GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
723 subscribers
2.72K photos
370 videos
2 files
1.36K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
HARGA EMAS DAH MENINGKAT 20.41%

Siang tadi saya ada terbaca posting seorang insan yang duk membanding antara simpanan emas vs ASB.

Maklumlah, tahun ini ASB beri pulangan agak tinggi iaitu 5.25%

Sebenarnya emas dan ASB tak sesuai untuk dibandingkan kerana fungsinya berbeza.

📌 ASB - simpanan jangka masa pendek. Namun, untuk yang mengambil loan, duration akan lebih lama lagi mengikut tempoh pembayaran.

Dividen diberi dalam bentuk matawang setiap tahun mengikut prestasi pelaburan.

Yang mengambil loan sudah pasti perlu mengambil kira kadar faedah loan dan kadar dividen dan tenguk baki yang tinggal dari situ. Kerana dividen yang diberi adalah dalam bentuk wang.

Jadi kita kena ambil kira kadar inflasi semasa, bermaksud dengan duit sebanyak ini apa nilainya sekarang. Contoh nilai duit RM10,000 tahun lepas sudah tak sama dengan nilai duit pada tahun ini.

Nilai duit contoh sekiranya RM10,000 dilaburkan kepada emas tahun lepas, sudah pasti nilainya berkembang pada tahun ini.

📌 Emas - simpanan jangka masa panjang. Lebih lama simpan lebih tinggi nilainya. Tiada dividen. Keuntungan bila duit dilaburkan kepada emas adalah bila nilainya berkembang selari dengan perkembangan harga emas dunia.

Dengan simpanan emas tidak sama sekali digalakkan untuk membuat loan untuk buat simpanan emas. Konsep lebih kepada menabung atau melabur duit yang ada dengan mengalihkan duit kepada medium emas untuk simpanan jangka panjang.

Walau bagaimanapun, antara dua ini kalau nak dibandingkan juga, untuk tempoh setahun ini sahaja, nilai emas dah meningkat sebanyak 20.41%. Lihat poster.

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah setiap pelaburan yang kita buat perlu juga diambil kira keadaan ekonomi semasa.

Contoh, bila ekonomi tengah boom, pasti pelaburan dari syarikat-syarikat mana pun akan mampu memberi kadar dividen yang tinggi. Boleh lihat diposter ASB dimana dividen tinggi pada tahun sebelumnya.

Tetapi bila keadaan ekonomi di sebaliknya seperti sekarang dimana ekonomi global berada dalam keadaan tidak menentu dan berkemungkinan masuk fasa yang lebih teruk.

Dalam keadaan ini harga emas akan meningkat kerana demand tinggi dimana pelabur-pelabur besar akan lari kepada emas untuk melindungi kekayaan mereka.

Jadi, bagi saya, kita perlu ikut keadaan ekonomi semasa dan juga apa tujuan pelaburan kita dan buat pilihan yang bijak.

Nak mulakan simpanan emas,
https://wasap.my/60133525250/NakSimpanEmas
December 27, 2023
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik, RM4/g lebih tinggi berbanding semalam

Harga hari ini (28 Dec 2023)

RM 100 = 0.2967 gram
RM 337 = 1.0000 gram

Statistik Disember 2023
Tertinggi: RM338 (03/12)
Terendah: RM324 (12/12)

Statistik 2023
Tertinggi: RM338 (03/12)
Terendah: RM275 (07/02)

Harga emas spot gold di pasaran telah mencatat rekod baru sekali lagi. Kenaikan harga emas juga tidak berhenti, mengukuh selama lima hari berturut-turut.

Pengukuhan emas menjelang akhir tahun ini didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Federal Reverse (The Fed) Amerika Syarikat (AS) tahun depan.

Dalam dagangan Rabu (27/12/2023) harga emas di pasaran spot ditutup naik 0.51% pada US$ 2077.16 per troy auns. Harga ini merupakan rekod baharu dan mengatasi rekod sebelumnya sebanyak AS$ 2,070.9 pada 1 Disember. Justeru, harga emas mencatat rekod dua kali pada bulan ini.

Harga rekod terkini (28/12/2023) di pasaran berada pada USD$ 2081 per troy auns.

Ketegangan geopolitik berkemungkinan kekal sebagai pemacu utama sepanjang minggu ini dan merupakan satu-satunya perkara yang boleh dan telah mendorong harga melebihi kawasan $2080/oz.

