SiS Gold 🤩
52 subscribers
5.84K photos
1.08K videos
5 files
1.88K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
HIDUP LAH SEKADAR BIASA-BIASA, JANGAN HIDUP MENGIKUT DUNIA

Ini lah nasihat daripada encik A. Saya suka nak berkongsi satu cerita yang mampu mengubah spekulasi kebiasaan orang. “Pakai biasa-biasa, mesti tiada duit”.

~

Harini saya jual emas milik saya 50gram 2 keping kepada seorang strangers yang saya pun tidak mengenali encik A. Hanya melalui facebook sahaja. Berurusan dengan beliau sangat memudahkan.

Tapi apa yang saya nak highlight kan. Rupanya encik A seorang yang kaya kaya tapi sangat humble.

First impression saya jumpa encik A, saya terfikir. “ Betul ke dia yang nak beli emas ni? Ke salah orang 😅 ?”

Tengok lah pemakaiannya. Sangat biasa. T-shirt dengan seluar jeans biasa. Datang pun hanya dengan moto biasa.

Sekali bila duduk borak dengan dia. Barulah saya tahu encik A rupanya orang kaya. Siap ada simpanan kilo-kilo lagi.

Mulanya macam was-was juga, sekali.. Encik A minta saya ikut ke rumahnya sebab ada duit tak cukup. Sebab asalnya kami deal dalam whatsapp nak beli sekeping saja, sekali encik A minta nak beli 2 keping.

Waktu sampai saja di rumah encik A, terkejut saya bila sampai je. Lihat laman rumah yang sangat besar tapi hanya ada kereta myvi dengan viva sahaja di dalam garaj milik encik A. Pagar rumah pun pakai remote control.

Rumah encik A sangat besar dan siap ada rumah sewa lagi di dalam tanah miliknya. Saya cakap pada dia, besar betul rumah ni.

Sekali dia cakap,” rumah ni nilainya 2..”

Saya tanya lah lagi, “ 2kilo ke? (Maksudnya 600k+)”

Sekali dia jawab. “Bukan, tapi 2 juta.”

Terus terdiam saya. Perhhh, memang betul-betul orang yang humble.

Dengan pemakaian encik A tadi, saya pasti orang tak akan menyangka ini rumahnya.

Antara nasihat encik A tadi 👇🏻

1. Hidup jangan terlalu ikut dunia, hidup lah sekadar biasa-biasa.

2. Kena ada simpanan.

3. Jangan beli rumah loan. Sebab nanti akan jadi beban 35tahun.

4. Jangan percaya dengan sistem bank, buat simpanan dalam bentuk emas.

5. Simpan duit dekat asnb lagi selamat berbanding bank lain. Prosedur dia ketat. Anti scammer.

6. Bila dah berjaya nanti, jangan suka hidup mendonggak langgit.

7. Bila kita hidup biasa-biasa, kita akan kurang masalah. Hidup jadi lebih tenang.

Saya berkongsi disini supaya dapat jadi inspirasi dan manfaat kepada followers saya juga.

Rezeki saya juga dapat timbang ilmu baru dari encik A.

Kredit NorHaliza Hamid
Gais.

Ada satu fakta menarik untuk diperhatikan.

1. Nilai emas meningkat dalam jangka masa panjang. Anda beli dan simpan aja. Boleh nampak harganya akan meningkat.

2. Duit, jika hanya disimpan, kuasa beli semakin menurun. Kuasa beli duit 20 tahun yang lalu jauh lebih rendah berbanding kuasa beli duit sekarang.

Sebab itu, orang yang simpan emas, dia hanya perlu simpan elok-elok dan menikmati kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

Orang yang simpan duit, dalam jangka masa panjang, dia akan rugi sebab nilai duit akan menyusut.

Orang yang simpan duit terpaksa cari jalan untuk melaburkan duitnya supaya ia boleh berkembang.

Namun seni melaburkan duit nie bukannya semua orang terrer. Kalau tersalah labur, duit lebur.

