GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
718 subscribers
2.7K photos
368 videos
2 files
1.36K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Apakah zakat itu sesuatu yg buruk?

Zakat ialah salah satu rukun Islam. Mengapa ada orang Islam yg fikir harta mesti digunakan - supaya tidak dikenakan zakat?

Zakat dijanjikan akan menyuburkan harta. Mengapa ada yg berkira² utk mengeluarkan zakat?

Kenapa ada orang tak mahu menyimpan emas, atau memilih emas perhiasan saja, (supaya boleh dipakai) jadi tak dikenakan zakat? Kenapa ada orang rolling emas dlm pajak gadai utk mengelak zakat?

Zakat harta tidak khusus kepada emas dan perak saja. Duit simpanan atau yg terhimpun dalam mana² bentuk pelaburan pun, jika cukup haul dan nisab, wajib dikeluarkan zakat ke atasnya juga.

2.5% dari banyaknya nikmat yg Allah beri. Banyaknya nikmat yg Allah beri. Banyaknya nikmat yg Allah beri. Tidak terhitung.

Dan bila dicukai 2.5% setelah cukup haul dan nisab, kita kata harta kita susut nilai sebanyak 2.5%? Siapalah yg memberi kita rezeki hingga terhimpun harta kita yg banyak itu?

Allahu akbar. Malu dgn Allah.

Saya yakin saya tidak salah memahami. Semoga Allah kurniakan kita semua petunjuk yg benar.

Buatlah tindakan bijak hari ini dengan bermula simpan emas.

Lebih baik jika kita bercita-cita untuk menjadi pembayar zakat sebab bila kita dah boleh keluarkan zakat bermakna allah dah kurniakan kita rezeki sehingga boleh buat simpanan emas yang banyak.

#zakatemas