Harga emas juga dipengaruhi oleh fakta tempatan dimana bila matawang US turun ringgit Malaysia akan juga naik.

Harga emas fizikal Public Gold berada pada RM334 per gram. Untuk emas fizikal, lagi berat emas, samada goldbar atau dinar, lagi murah harga per gram.

Ambil peluang melalui belian EPP 10x sekurang2nya kerana harga emas fizikal dicatatkan penurunan dari harga GAP yang dikemaskini semalam pada RM337 per gram.

Kepada penyimpan emas yang menggunakan kaedah simpanan emas dalam akaun GAP. Fokus kepada penambahan gram anda kerana dengan cara kita konsisten menyimpan walaupun kadang-kadang pada harga yang tinggi, kos pemurataan kita masih rendah.

Walau bagaimana pun, untuk belian GAP boleh juga tunggu harga emas dikemaskini pada 12 malam. Cuma perlu tenguk pergerakan harga emas terkini ie samada menaik atau menurun.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.

Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Boleh daftar percuma di link website saya dan mulai dengan mana-mana cara yang sesuai.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

Simpan emas untuk masa depan kita dan keluarga!
December 28, 2023
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
December 29, 2023
January 2, 2024
STRATEGI UTAMA SIMPANAN EMAS

Beli emas banyak kali bukan satu kali !!!

Strategi utama simpanan emas ialah membeli emas secara konsisten untuk memperolehi gram emas terkumpul yang banyak. Bila konsisten bukan hanya simpanan bertambah dengan lebih cepat tetapi kita boleh ambil peluang trend harga emas turun naik jangka pendek untuk merendahkan purata harga emas pegangan kita.

Juga, berpandangan jauh untuk ambil peluang potensi kenaikan harga emas jangka panjang dengan mengumpul gram emas sebagai simpanan jangka panjang.

=> Jangkamasa pendek, harga emas turun naik adalah biasa. Jangkamasa panjang, harga emas tetap dalam trend menaik. Tetapi kenaikan harga emas akan lebih drastik bila berlakunya krisis ekonomi global seperti yang dialami sekarang.

Simpan emas sebagai simpanan jangka panjang, makin banyak gram terkumpul dan makin lama disimpan makin untung.

Contoh, Untuk tahun 2020, harga terendah adalah RM214 segram iaitu pada Januari 2020 dan harga tertinggi pada tahun itu adalah RM304 segram iaitu pada Ogos 2020.

Harga emas sentiasa naik turun dalam jangkamasa pendek dan pastinya naik dalam jangkamasa panjang seperti harga emas sekarang pada hari ini 3/1/2024 ialah RM331 segram.

Kesimpulannya:

1. Simpanan perlu konsisten untuk memperolehi gram yang banyak

2. Bila konsisten bukan hanya anda dapat perolehi gram terkumpul yang banyak tapi anda dapat leverage trend harga emas turun naik untuk mendapat kos pemurataan yang rendah untuk pegangan emas anda

3. Berpandangan jauh dan tetapkan simpanan emas anda adalah sebagai simpanan jangka panjang untuk anda leverage potensi kenaikan harga emas jangka panjang, dengan gram terkumpul yang banyak

4. Jangkamasa panjang, harga emas tetap dalam trend menaik. Tetapi kenaikan harga emas akan lebih drastik bila berlakunya krisis ekonomi global seperti yang dialami sekarang.

Masa Terbaik Beli Emas sudah tentulah 20 tahun lepas, masa itu harga emas RM35/g.

Masa Kedua Terbaik Beli Emas adalah sekarang, bila anda masih lagi punya pendapatan / ada duit. Jadi jangan lepas peluang agihkan minima RM100 setiap bulan untuk menyimpan emas sebagai simpanan jangka panjang anda.

https://publicgold.me/shuhaidaramli/cara-beli-emas

Lastly, ambil peluang potensi kenaikan harga emas yang drastik semasa krisis ekonomi global
yang dialami sekarang untuk membuat simpanan emas.

#NotaShuhaidaRamli
January 3, 2024
January 3, 2024
GAP Autodebit Campaign 2024🌸🎁💰

Di tahun baru 2024 ini, dengan sambutan yang menggalakkan, Public Gold berbesar hati akan menyambung GAP Autodebit Campaign bagi tahun 2024.

Simpan emas demi masa depan yang lebih cemerlang.

