GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
722 subscribers
2.65K photos
362 videos
2 files
1.34K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
FB alert saya posting yang saya share tahun lepas. Saya ambil harga pada hari raya tahun lepas ie 20 April 2023 iaitu RM305/g.

Harga emas GAP hari ini ie pada 7 Mei 2024 ialah RM385/g. Kenaikan sebanyak 26%.

Wow banyaknya kenaikan! Saham saya pun tak setinggi ini.

Saya pasti simpanan mereka dah banyak sekarang!

Ini adalah contoh simpanan melalui akaun emas GAP dimana kaedahnya ialah beli dan kumpul gram dalam akaun emas.

Dari akaun emas, bila gram dah terkumpul banyak, ia boleh

πŸ’πŸ»β€β™€οΈdikeluarkan kepada emas fizikal samada goldbar (bentuk empat segi) atau dinar (bentuk bulat)

πŸ’πŸ»β€β™€οΈdiarrahnu sekiranya perlu dana kecemasan atau

πŸ’πŸ»β€β™€οΈboleh dijual bila gram simpanan dah banyak untuk capai tujuan tertentu

πŸ‘‰ Akaun emas GAP tiada caj simpanan, tiada komitmen bulanan, tiada had dan berinsuran

#NotaShuhaidaRamli
7 Mei 2024: Upacara Perasmian Pecah Tanah Kilang Penulenan Emas Pertama Public Gold di Batu Kawan, Pulau Pinang

Upacara tersebut telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Mulia, Dato' Wira Louis Ng, Konsul Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang yang juga pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold serta presiden Malaysia Gold Association (MGA).

Kilang ini terletak di atas tanah seluas 1.1 ekar dengan kawasan binaan yang dianggarkan sebanyak 48,000 kaki persegi di zon industri utama Batu Kawan, Pulau Pinang. Kilang penulenan emas bertaraf dunia baru ini bakal menghasilkan sebanyak 10 tan emas setahun, yang mungkin boleh meningkat sehingga 20 tan setahun. Seterusnya ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat.

Public Gold sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik untuk semua.

Buatlah pilihan syarikat yang terbaik untuk anda mulakan simpanan / pelaburan emas dengan tenang dan selamat.

Untuk pendaftaran dan bimbingan percuma boleh klik di link bawah dan mula membuat simpanan / pelaburan bersama Public Gold.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#PublicGold #Groundbreaking #GoldRefinery
7 PERSOALAN PALING KERAP DITANYA BERKENAAN AKAUN GAP

1) Adakah emas dibeli adalah emas digital dan bukannya emas fizikal?

πŸ“Œ Tidak!
πŸ“Œ Semua emas dibeli adalah emas fizikal.
πŸ“Œ Akaun GAP hanyalah medium sementara untuk mengumpul gram emas hingga mencukupi berat emas fizikal yang ingin dikeluarkan.

2) Adakah wajib beli emas setiap bulan?

πŸ“Œ Tidak!
πŸ“Œ Tiada komitmen bulanan dan boleh beli pada bila bila masa anda mahu.

3) Adakah akaun akan dibekukan jika sudah bertahun tidak membeli emas?

πŸ“Œ Tidak!
πŸ“Œ Akaun masih boleh diakses ie tidak dibekukan walaupun anda sudah lama tidak login atau membeli emas. Walau bagaimana pun untuk capai gram simpanan yang banyak perlu rancang untuk konsisten menyimpan.

4) Adakah simpanan emas saya akan hangus jika saya meninggal dunia?

πŸ“Œ Tidak!
πŸ“Œ Simpanan anda adalah 100% milik anda.
πŸ“Œ Jika berlaku kematian, waris boleh hadir ke cawangan terdekat untuk tuntutan emas.

5) Adakah simpanan emas GAP dilindungi PIDM?

