SiS Gold 🤩
52 subscribers
5.88K photos
1.09K videos
5 files
1.89K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
Cerita inspirasi pagi ni. Buat rumah dengan melabur emas. 90% emas Public Gold tau. Syarikat emas nombor 1 di Malaysia yang dipercayai & patuh syariah.

Alhamdulillah.
Gaji Bibik Bulan Jun

Setiap kali hujung bulan, ada satu momen kecil tapi penuh makna. Bibik hulur buku gaji dia, sambil senyum-senyum. Saya pun ambil, belek-belek, catat elok-elok semua gaji dan perbelanjaan dia bulan tu. Macam biasa, proses ā€˜audit’ mini berlangsung, santai tapi teratur.

Bibik saya ni tidak pegang cash di tangan. Kami memang tak bagi dia pegang tunai sendiri. Bukan sebab tak percaya, tapi lebih kepada bantu dia urus duit. Apa benda dia nak beli, dia cakap, kami belikan. Nanti masa gaji, kami tolak dari jumlah bersih dia. Tapi jangan risau, barang asas kami tanggung. Barang-barang harian, makan, pakai, semua kami sediakan. Kecuali kalau dia tiba-tiba nak minyak rambut argan oil ke, bedak pondesyen harga ikut dolar Amerika ke, yang tu kita tolak dari gaji dia.

Yang saya kagum, bibik ni bukan calang-calang orang juga. Dia bijak jimat. Ada bulan, dia kirim duit ke kampung halaman di Indonesia. Tapi bulan lepas dengan bulan ni, nampaknya dia ā€˜hold’ dulu. Rupa-rupanya sebab dia nak pergi bercuti ke Singapore. Ya, betul. Cuti. Ke Singapore. Bukan main lagi bibik Sally. Katanya nak rileks sikit. Penat kerja keras, sesekali nak rasa OOTD depan Marina Bay Sand, katanya.

Dia ni memang jenis ā€˜adventurous’. Dalam Malaysia, hampir semua negeri dia dah jejak. Keluar masuk hotel dah biasa dengan kami. Bila saya ada urusan dan bercuti, dia ikut bantu jaga anak-anak. Tapi kalau bercuti, dia yang lebih masa ambil gambar posing keliling hotel. ā€œBuat kenangan,ā€ katanya. Kadang2 saya jadi mangsa dia jadi camerawoman. Layankan ajer. Dah bawa dia ke luar negara pun, tapi yang selebihnya tu saya pesan, ā€œYang mana kau nak pergi sangat tu, silakan lah pergi sendiri ya bibik.ā€

Tapi yang paling saya bangga, bibik Sally ni konsisten simpan emas satu gram setiap bulan. Setiap bulan tanpa gagal. Kalau dia boleh buat, kita yang bergaji lebih ni takkan tak boleh, kan? Saya pesan kat dia awal-awal, ā€œKau gaji RM1,700 bersih. Tak payah bayar sewa rumah, makan pakai semua kami jaga. Jadi gaji tu simpanlah. Buat bekal masa depan. Simpan emas. Habis kerja sini nanti, balik kampung boleh beli rumah.ā€ Dia angguk sambil senyum. Saya tahu dia faham dan dia ambil serius.

Buku gaji dia pun sekarang dah sampai muka surat terakhir. Bulan depan dah kena buka buku baru. Tak sangka, dah nak masuk tiga tahun dia kerja dengan kami. Kontrak dia dah sambung untuk dua tahun lagi. Kalau ikut plan, tahun depan saya nak hadiahkan dia pergi umrah. Dia pun dah sebut-sebut pasal tu. Dah lepas ke umrah katanya nak sambung lagi 2 tahun. Tapi saya pesan, ā€œDah habis dua tahun ni dulu, baru kita cerita. Jangan berjanji lebih-lebih. Buat je kerja elok-elok.ā€ Dia gelak, faham benar nada saya tu.

Saya dengan bibik ni, hubungan kami bukan jenis sweet-sweet sangat. Saya tak suka puji lebih-lebih. Tapi saya tahu dia penting dalam hidup kami. Dia bukan sempurna. Ada hari dia buat silap, ada hari saya kena pejam mata. Tapi selagi anak-anak saya terjaga, rumah tangga saya aman, saya hargai dia sebagai ā€˜helper’ kami. Bukan hamba, bukan orang suruhan. Tapi pembantu yang datang bantu meringankan kerja dan hidup kami.

Itulah kisah gaji bulan Jun, dan sedikit kisah kehidupan yang bersilang antara saya dan seorang wanita tabah dari seberang. Saya harap, bila dia tamat kerja nanti, dia bawa balik bukan sekadar duit dan emas… tapi juga pengalaman, keyakinan dan kenangan yang dia boleh kenang sampai tua. Dan jangan pernah lupa dia sentiasa ada kami, keluarganya di Malaysia.

Dan kita yang baca ni, ambil sikit pengajaran. Kalau bibik pun boleh rancang hidup, boleh simpan emas sikit-sikit… kita pun mesti boleh. Tinggal nak mula je atau tak.

https://www.facebook.com/share/p/19Wmfduqm3/?mibextid=wwXIfr