Dengan pembelian serendah RM200 anda mungkin bertuah untuk memenangi Hadiah Utama 10gram Gold Bar (Au 999.9) dari Public Gold, setiap bulan!

Hadiah bernilai RM120,000 untuk dimenangi setiap bulan dan pengumuman pemenang akan dilakukan melalui cabutan bertuah di laman sosial Facebook Public Gold International.

Peluang anda menang adalah setiap bulan dan chances anda untuk menang juga meningkat setiap bulan!

Jom autodebit, sangat mudah, ingat anda bukan rugi agihkan sedikit duit gaji kepada simpanan. Malah anda rugi kalau tak mula dan duit tetap habis setiap bulan.

https://publicgold.me/shuhaidaramli/auto-debit-gap
January 4, 2024
January 5, 2024
*Liputan Media - Gold Charity Program*- "PRIHATIN Duo Hearts" ❤️💙 kerjasama antara
Yayasan PRIHATIN Nasional & Public Gold!

Bertepatan dengan misi Pengasas Public Gold, Dato' Wira Louis Ng menjelaskan bahawa Public Gold bukan sahaja menjual logam berharga seperti emas tetapi yang paling penting adalah memberikan kesedaran tentang kepentingan menyimpan demi masa depan yang lebih baik.

Usaha murni ini memudahkan kepada peminat tegar emas untuk membeli sambil beramal kerana hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan PRIHATIN Nasional.

Nantikan pelancaran *Gold Bar PRIHATIN Duo Hearts* ❤️💙 akan berada di pasaran tidak lama lagi!

https://sme.asia/public-gold-launches-gold-charity-program-to-support-yayasan-prihatin-nasional/?fbclid=IwAR00IH5KFHvOHWIrQcO_Z0CNLZMrEmu5cmBW0iEJ8bxzvgi2yd0zQARcAbs_aem_AdCD7LgGHP4FYPF_eN3o4Fpy1ayhWrqyahaFjKpqgdbhOHFWKKuGcaPBxBr-O5oDO-4
January 5, 2024
January 8, 2024
[Alert Harga] 🔻Harga emas GAP turun, RM2/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini (9 Jan 2024)

RM 100 = 0.3030 gram
RM 330 = 1.0000 gram

Statistik 2024
Tertinggi: RM334 (06/01)
Terendah: RM329 (04/01)

Harga emas spot gold terkini berada pada paras USD $2,032 seauns. Dari segi bacaan teknikal, emas dijangka maju ke arah paras tertinggi sebelumnya bila bahagian support level disahkan. Sehingga hari ini, rali di atas paras tertinggi hari ini iaitu USD $2,047 akan menunjukkan kekuatan.

Harga emas fizikal Public Gold terkini berada pada paras rendah setakat tahun ini iaitu RM329/g.

Ambil peluang, harga emas turun untuk menambahkan simpanan anda melalui akaun emas GAP atau belian emas fizikal secara Easy Payment Purchase.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.

Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.

Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Belum lagi mula? Anda boleh bermula dengan RM100 melalui kaedah beli dan kumpul gram dalam akaun emas GAP (Gold Accumulation Program).

Boleh daftar percuma di link website saya dan mulai dengan mana-mana cara yang sesuai.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

Simpan emas untuk masa depan kita dan keluarga!
January 9, 2024
🎊🌎Gold Party 14 January 2024 di Menara Public Gold @TRX! 🌎 🎊

Ajak rakan dan keluarga ke acara Gold Party ini bagi memeriahkan suasana bersama-sama!
Pelbagai acara disediakan seperti:

Jual Emas Terpakai / Buy-Back
Tukar Emas Lama Kepada Baru/ Trade-In
Cuci Emas
Jualan Gudang dengan Harga Istimewa untuk barangan kemas PG Jewel!

Jom simpan emas untuk masa depan yang lebih cerah.

Kenali produk Public Gold dengan lebih dekat dan bergambar dengan jongkong emas seberat 12.5kg HANYA DI MENARA PUBLIC GOLD @TRX!

📣Tawaran harga emas yang menarik untuk semua! Rebut peluang keemasan ini !

📅Tarikh 14 Januari 2024, Ahad
Masa: 10.00 a.m. – 6.00 p.m.
📍 Lokasi: Menara Public Gold @ TRX

PENTING‼️
Share dengan kawan-kawan anda, jika kawan-kawan anda belum berdaftar dengan Public Gold, mereka daftar di link bawah dan buat transaksi (beli, jual, tradein) pada hari Gold Party, di Menara atau di mana2 cawangan, anda boleh sertai cabutan bertuah 1g goldbar bulan Januari yang berlangsung sekarang.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

Untuk sertai cabutan bertuah, hanya perlu whatsapp nama mereka saja!

