GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Sedikit Perkongsian dari Mentor. Semoga bermanfaat.

GAP BUKAN EMAS DIGITAL

#AkaunEmasGAP bukan emas digital.

#PublicGold hanya jual emas fizikal sahaja.

GAP (Gold Accumulation Program) diwujudkan untuk bantu penyimpan emas yang nak memiliki emas fizikal tapi tak yakin untuk simpan sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya lebih 12 tahun dalam emas, saya boleh katakan majoriti mereka yang baru nak menyimpan emas rasa takut dan tak yakin untuk simpan emas sendiri walaupun hanya sekeping 1 dinar yang nilainya tak sampai RM1,400.

Jadi GAP adalah option untuk memudahkan customer PG yang belum bersedia untuk simpan emas itu sendiri.

Walaupun begitu, Public Gold lebih suka kita keluarkan emas dari Akaun GAP dan simpan emas itu sendiri. Bukannya simpan sampai berkilo-kilo dalam GAP.

Jadi untuk memberi galakan penyimpan emas PG keluarkan emas GAP, PG keluarkan pelbagai item dan design yang menarik supaya customer PG simpan emas fizikal itu sendiri.

Secara mudahnya, PG mahu customer beli dan simpan emas fizikal sendiri. Tapi KALAU takut simpan sendiri, maka option yang memudahkan ialah simpan dalam Akaun GAP dulu.

Berbeza dengan #emasdigital.

Emas digital dicipta untuk mereka yang tak berminat simpan fizikal tapi nak ambil peluang atas kenaikan harga emas.

Jadi mereka beli emas digital.

Penjual emas digital tak berikan banyak option bagi keluarkan emas fizikal sebagaimana yang dibuat oleh PG. Ini disebabkan matlamat mereka bukan untuk simpan fizikal.

Emas itu tak penting bagi mereka.

Tambahan info dari #ShuhaidaRamli

1. Pelabur yang melabur duit mereka dalam emas digital focus mereka ialah hanya untuk mendapat keuntungan dalam bentuk matawang untuk jangkamasa pendek, bukan untuk mengumpul emas fizikal untuk capai matlamat yang lebih besar, atau mengalihkan duit mereka kepada emas fizikal sebagai pelindung dari kejatuhan matawang atau sebagai backup, atau juga sebagai aset.

Pelabur emas digital kena faham analisa teknikal kerana perlu tahu bila masa sesuai untuk buat belian dan bila masa yang sesuai untuk menjual. Mereka melabur dengan modal yang besar, sekurang2nya rm15,000. Cuma pelaburan emas digital tidak patuh syariah. Sekiranya ada yang claim patuh syariah, selidik kepatuhan syariah itu.

2. Ada juga syarikat yang menjual emas digital berlandaskan emas fizikal, tapi kena pastikan kesahihan patuh syariahnya supaya tiada elemen lain yang ditawarkan seperti memperolehi ganjaran berlipat ganda tanpa mengira harga emas ketika itu atau menawarkan dividen dari simpanan itu.

#TipPenyimpanEmas