GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
720 subscribers
2.7K photos
365 videos
2 files
1.35K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
[Alert Harga] πŸ”»Harga emas GAP turun, RM4/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini (17 Jan 2023)

RM 100 = 0.3484 gram
RM 287 = 1.0000 gram

Statistik 2023
Tertinggi: RM291 (15/01)
Terendah: RM278 (06/01)

Terkini harga emas fizikal Public Gold ialah RM286/g (berdasarkan harga 10g goldbar).

Pergerakan emas di pembukaan Pasaran Asia pagi ini telah menunjukkan pergerakan menaik dan harga emas berada di tahap $1915 per auns ketika ini, tahap yang tinggi melepasi $1,900.

Harga emas stabil selepas naik ke paras tertinggi dalam hampir sembilan bulan pada hari Isnin, kerana dolar yang lebih lemah dan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan daripada Rizab Persekutuan AS menambah kilauan emas.

Penganalisa berpendapat emas dan perak berpotensi untuk meningkat pada tahun 2023 selepas tempoh consolidation dua tahun. Harga emas dijangka melonjak melebihi $2,000, dan perak boleh berganda melebihi $40 seauns dan seterusnya kembali ke paras tertinggi sepanjang masa pada $50.

Berpandangan jauh untuk kita leverage potensi perkembangan emas jangka panjang.

Kenapa ini penting? Bila kita berpandangan jauh kita faham kenapa perlu konsisten menyimpan emas, iaitu supaya bila harga dah tinggi di masa akan datang simpanan emas dah banyak.

Mestilah berbeza jika dibandingkan, sebagai contoh, yang ada simpanan 100g dengan yang hanya ada 50g bila harga emas dah cecah sekurang2nya RM400/g. Harga emas tahap ini tidak mustahil untuk 5 tahun akan datang, jika kita guna peratus kenaikan 5 tahun lepas iaitu sebanyak 50% (Tahun 2018: RM184/g, dan harga emas hari ini RM286/g. Peratus kenaikan konservatif, 50%)

Teruskan konsisten menyimpan dan leverage harga naik turun jangka pendek untuk mengumpul simpanan aset emas anda.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.

βœ… Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
βœ… Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Kepada yang belum bermula, jangan tunggu lagi, klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/shuhaidaramli
Nilai pada duit semakin lama disimpan, semakin "ghaib nilai" (kuasa beli) tanpa kita sedari.

Simpan emas sebagai pelindung inflasi pada kekayaan kita supaya ia selamat dari hilang nilai.

Jom mula sekarang atau kalau dah mula pada tahun 2023 cuba buat perancangan supaya boleh konsisten menyimpan. Bila konsisten, simpanan kita akan bertambah berterusan.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
#Gold4u
#amazingJE24K
#je24k
Untuk orang berniaga, mereka ada peluang berkali-kali untuk menyimpan emas dalam tempoh sebulan.

Ketika bayaran pelanggan masuk.
Ketika untung harian.
Ketika untung mingguan.
Ketika untung bulanan.

Untuk orang bekerja pula, mereka ada peluang sekali sahaja untuk menyimpan emas dalam tempoh sebulan iaitu ketika gaji.

Ketika gaji adalah peluang.
Ketika gaji adalah ruang.
Ketika gaji adalah kesempatan.

Jika terlepas, perlu tunggu bulan hadapan.

Jika bulan hadapan terlepas juga, maka akan berpindah lagi ke bulan-bulan berikutnya.

Akhirnya tak mula-mula.

Kenapa?
Konsep berbelanja kurang tepat.

Konsep yang disarankan oleh Pakar Kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali sangat berkesan iaitu,

Simpan terlebih dahulu kemudian baru berbelanja.

Apa yang kita amalkan ialah,
Berbelanja terlebih dahulu kemudian baru simpan. Maka peratusan untuk tidak menyimpan sangat tinggi.

Bila konsep betul, ianya akan menjadi mudah untuk kita.

Duit mudah terbelanja,
Duit mudah terguna,
Duit mudah terpakai.
Maka bekerja 10 ke 15 tahun sekalipun tidak akan ada simpanan.

Nasihat untuk diri sendiri juga,
Manfaatkan penat lelah 30 hari bekerja dengan simpanan emas.

Apa yang sangat penting bagi saya, sebelum kita apply konsep simpan dulu baru belanja ialah kita perlu buat perancangan perbelanjaan bulanan den tentukan berapa jumlah wang yang kita boleh agihkan untuk simpanan.

Bila dah buat perancangan, dan memilih simpanan yang sesuai, kita boleh terus apply konsep simpan dulu baru belanja ini tanpa ada bebanan dan lebih efektif.

Percayalah dengan perancangan yang teratur dan memilih cara simpanan yang sesuai, kita boleh konsisten menyimpan dan simpanan akan bertambah berterusan.

Ingat emas ada aura tersendiri, lagi simpan lagi kita rasa nak tambah. Ramai penyimpan terkejut, simpanan emas mereka lebih banyak dari target yang mereka telah tetapkan sebelumnya.

Ia amat berbeza dengan simpanan duit, lagi ada, lagi nak dibelanjakan. Ramai penyimpan gagal untuk capai target, malah simpanan bukan bertambah tetapi berkurangan.