Jika anda juga ada transaksi pada hari Gold Party, whatsapp nama anda juga untuk sertai cabutan bertuah.

Lokasi Menara Public Gold
📍Menara Public Gold @ TRX
🚗 𝗪𝗮𝘇𝗲: https://bit.ly/3HxKh5J
🚗 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲 𝗠𝗮𝗽: https://bit.ly/3tCyEEM

==> Gold Party juga di semua cawangan Public Gold
Anda boleh jual emas lama anda kepada kami dan dapatkan tunai di kesemua cawangan Public Gold berdekatan anda! 🥳

Juga boleh sertai cabutan bertuah seperti di atas

(https://bit.ly/publicgoldbranches)
January 12, 2024
January 17, 2024
PANGGILAN HAJI 2024.

Terdengar pengumuman TH sebentar tadi di radio dalam perjalanan ke Johor. Dalam hati dah terfikir berapa gram emas diperlukan untuk menampung kos haji tahun ini?

Apa-apa pun bagi penyimpan emas pasti tersenyum kerana dengan emas seumpama kos haji menurun. Kenapa? Kerana semakin lama jumlah gram yang diperlukan untuk menampung kos haji menurun (sila lihat poster)

Pada tahun ini, untuk makluman semua, surat panggilan Haji 2024 akan keluar pada hari ini 19 Januari 2023 (Jumaat).

Seramai 31,600 orang akan dapat surat Tawaran Haji bermula hari ini. Alhamdulillah dan Tahniah saya ucapkan!

Trivia dari Pengumuman TH tadi.

1️⃣. Kos Haji tahun ini adalah RM33,300. Meningkat 11% (RM2,500) dari tahun lepas.

2️⃣. Bayaran Harga Haji Muassasah

B40 (first time pergi haji) : RM12,356
M40 : RM14,148
T20 : full RM33,300

Tahukah Anda bahawa kos menunaikan Ibadah Haji dan Umrah meningkat saban tahun?

Dengan kaedah menyimpan emas 1gram 1 Bulan, selama 37 bulan (3 tahun 1 bulan) in sya Allah anda hanya perlukan 37g emas untuk menunaikan haji. Ini mengikut harga sekarang!

Refer poster, semasa ia dicetak sebanyak 47g diperlukan untuk menunaikan haji. Pada tahun ini walaupun kos haji meningkat, jumlah gram emas diperlukan menurun iaitu 37g.

Dah nampakkan?

Jadi dengan simpanan emas, jumlah gram emas yang diperlukan selepas 3 tahun kedepan berkemungkinan besar akan menurun.

Manakala yang menyimpan duit, perlu menambah lagi kerana simpanan duit walaupun jumlahnya banyak, ia tidak dapat menampung kos haji yang akan meningkat 3 tahun lagi.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Saya sarankan buat perancangan dan bertindak dari sekarang untuk membuat simpanan emas.

Daftar percuma dan mulakan sekarang dengan mana-mana cara yang sesuai dengan bajet anda.

https://publicgold.me/shuhaidaramli/cara-beli-emas
January 19, 2024
https://www.jpmorgan.com/insights/global-research/commodities/gold-prices

17 Jan 2024
Will gold price hit another all-time high in 2024?

Some insights

Harga emas mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $2,135.39/oz pada Disember 2023. Perkembangan ini didorong sebahagian besarnya oleh dolar AS yang lemah dan jangkaan Fed akan mula menurunkan kadar.

Pemotongan kadar faedah Fed dan kejatuhan hasil sebenar US (US real yields) sekali lagi akan menjadi pemacu utama di sebalik harga emas pada 2024.

Harga emas dijangka menurun dalam tempoh terdekat sebelum naik ke paras tertinggi baharu pada akhir tahun, dengan ramalan puncak $2,300/oz pada 2025.

Kesimpulan:
Harga emas naik turun jangka pendek kerana ia bertindak mengikut keadaan ekonomi global semasa dan yang paling terkesan adalah keadaan ekonomi US yang mempengaruhi ekonomi global.

Normal:
Long term harga emas meningkat, ia telah meningkat sebanyak 82% 5 tahun lepas, ia meningkat sebanyak lebih dari 500% last 20 years.

