SiS Gold 🀩
52 subscribers
5.75K photos
1.07K videos
5 files
1.85K links
Saya Siti Salmah (SiS) merupakan Authorised Dealer Public Gold (PG00273452) bersedia untuk membantu anda yang berminat untuk membeli & menyimpan/menabung emas.
https://publicgold.me/SiS
Download Telegram
ISNIN | 19 May 2025
Kedai kami beroperasi seperti biasa di Menara Public Gold dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Layari website kami untuk tahu lebih lanjut!

πŸ’Ž PG Jewel: https://pgjewel.my/
🌎 PG Mall: https://pgmall.my/PG-Jewel
🚨🚨🚨 Price Alert 🚨🚨🚨

Harga emas TURUN sebanyak RM2 daripada RM487/gram kepada RM485/gram sekarang.

Masa terbaik untuk beli bar emas/dinar secara Outright Purchase (Bayaran Penuh atau Easy Payment Purchase (EPP) 10 kali bayaran.

πŸ“Œ Harga Outright Purchase (Bayaran Penuh/EPP) bertukar setiap 20 minit).

πŸ“https://publicgold.com.my/

β™‘SiS Goldβ™‘
Hi Ibu Ayah & Bakal Menjadi Ibu Ayah

Jom saya kongsi tips untuk bina Dana Pendidikan Anak:

1. Simpan minimum RM100 sebulan dalam Akaun Junior GAP secara konsisten.

Sekarang dah boleh auto debit RM50!

2. Setahun ada lebih kurang 3 gram emas. Simpan selama 15 tahun akan dapat 45 gram emas.

3. Memandangkan harga emas  meningkat secara purata 9-10% setahun, maknanya simpanan anak-anak kita pada masa akan datang sudah bernilai lebih dari RM20k.

4. Jom mula simpan emas serendah RM100 atau 1 gram di akaun GAP Public Gold.

Nak tahu info AKAUN JUNIOR GAP?

- 'Joint account' ibu bapa dengan anak-anak.
- Ibu ayah boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal iaitu bar emas atau dinar. Selagimana mereka bawah umur 18 tahun.
- Boleh keluarkan tunai ke akaun ibu ayah selagimana usia anak bawah 18 tahun.

Nak saya bantu?
Boleh wasap ya!

https://publicgold.me/SiS
Nak simpan duit dalam ASB atau simpan emas??

Dividen ASB untuk tahun 2024 ni 5.75% tapi kenaikan harga emas untuk tahun ni sahaja, 27.46% setahun tapi belum di tolak dengan susut nilai dan zakat. Kalau di tolak dan keuntungan bersih dalam setahun boleh dapat dalam 17% lebih kurang.

ASB dapat 5.75% tolak zakat jadi lebih kurang dalam 3.5%.

Kalau dikira memang la untung emas berganda2 tapi tak kan la kita nak alihkan semua kekayaan kita dalam bentuk emas??

Tidak ya…

Emas adalah untuk simpanan jangka panjang, tak sesuai untuk jangka pendek sebab harga emas tidak menentu dan emas ada susut nilai, jadi memang sangat tak sesuai untuk jangka pendek.

Jadi bagi anda yang keliru tak tau nak pilih yang mana ASB atau emas, pilih la kedua-duanya sekali. ASB untuk jangka pendek dan emas untuk jangka panjang contoh untuk dana persaraan, dana pendidikan, dana haji/umrah, dana deposit rumah atau dana perkahwinan, kita simpan emas.

Salah satu sebab yang paling utama simpan emas ni , susah nak terguna atau bocor. Itu yang bagusnya. Emas dapat mengekalkan kekayaan kita dan tidak di makan inflasi. Yang bagusnya muflis pun boleh simpan emas.

Tapi ASB ni kita simpan untuk jangka pendek, 1 atau 2 tahun tahun punya kegunaan.

Jangan la semua kekayaan kita, letak dalam satu tempat, tak betul tu. Pakar pun kata simpanan emas hanya 10 -30% dari semua jumlah kekayaan kita.

Untuk pengetahuan semua jika anda ada ASB tapi tak ada simpanan emas, rugi tau. Tahu tak anda yang emas boleh di simpan sikit-sikit macam kita simpan duit di bank. Boleh bermula dengan hanya RM100 sahaja.

Untuk dana pendidikan, disarankan simpan emas dalam akaun GAP. Kalau nak tahu macamana nak mula, tekan pautan di bawah. ‡️

https://publicgold.me/SiS

Panjang dah tu, cukup ya, esok kita sambung lagi. Jangan bertangguh tau, dividen ASB tu simpan emas, In Shaa ALLAH tak rugi.