Jadi memilih cara simpanan juga kena betul.

Jadi buat perancangan perbelanjaan bulanan, dapat gaji terus simpan dengan yakin; dan lepas tu baru belanja okπŸ‘Œ

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli #Gold4u #je24k #amazingJE24K #Emas2u
Alert Perkembangan Emas Terkini!

Momentum yang perlahan dalam ekonomi A.S. nampaknya memberi kesan kepada inflasi apabila harga pengeluar turun lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Disember.

Harga emas spot didagangkan kembali berhampiran paras tertinggi sesi di atas $1,920 seauns selepas Jabatan Buruh A.S. berkata Indeks Harga Pengeluar (IHPR) jatuh 0.5% bulan lepas, peningkatan disemak November sebanyak 0.2%.

Data inflasi adalah lebih lemah daripada jangkaan dengan anggaran konsensus penurunan sebanyak 0.1%.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.

βœ… Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
βœ… Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

https://publicgold.me/shuhaidaramli
Harini gaji!!

Manfaatkan penat lelah 30 hari berkerja dengan simpanan emas!

Jika terlepas, kita perlu tunggu bulan hadapan.

Jika bulan hadapan terlepas juga, maka akan berpindah lagi ke bulan-bulan berikutnya.

Akhirnya tak mula-mula, atau jika dah mula pun, simpanan anda tak bertambah, mungkin masih lagi belian RM100 dulu atau masih lagi 1g?

Pada awal tahun baru 2023, buat perancangan perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur. Sekiranya kita tak mula kita akan terlepas peluang bulan ke bulan, tahun ke tahun, kita tiada cara simpanan yang boleh mengembangkan nilai duit kita.

Terbaik, pakar kewangan mengesyorkan kita asingkan 10% sebahagian sahaja dari gaji untuk masa depan.

Sebagai contoh, Gaji RM 2,000 x 10% = RM 200 untuk emas.

Jika tak mampu, jangan lepas peluang juga dengan kaedah beli dan kumpul dalam akaun emas GAP serendah RM100. Hari ini RM100 dapat 0.3484g, walaupun kecil, yang penting bila konsisten simpanan akan bertambah.

Jangan terlepas peluang alihkan sedikit dari gaji anda kepada emas untuk simpanan jangka panjang anda.

Yang penting, MULA ok πŸ‘Œ yang dah mula saya sarankan anda plan untuk membolehkan anda konsisten menyimpan supaya simpanan emas anda bertambah berterusan dan yang penting anda tidak terlepas peluang agihkan sedikit duit gaji untuk simpanan masa depan.

Got it ? πŸ‘Œ

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli #Gold4u
#emas2u #je24k #amazingJE24K
[Alert Harga] βž–Harga emas GAP hari ini kekal sama seperti semalam.

Harga hari ini (21 Jan 2023)

RM 100 = 0.3484 gram
RM 287 = 1.0000 gram

Statistik 2023
Tertinggi: RM291 (15/01)
Terendah: RM278 (06/01)
β€˜Kalau lah tahu tentang emas masa muda, mesti dah banyak simpan emas’

Jujurnya saya banyak kali dengar kenyataan ini. Jom saya perhalusi,

Ada yang rasa menyesal.
Ada yang rasa rugi.
Ada yang rasa tekanan.

Tapi sebenarnya simpan emas bukan soal usia.

Kalau ketika muda kita tahu tentang emas tetapi tidak mula, tiada gunanya.

Kalau ketika berusia kita tahu tentang emas tetapi tidak mula, juga tiada gunanya.

Ketika usia muda, ada komitmen.
Ketika usia tua, juga ada komitmen.

Bezanya bagaimana kita urus komitmen tersebut.

Antara aset yang paling mudah dimiliki ketika usia muda mahupun tua ialah emas.

YES emas. Beli emas dapat emas. Emas juga dikategorikan sebagai aset / harta. Bermakna semua boleh kumpul harta juga dengan emas kerana emas boleh dibeli dan kumpul sedikit-sedikit.

Sangat mudah!

Tidak perlu peguam.
Tidak perlu slip gaji.
Tidak perlu pengalaman.
Tidak perlu bekerjaya hebat.

Semua boleh simpan emas, bayangkan seusia muda bayi pun boleh ada simpanan emas, sudah ada harta.

Mudah kan simpan emas?

Mulakan tabungan emas 1 gram pertama atau bermula serendah RM1OO. Share posting ini dengan kawan-kawan yang lain juga.

Klik link di website saya untuk daftar percuma.

https://publicgold.me/shuhaidaramli


Untuk mengetahui lanjut berkenaan kelebihan emas boleh baca di sini:

https://publicgold.me/shuhaidaramli/kelebihan-emas


Sila join telegram channel saya:

https://t.me/ShuhaidaRamli
Gong Xi Fa Cai to all our friends celebrating the new year of the Rabbit.

Wishing you and family good health, prosperity, happiness & success. Enjoy the festivities & holidays.
[Alert Harga] βž–Harga emas GAP hari ini sama seperti semalam.

Harga hari ini (22 Jan 2023)

RM 100 = 0.3484 gram
RM 287 = 1.0000 gram

Statistik 2023
Tertinggi: RM291 (15/01)
Terendah: RM278 (06/01)