Abnormal:
Bila ada ketidaktentuan tambahan seperti perang ie geopolitic tension, pendamic, etc, harga emas akan meningkat abnormally.. harga akan spike naik short-medium term, tetapi jangka panjang ialah impak atau kesan jangka panjang yang ditinggalkan dari situasi itu… contoh, bila berlaku pandemic outbreak, US dan negara2 lain dunia terpaksa bertindak cetak wang (quantitative easing) yang banyak. Ini telah meninggalkan kesan jangka panjang seperti hutang negara yang tinggi.

Jadi ambil peluang perkembangan harga emas naik turun jangka pendek untuk teruskan menabung untuk memperolehi gram simpanan terkumpul yang banyak bila tiba masa harga emas meningkat tinggi.

Got it?

🤷‍♀️Yang bergaji dan berada dalam comfort zone dan belum mula, saya boleh katakan mereka rugi tak ambil peluang untuk buat simpanan dari sekarang. Hutang boleh bayar, beli barang bukan keperluan boleh buat, tapi simpanan jangka panjang tak ada, kalau ada pun, cara simpanan tak betul.

🤦🏻‍♀️Lagi satu, yang ada anak tapi masih tak alihkan kepada simpanan emas sangat rugi sebab simpanan anak berjangka panjang seiring dengan perkembangan emas!

💁🏻‍♀️Yang ada simpanan tak guna sekurang2nya 2 tahun pun rugi sekiranya tak alihkan kepada simpanan emas kerana by the time next 2 years, ia masih berjumlah sebanyak itu untouched tapi sebenarnya nilainya dah menyusut.

💁🏻‍♀️Betul tak nilai duit sekecil rm100 tahun lepas pun tak sama dengan nilai rm100 tahun ini? Kenaikan emas setahun dari tahun lepas naik 20.41%, bermakna rm100 yg telah diconvert kepada emas, nilainya menaik. Ini baru rm100 dan baru setahun, kalau dah banyak gram bayangkan…

Jom mula, boleh daftar terus di link bawah dan mula sekarang! Jangan lupa pasangan dan anak-anak supaya mereka ada akaun sendiri dan mula menabung…

https://publicgold.me/shuhaidaramli
January 21, 2024
Attention!!!
Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan siaran akhbar mengenai dakwaan dan salah nyata fakta yang tular berkaitan dengan Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) hari ini.

Baca lanjut, see my comments …

https://www.facebook.com/100082736093626/posts/pfbid02nu52ELA4EZa4g4kHUKazzrC8CGfrtB3zTXjGfE6haZSYch9rwLGPdLJsWiBQGP87l/?mibextid=cr9u03
January 22, 2024
January 23, 2024
January 24, 2024
January 25, 2024
KEMPEN BELI DAN MENANG GOLD BAR!

Kepada semua penyimpan emas, ambil peluang kita berbelanja barang keperluan dan MENANG GOLD BAR‼️

Sila klik untuk tahu lebih lanjut dan baca posting saya mengenai kempen ini..

https://t.me/Gold4uPGMallBusiness/516
January 28, 2024
[Alert Harga] Harga emas GAP hari ini sama seperti semalam.

Harga hari ini (29 Jan 2024)

RM 100 = 0.3003 gram
RM 333 = 1.0000 gram

Statistik 2024
Tertinggi: RM335 (16/01)
Terendah: RM329 (04/01)

Pada pembukaan pasaran Asia hari ini, harga emas kini berada pada USD $2024 seauns (⬆️0.28%). Day’s Range USD $2018 - $2029

Harga emas fizikal Public Gold menunjukkan peningkatan dibandingkan dengan harga emas GAP, dan berada pada paras RM334 segram. Dan dari bacaan graph mingguan menunjukkan harga bergerak naik.

Sekiranya harga emas fizikal naik lagi, manfaatkan peluang ini untuk membuat pembelian pada harga yang lebih murah melalui akaun emas GAP. Emas dari akaun emas GAP boleh dikeluarkan menjadi emas fizikal jika ada gram yang mencukupi.

Kepada yang suka mengumpul emas fizikal, anda juga boleh membuat belian emas fizikal secara Easy Payment Purchase 10x bayar (Lihat poster EPP Goldbar)

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut, harga emas terkini dan daftar percuma di bawah 👇

https://publicgold.me/shuhaidaramli
January 29, 2024