SiS Gold ๐Ÿคฉ
52 subscribers
5.61K photos
1.04K videos
5 files
1.81K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
Penjelasan Kepatuhan Shariah
Bagi sahabat pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh sahabat saya yang juga pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;

โ€œPublic Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.โ€

Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, insyaAllah.

Kredit penulis
Zulkifli
24 Januari 2017
26 Rabiul Akhir 1438H
SiS Gold ๐Ÿคฉ pinned ยซPenjelasan Kepatuhan Shariah Bagi sahabat pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh sahabat saya yang juga pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri; โ€œPublicโ€ฆยป
Ibu/bapa boleh menjaga nilai dan menyelamatkan duit anak-anak daripada terguna dengan menukarkannya ke dalam bentuk simpanan emas melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP) Junior.

Akaun ini menawarkan kaedah penyimpanan emas berketulenan 999 yang boleh dibeli secara sedikit demi sedikit, serendah RM100 dan disimpan secara atas talian.

Ini bukan sahaja membantu dalam memelihara nilai simpanan anak-anak dalam jangka panjang tetapi juga mendidik mereka tentang pengurusan kewangan yang bijak dari usia muda.

Kelebihan akaun emas GAP Junior:

โญ Boleh mula serendah RM100;
โญ Tanpa komitmen bulanan;
โญ Transaksi secara atas talian;
โญ Tiada caj penyimpanan;
โญ Simpanan tersebut dilindungi insuran; dan
โญ Boleh fizikalkan emas untuk disimpan sendiri pada bila-bila masa.

Ibu/bapa yang bijak dan beramanah, jom buka akaun emas GAP Junior untuk anak anda:

Tekan link โคต๏ธ

https://publicgold.me/SiS

Beli emas duit habis, tak beli emas takut terguna duit anak-anak, nak pilih yang manaโ‰๏ธ
3 Kategori Penyimpan Emas

1. Tak boleh menabung - kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Bila menabung selalu bocor.  #GAPAutoDebit penyelesaian terbaik untuk anda.

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji. Anda tak sedar tabungan  anda dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas. Macam kapal Titanic yang tak ada bot keselamatan. Tanpa emas, kekayaan anda berisiko tenggelam bila-bila masa.

Anda kategori yang mana?

Jangan lupa ya, konsisten menabung emas. ๐Ÿ˜Š
Kisah inspirasi tiga penyimpan emas berkongsi bagaimana emas memberi manfaat buat mereka.

Tiga individu kongsi tentang pengalaman membeli dan menyimpan emas.

Kisah 1: Strategi 'serampang dua mata' menggembirakan hati isteri selain pelaburan.

Kisah 2: Simpanan emas selama 4 tahun membolehkan pembelian tanah, rumah serta motosikal tanpa berhutang.

Kisah 3: Hobi beli emas jadi amalan untuk kumpul aset dan bantuan ketika kecemasan.

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/09/1129587/simpan-emas-beli-rumah
๐ŸŽ‰ ๐–๐ข๐ง ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐๐š๐ซ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐’๐ฉ๐ซ๐ข๐ญ๐ณ๐ž๐ซ๐Ÿ’ง

Tahniah diucapkan kepada ๐–๐ข๐ง ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐๐š๐ซ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐’๐ฉ๐ซ๐ข๐ญ๐ณ๐ž๐ซ yang ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ข ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐ž๐๐ข๐ฌ๐ข ๐ค๐ก๐š๐ฌ ๐ŸŽ.๐Ÿ“๐  (๐€๐ฎ๐Ÿ—๐Ÿ—๐Ÿ—.๐Ÿ—) ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Ÿ๐Ÿ— ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ โœจ

๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ’ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’, anda mempunyai peluang yang sangat besar untuk ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ข ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐“๐จ๐ฉ ๐’๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ซ ๐ก๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐’๐ฉ๐ซ๐ข๐ญ๐ณ๐ž๐ซ.

