GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
725 subscribers
2.7K photos
370 videos
2 files
1.36K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Potensi harga emas.

ROI (Return of Investment) atau Pulangan/Keuntungan dalam masa setahun untuk pelaburan/simpanan yang masyhur di Malaysia:

1. Emas: 31.58%
2. KWSP: 5.65%
3. ASB: 5.5%
4. TH: 3.05%

Ramai dikalangan kita yang ada kesemua insrumen pelaburan di atas.

Seperti yang saya sarankan sebelum ini, kita perlu review balik portfolio pelaburan kita mengikut keadaan ekonomi. Sudah tentu bila ekonomi tengah booming, syarikat2 pelaburan boleh membayar dividen yang tinggi tapi bila ekonomi sedang sakit, adakah mereka boleh lagi memberi dividen yang tinggi? Sudah tentu tidak.

Emas berbeza kerana ia di klasifikasikan sebagai “safe haven asset” atau “hedging” kepada pelabur. Dalam keadaan krisis ekonomi global seperti yang kita alami sekarang dan dengan keadaan yang ketidaktentuan ie kadar inflasi yang tinggi, peperangan, harga minyak meningkat, nilai emas akan meningkat kerana pelabur akan beralih kepada emas untuk melindungi kekayaan mereka samada dari kejatuhan matawang atau prestasi syarikat2 di pasaran saham.

#ShuhaidaRamli
HARGA EMAS RETAIL naik RM10 per gram hari ini dari RM300 kepada RM310 per gram

Harga retail ini adalah harga cadangan jualan barang kemas di kedai oleh Persatuan Peniaga Emas Malaysia

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.
Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/shuhaidaramli
[Berita Emas] Emas terus 'tunjuk taring' apabila harga semakin hampir ke rekod tertinggi dalam sejarah.

Harga emas $2054 per auns ketika ciapan ini ditulis
Hari ini nak berkongsi satu ilmu yang berkemungkinan kita dah tahu, tapi kadang2 tanpa contoh tak berapa lekat pemahaman.

Posting selepas ini ialah perkongsian dari rakan dealer. Ini satu contoh matlamat yang beliau tetapkan yang sangat jelas. Dan saya pasti dengan matlamat ini beliau seorang yang konsisten menyimpan untuk mengumpul gram yang besar. Dan saya pasti beliau tunggu harga emas melepasi paras tertinggi dan ini juga adalah masa yang sesuai untuk beliau menggunakan simpanan emas beliau untuk capai matlamat itu.

Sebagai seorang yang memahami nilai emas yang berpotensi meningkat lebih tinggi, saya percaya beliau akan konsisten mengumpul lagi seterusnya.

Bagi saya, tiada keperluan untuk saya jual sekarang jadi saya akan teruskan mengumpul sedikit2 untuk mencapai target gram dan matlamat yang telah ditetapkan. Dalam minda saya ialah saya mahu ada simpanan yang banyak bila harga emas berada pada tahap RM500 per gram.

Yang baru mula, atau yang dah lama menyimpan, pastikan anda tetapkan matlamat dan target gram, juga pastikan anda buat perancangan kewangan supaya anda boleh konsisten menyimpan.

Ilmu juga penting. Jadi saya kongsikan posting rakan dealer supaya kita faham pentingnya kita ada matlamat atau tujuan kita nak capai melalui simpanan emas.

Ingat formula kejayaan simpanan emas yang saya ajarkan iaitu iMTP - ilmu, Matlamat, Target dan Perancangan.

Harap memberi manfaat kepada pembaca. Sila baca posting seterusnya.

https://publicgold.me/shuhaidaramli

#ShuhaidaRamli
Perkongsian Rakan Dealer...

𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Bila harga Emas sedang naik tinggi, kita boleh ambil peluang untuk jual sedikit Emas yang ada ditangan demi capai impian...

Kali ini saya jual lebih 100 gram Emas milik saya sebagai deposit untuk bina 2 buah rumah sewa di tanah yang saya beli 5 tahun yang lalu...

Dulu saya berjaya beli tanah tersebut pun dengan hasil simpanan Emas juga...

Alhamdulillah... Hari ini impian untuk membina 2 buah rumah sewa dengan simpanan Emas semakin hampir menjadi kenyataan...

Itulah fungsi Emas ‼️ Bila sudah cukup gram Emas yang diperlukan, kita boleh alihkan gram Emas tersebut kepada aset yang mampu menghasilkan Passive Income seperti Rumah Sewa 🏠🏠

Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan saya dan isteri untuk membina 2 buah rumah sewa ini secara tunai hasil simpanan Emas kami...

Lepas ini kena fokus simpan Emas lagi sebab ada beberapa impian yang belum tercapai...

Harap yang dikongsikan ini bermanfaat untuk pembaca.

Kepada yang belum mula, klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/shuhaidaramli
Terima kasih semua yang hadir Gold4u Monthly Event Cabutan Bertuah Jan 2022.

Tahniah kepada semua pemenang!!! Semoga ia menaikkan lagi semangat dan motivasi untuk konsisten menyimpan.
KENAPA HARGA EMAS JATUH BANYAK HARINI?

Saya nak bagi update sikit tentang apa penyebab harga emas jatuh teruk dari RM301 ke RM289?

