GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
723 subscribers
2.66K photos
362 videos
2 files
1.34K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Jom ambil ilmu baca #NotaEmasSyukorHashim

*********

Gais,

Meh saya tunjukkan bukti orang beli emas RM1,000,000 (1 juta) dalam satu resit. Seorang beli pada 17/5/2019 dan seorang lagi beli pada 2/10/2019 (tengok gambar)

Banyak kan duit diorang? Orang-orang ini adalah dalam kategori pelabur. Biasanya mereka adalah businessman. Sebab tu duit mereka banyak.

Mereka dah banyak duit. Jadi mereka mencari tempat yang bagus untuk melabur duit yang banyak. Diorang bukan membeli emas sebagai simpanan.

Memandangkan emas dalam trend menaik dari tahun 2018 sehingga sekarang maka pelaburan emas adalah salah satu pelaburan yang bijak 😃

Ini kerana:

1. Trend harga emas menaik memudahkan dapat untung.
2. Kecairan emas adalah tinggi. Ia mudah dijual balik.
3. Ia patuh syariah (sebab mereka beli emas fizikal)

Saya nak cerita sikit tentang pelabur emas.

Definisi: Pelabur emas adalah orang yang membeli emas untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Mereka mahu melihat keuntungan dalam bentuk RM.

Mereka melihat emas ini hanyalah salah satu instrumen pelaburan, sama seperti ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Saham dan hartanah. Jadi mereka aktif membuat perbandingan diantara pelaburan-pelaburan tersebut. Mereka pilih yang boleh untung dengan risiko yang mereka sanggup tanggung.

Pelabur emas ada exit plan. Mereka menjual balik emas ini apabila ia mencecah target keuntungan yang dikehendakki.

Contoh beli emas RM1 juta dan jual pada harga RM1.2 juta. Untung RM200 ribu. Sekian. Itu game pelabur emas.

Bila harga turun, mereka beli balik. Harga naik mereka jual.

Contohnya, pembeli RM1 juta pada 17 Mei 2019 tu dah jual sebahagian dari emas beliau sebab dah untung 😁

Tips menjadi pelabur emas yang baik. Anda sekurang-kurangnya menguasai analisis teknikal harga emas (untuk tahu harga support, resistance dan momentum). Pengetahuan ini boleh membantu memaksimakan keuntungan, InsyaAllah

Sila #share jika bermanfaat