Segala-galanya mempunyai nilai dan manfaat. Setiap detik kehidupan anda, setiap perbuatan anda, mengandungi manfaat; tiada satu pun yang sia-sia. Tanpa iman dan kepatuhan kepada Islam, seseorang itu menjalani kehidupan yang kosong. Walaupun mereka menyangka kehidupan mereka penuh bermakna, perbuatan keji dan jahat yang mereka lakukan tidak akan memberi manfaat mahupun keuntungan kepada mereka. Namun, sekiranya mereka bertaubat dan memasuki Jalan Allah ﷻ, maka mereka telah pun berjaya.
فَأُو۟لَـٰٓئِكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمْ حَسَنَـٰتٍۢ ۗ
“Yubaddilu Llāhu sayyiātihim ḥasanāt”,
"maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan."(Qur’an 25:70).
Maksudnya, Allah ‘Azza wa-Jalla akan menukarkan perbuatan buruk dan dosa mereka menjadi amal kebaikan.
Oleh itu, perkara ini amat penting. Allah ﷻ Mengajak manusia ke Syurga supaya mereka dapat menempuh Jalan yang benar. Dia berfirman, “Janganlah pergi ke Neraka.” Namun, manusia tetap berkeras dan berdegil, “Kami mahu pergi ke Neraka.” Semoga Allah ﷻ Melindungi kita dan tidak Memisahkan kita daripada Jalan yang benar, insyaAllah.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
02 Julai 2026/ 17 Muharram 1448

❤2