πŸ“Œ Tidak!
πŸ“Œ PIDM hanya melindungi syarikat perbankan dan bukannya mana mana syarikat jual beli emas.
πŸ“Œ Simpanan GAP dilindungi insurans oleh Lonpac Inusrans Berhad.

6) Adakah wajib bayar zakat bagi simpanan emas GAP?

πŸ“Œ Ya!
πŸ“Œ Semua jenis emas simpanan perlu dibayar zakat apabila mencukupi berat 85 gram dan tempoh pemilikan 1 tahun.
πŸ“Œ Zakat yang perlu dibayar hanyalah 2.5% dari nilai emas semasa.

7) Bilakah tempoh matang untuk saya jual emas saya?

πŸ“Œ Dalam Public Gold, tiada tempoh matang tertentu.
πŸ“Œ Anda boleh jual emas anda pada bila bila masa.


Untuk fahami lebih jelas tentang akaun GAP, baca di sini dan boleh terus daftar secara percuma dan mula buat simpanan

https://publicgold.me/shuhaidaramli/akaun-gap
[Alert Harga] πŸ”ΊHarga emas GAP naik, RM6/g lebih tinggi berbanding tengah malam tadi

Harga hari ini (10 Mei 2024)

RM 100 = 0.2551 gram
RM 392 = 1.0000 gram

Statistik Mei 2024
Tertinggi: RM392 (10/05)
Terendah: RM380 (04/05)

Statistik 2024
Tertinggi: RM399 (16/04)
Terendah: RM329 (04/01)

Tertinggi dalam sejarah: RM399 (16/04/2024)
𝟴 π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—₯𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—£π—˜π—‘π—¬π—œπ— π—£π—”π—‘ π—˜π— π—”π—¦ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π—™π—”π—›π—”π— π—œ

1️⃣ Emas tiada pulangan tetap, dividen bulanan atau tahunan. Kalau ada jauhilah kerana ia tidak patuh syariah.

2️⃣ Emas adalah simpanan jangka panjang, jangka pendek tak sesuai.

3️⃣ Bila simpan emas, fokus kepada pertambahan gram supaya bila harga meningkat tinggi masa depan simpanan dah banyak. Lebih banyak gram lebih tinggi nilainya.

4️⃣ Harga emas naik turun jangka pendek, tiada masalah kerana gram emas dalam simpanan tidak terjejas. Ia juga satu advantage buat penyimpan emas kerana dalam proses mengumpul ada kala boleh beli pada harga rendah. Bayangkan kalau harga emas bergerak linear ie meningkat dengan garisan lurus!

5️⃣ Bagi penyimpan emas bajet kecil terbaik ialah beli sikit-sikit tapi konsisten supaya simpanan bertambah berterusan. Harga naik beli sikit, harga jatuh tambah lebih gram lagi.

6️⃣ Guna teknik pemurataan harga untuk minimumkan kos belian emas, contoh

Beli 1 gram May 2022 : RM280
Beli 1 gram Jun 2022 : RM275
Beli 1 gram July 2022 : RM265

Jadi purata setiap gram adalah RM273.

7️⃣ Beli emas dengan duit lebihan yang nak simpan jangka panjang. Jangan beli emas dengan semua duit gaji pula. Terbaik rancang kewangan anda supaya tidak terlepas peluang agihkan duit gaji bulanan untuk menyimpan.

8️⃣ Simpan emas dengan ilmu. Yang ada ilmu hasil simpanan sangat berbeza.

Contoh, tahun 2013 semasa harga emas jatuh RM160/g, yang kurang ilmu mereka berhenti menyimpan, padahal mereka untung menambah gram pada harga rendah. Yang ada ilmu faham simpanan emas adalah simpanan jangka panjang, jadi mereka teruskan dan gram terkumpul mereka dah banyak, dan dengan harga emas yang tinggi sekarang, nilai simpanan mereka sangat tinggi!

Jom mula langkah keemasan!
Daftar akaun percuma klik :

https://publicgold.me/shuhaidaramli