Always diversify. πŸ₯°
916/22K Gold Bracelet PGJB182428

15.52g, 20.1cm, 0.65cm, ADJUSTABLE
916/22K Gold Bracelet PGJB182475

11.86g, 18.8cm, 0.7cm
12.46g, 20.1cm, 0.7cm
916/22K Gold Bracelet PGJB182471

20.96g, 19.2cm, 1.2cm
916/22K Gold Bracelet PGJB182467

12.27g, 19.9cm, 0.8cm, ADJUSTABLE
916/22K Gold Bracelet Cavo Spiral PGJB182401

13.8g, 18.2cm, 0.55cm
SELASA | 20 May 2025
Kedai kami beroperasi seperti biasa di Menara Public Gold dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Layari website kami untuk tahu lebih lanjut!

πŸ’Ž PG Jewel: https://pgjewel.my/
🌎 PG Mall: https://pgmall.my/PG-Jewel
SET MATLAMAT SIMPANAN

Ada yang simpan emas segram, lepas tu tidak buat simpanan lagi.

Selalunya jadi seperti ini sebab mereka tidak ada matlamat yang jelas "mengapa mereka simpan emas".

Matlamat perlu jelas dan logik "kenapa simpan emas?".

Kalau harapkan simpan emas ni boleh jadi kaya dengan cepat, bukan emas lah tempatnya.

Simpan emas tidak janjikan kita boleh jadi kaya, tapi yang pasti kita tidak jatuh miskin.

Simpan emas biar kita ada matlamat yang jelas, bukan hanya sekadar ikut-ikutan semata, akhirnya kita juga yang lemas tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya emas ni hanya salah satu daripada alat kewangan yang lain, dan ia ada fungsinya yang tersendiri mengikut matlamat kita masing-masing.

Apakah fungsi yang boleh kita jadikan emas sebagai alat yang bermanfaat bagi kita?

1. Sebagai Simpanan Hari Tua

Usia kita semakin lanjut (tua), bukannya semakin muda. Untuk menjamin masa tua kita kelak, kita perlu ada duit simpanan. Tapi saya yakin manusia dengan duit selalunya kalah dengan emosi belanja. Jadi tak sempat nak menyimpan sampai tua, habis duit tu kita belanjakan.

Untuk pastikan kita boleh berjaya menyimpan, cuba kita tukar cara simpanan kita daripada simpan tunai kita cuba simpan emas. In Shaa Allah saya yakin pasti berjaya.

2. Sebagai Modal Beli Rumah Pertama

Nak beli rumah modalnya agak besar. Kalau nak bayar "downpayment" pun paling kurang 10%. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai simpanan untuk modal beli rumah.

Bila jumlah simpanan emas kita dah banyak dan cukup untuk buat modal beli rumah, masa tu kita boleh sama ada jual atau pajakkan sementara untuk dijadikan sebagai modal.

Kalau simpan tunai belum tentu cukup untuk kita buat modal beli rumah, dan sampai bila-bila pun kita tak ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menyewa selamanya kan?

3. Sebagai Modal Kahwin

Kalau yang masih bujang, jadikan emas ni sebagai simpanan belanja untuk majlis kahwin atau selepas kahwin nanti.

Saya juga pernah rasai pengalaman bujang simpan duit tapi, duit tak pernah lekat. Asyik belanja yang bukan-bukan saja. Akhirnya merana simpanan tak ada.

4. Sebagai Modal Buat Umrah

Jadikan emas sebagai modal pergi umrah. Cukupkan simpanan emas yang menyamai nilai untuk pergi umrah, boleh jual masa tu untuk bayar kos pergi umrah.

Letakkan matlamat kita simpan emas untuk tunaikan umrah dulu, nak pergi haji tak tahu ada rezeki ke tidak.

Macam sekarang ni, mungkin 2 atau 3 tahun lagi baru kita boleh pergi buat umrah, jadi simpanlah emas dari sekarang.

5. Sebagai Dana Pendidikan Anak

Emas sangat bagus dijadikan sebagai dana pendidikan anak kita yang masih kecil. Sebab dana pendidikan tu bukan simpanan jangka pendek tapi ia jangka panjang.

Kalau simpan duit tunai untuk jangka panjang kurang bagus sebab nilai simpanan kita tu sebenarnya semakin kecil kuasa belinya untuk jangka panjang.

Tapi emas dapat selamatkan nilai simpanan kita. Emas ni kalis inflasi, nilainya kekal sampai bila-bila.

Ini antara matlamat yang sempat saya tulis disini. Setiap orang matlamatnya berbeza.

Jadi letaklah matlamat simpanan emas mengikut keperluan kita sendiri, In Shaa Allah saya yakin pasti kita boleh berjaya. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

#pg1m