Sebab itu guru emas saya cakap “Kalau ada duit, tapi tak tahu nak buat apa. Beli emas dan simpan elok-elok”

“Kalau tak tahu nak buat apa dengan duit, tapi kau cuba-cuba untuk melabur maka risiko melebur sangat tinggi”

Sila tengok gambar. Untung emas nampak dalam jangka masa panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
Terima kasih RTM TV1 atas liputan media bersempena Peluncuran Gold Bar Prihatin bertempat di Menara Public Gold dengan kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional dan Public Gold.

Majlis disempurnakan oleh YAM Tengku Sharifah Khatreena Nuraniah Binti DYTM Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail, Puteri Raja Muda Perlis disaksikan oleh Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold dan Dato' Hj Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nasional Prihatin bertempat di Menara Public Gold.

Terima kasih buat semua yang telah mendapatkan koleksi istimewa wafer emas Prihatin Duo Hearts edisi Terhad dan telah menyumbang buat mereka yang memerlukan.

Kepada yang berminat nak mulakan simpanan emas, boleh WhatsApp SiS untuk bantu daftarkan akaun Public Gold secara PERCUMA. Link WhatsApp ⤵️
https://publicgold.me/SiS

#PublicGold #GoldBarPrihatin #PRIHATIN #PrihatinDuoHearts
Gais.

Bila anda beli emas, paling bagus adalah anda dapat emas fizikal. Pegang dalam tangan dan simpan sendiri.

Walaupun ada konsultan yang cakap emas digital bagus sebab company tolong simpankan dan takde risiko dicuri, namun digital gold ada risiko-risiko tersendiri seperti risiko pihak pengurusan (management risks), risiko pihak berkuasa (authority risks)

Contoh risiko pihak pengurusan adalah jika pengurusan syarikat tersebut tidak jujur dan tidak menyimpan deposit pelanggan dalam bentuk emas.

Kemudian pengurusan boleh memberikan alasan tertentu seperti system upgrade dan kemudian menghilangkan diri. Anda boleh baca kat wikipedia tentang syarikat emas digital e-Bullion, e-gold dan Pecunix.

Bagaimana syarikat-syarikat emas digital ini boleh berkembang dan kemudiannya bungkus, menyebabkan kerugian sehingga jutaan USD pemegang akaun mereka.

Contoh management risk yang lain adalah apabila anda menjual emas digital anda, namun tiba-tiba anda tak dapat duit dalam tempoh yang sewajarnya daripada syarikat.

Sepatutnya takde masalah.

Straight forward aja urusniaganya. Syarikat tidak mampu membayar wang anda atas apa jua alasan. Tapi atas alasan-alasan tertentu, anda kena tunggu beberapa bulan untuk dapat balik duit anda.

Samada alasan tersebut logik atau tidak, anda dapati yang anda tidak dapat berbuat apa-apa.

Itu risiko emas digital.

Selain itu, risiko lain adalah seperti risiko daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak berkuasa negara seperti Bank Negara, Suruhanjaya Securities, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengambil tindakan kepada syarikat emas digital.

Contohnya, jika ada kes salah laku, serbuan pihak berkuasa boleh dibuat ke atas syarikat, pembekuan akaun bank syarikat, tindakan undang-undang, denda dan pembatalan lesen boleh berlaku.

Ini akan menjejaskan pelanggan-pelanggan yang menyimpan emas digital dengan syarikat terbabit.

Sebab itulah, guru emas saya selalu menekankan pemilikan emas fizikal.

Saya, dari tahun 2008 sehingga hari ini amat menekankan pemilikan emas fizikal. Beli dan dapat fizikal. Simpan sendiri.

Kalau emas fizikal dah banyak, maka anda boleh sewa safe deposit box dan letaknemas anda kat sana.

Kalau anda simpan dalam akaun simpanan emas pun, pastikan anda boleh keluarkan emas bila-bila masa yang anda suka.

Bila kita simpan emas. Kita nak tidur lena. Kita taknak pihak yang simpan emas digital kita masuk berita.

Terutamanya berita yang negatif!

#NotaEmasSyukorHashim