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ฆ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐š๐ญ๐š๐ฌ serta ikuti terma dan syarat yang lengkap di laman web ๐๐†๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, anda sudah layak tercalon sebagai salah seorang pemenang! ๐Ÿ’Ž

Dapatkan kesemua produk pilihan anda hari ini! โค๏ธโœจ
https://pgmall.my/WIN-GOLDBAR-WITH-SPRITZER

#JimatDenganPGMall
Graf Harga Emas Bulan November 2024
Graf Harga Purata Bulanan - November 2024
ุงูŽู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ู
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Hampir 75 gram emas berjaya disimpan sepanjang bulan November 2024.

Tahniah semua. ๐Ÿซถ๐Ÿป

Tinggal 1 bulan lagi sebelum tahun 2024 berakhir.

Hidup ni keras. Kena usaha lebih untuk capai matlamat simpanan emas masingยฒ tahun ini.

Moga dipermudahkan. Aamiin. โค๏ธ

โ™กSiS Goldโ™ก
Pagi gais!

Mudah tips untuk pagi ni, semoga dapat jadi pengajaran untuk kita semua dan paling penting adalah AMALKAN.

Amalkan simpanan setiap bulan walaupun RM100, RM150, ataupun 1 gram.

Yang penting setiap bulan gram emas kita dalam akaun semakin bertambah dan semakin banyak.

Setiap kali dapat gaji, asingkan minima 10% untuk SIMPANAN, selebihnya baru belanja dan bayar komitmen/hutang.

Semoga kewangan kita semakin kukuh bila mula menabung emas. Amiin.

Jemput baca info akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dan daftar percuma: https://publicgold.me/SiS/akaun-gap
RM200 tu rasa kecil bila berbelanja. Tapi rasa besar bila menabung.

Satu masa dulu saya tak tahu cari duit lebih walaupun cuma RM10 sebulan. Yang saya tahu cuma tunggu kenaikan gaji setahun sekali sahaja.

Tapi bila belajar berbisnes, dapat lebihan pendapatan RM100 - RM200 sebulan pun saya rasa dah besar.

Pertama, ia lebih besar dari tunggu kenaikan gaji.

Kedua, sebab setiap duit yang saya dapat, saya langsung tak sentuh duit bisnes kecuali untuk tambah tabungan sahaja.

Waktu tu saya rasa hairan tengok kenapa kawan-kawan yang sama-sama berbisnes mudah putus asa. Padahal pendapatan mereka (dalam bisnes) lebih kurang pendapatan saya.

Pendapatan beberapa ratus sebulan tu tak memotivasikan mereka.

Mungkin sebab bandingkan dengan gaji dia, maka dia rasa tak berbaloi.

Tapi saya bandingkan dengan jumlah yang mampu saya tabungkan.

Dapat tambah tabungan beberapa ratus sebulan tu besar sebenarnya.

Dari situ saya belajar sesuatu; siapa yang dah mula menabung, dia akan lebih hargai setiap duit yang dia dapat.

Dia tak perlu tunggu dapat duit banyak untuk rasa bersemangat.

Walaupun dapat lebih (atau berjaya dijimatkan) cuma RM200 sebulan, RM200 tu besar bila berjaya tambah tabungan.

Kalau setahun, maksudnya tabungan kita bertambah sebanyak RM2,400 (RM200 x 12 bulan).

Banyak tu.

Itulah antara keajaiban bila mula menabung.

Sebab itu nak menabung jangan tunggu duit lebih. Setiap kali dapat gaji, menabunglah dulu sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.

Dan berbelanjalah selebihnya...

Walaupun permulaannya kita akan korek balik tabungan tu, tapi tengoklah satu per satu keajaiban berlaku pada kewangan kita khusus bagi siapa yang dah mula menabung dalam bentuk emas. In Shaa Allah.

#TipKayaDenganEmas

Kredit Tuan Mohd Zulkifli Shafie