Dalam jangkamasa pendek, harga emas naik turun kerana adanya aktiviti jual beli oleh pelabur-pelabur di pasaran saham. Reaksi pelabur-pelabur menjual/membeli dikaitkan dengan keadaan ekonomi semasa.

Yang terbaru harga emas naik melonjak kerana ketegangan isu geopolitik Rusia-Ukraine dan juga kadar inflasi yang tinggi yang menyebabkan pelabur mengalihkan pelaburan mereka kepada emas sebagai pelindung dari kejatuhan nilai matawang (hedge) atau sebagai aset selamat (safe-haven asset).

Keadaan ini telah melonjakkan harga emas melepasi $2,000 dan harga emas Public Gold berada pada tahap tertinggi tahun ini iaitu RM301 per gram.

Apa pula penyebab harga emas turun? 🤔

Harga emas turun teruk dipengaruhi oleh peningkatan hasil pembedaharaan AS dan sentimen pelabur di pasaran saham yang memilih pula pelaburan aset berisiko di pasaran saham ditengah-tengah kemerosotan harga minyak mentah. Penyusutan ini juga dikaitkan dengan kesediaan Ukraine untuk berkompromi dalam rundingannya dengan Rusia.

Walaubagaimana pun, situasi di Ukraine masih belum pulih dan sentimen pasaran masih terlalu awal untuk ditentukan.

Sememangnya situasi ini sangat “volatile”

Pasaran kembali tenang, kini harga emas sudah berada dibawah USD $2000 per oz. Bagi saya masih positive kerana ia masih berada di paras atas $1900.

Apa yang anda perlu buat? Sekiranya anda mahu topup GAP, masa yang sesuai ialah waktu malam selepas pasaran US dibuka iaitu selepas 10.30 malam. Tak perlu kelam kabut sebab harga emas GAP dikemaskini pada pukul 12 malam.

Sekiranya pergerakan harga menurun, tunggu sehingga GAP dikemaskini dengan harga yang lebih rendah pada pukul 12 malam. Sekiranya pergerakan harga emas menaik, buat belian GAP sebelum pukul 12 malam.

Untuk pembelian emas fizikal tenguk juga pergerakan harga emas, boleh agak juga samada menaik atau menurun dengan melihat pergerakan harga setiap 20 minit.
Kalau tahu baca teknikal graf boleh nampak samada harga menurun atau menaik. At the point of writing, my 4 hourly graph harga emas menurun.

Kenaikan harga emas baru-baru ini, yang dah lama menyimpan dan punya banyak simpanan, ada yang mengambil peluang menjual kepada Public Gold untuk dapat keuntungan dan digunakan untuk mencapai matlamat tertentu.

Ada yang dah lama menyimpan tapi tidak menjual kerana belum ada keperluan atau belum lagi capai target dan matlamat.

Ada yang baru mula, tapi masih membeli untuk tambahkan simpanan mereka. Pada mereka focus ialah pengumpulan gram dan target harga emas bukan RM30x
tapi lagi tinggi dari itu dalam masa 3-5 tahun atau lebih dari itu.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.
Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/shuhaidaramli
Perkongsian rakan dealer yang boleh memberi semangat dan inspirasi buat kita semua. Tak kira berapa banyak kita simpan, yang penting kita belajar cara atau strategi yang beliau gunakan untuk meraih keuntungan. Cuma sebelum kita sampai ke tahap simpanan beliau, kita perlu set matlamat dan target kita sendiri. Harap ini memberi ilmu sedikit dan memberi manfaat kepada semua.

Baca selanjut....

"Secured profit" bila harga emas naik tinggi. Inilah yang dibuat oleh ramai pelabur emas.

Lagi "best" bila adanya Public Gold yang bersedia 100% untuk beli semula "buyback" emas tanpa ada had mahupun kertas kerja yang banyak.

Inilah antara sebab utama mengapa ramai orang beli dan jual emas di Public Gold.

Bila harga emas rendah atau jatuh banyak, semua orang boleh beli tanpa ada sebarang masalah. Manakala bila harga emas naik tinggi atau meroket, semua orang boleh jual tanpa ada sebarang masalah.

Harga emas boleh dikunci "lock price" secara online atau boleh terus datang ke mana-mana cawangan Public Gold. Nak lebih cepat, terus hubungi Introducer Public Gold masing-masing. InsyaAllah mereka akan bantu sebaiknya.

Inilah yang berlaku pada premium customer saya. Belian emas 1kg (1ketul) dan 250gram (2 ketul) pada Mac 2021 telah membuahkan hasil yang lumayan. Teori beli dan tunggu digunakan dalam pelaburan emas. Bukan tunggu untuk beli ya. Haha!.

Bulan Mac 2022, harga emas melonjak sangat tinggi. Jadi saya syorkan kepada beliau untik "secured profit" dengan menjual emas yang dibelinya 1 tahun yang lalu. Setelah tambah, tolak, darab dan bahagi, untung yang dapat sekitar 54k Terus beliau cakap okay. Hihi!.

Simpan 1 tahun dapat untung 54k atau bersamaan 15% di waktu ekonomi yang tak menentu. Okay ke okay gais?

Inilah "real case study" pelabur emas dibawah bimbingan saya. Bukan biasa-biasa gais.

Jadi, kepada semua yang di luar sana, jom sama-sama kita simpan emas sebagai aset / simpanan dan pelaburan di masa depan. Ingat, beli dan tunggu. Bukan tunggu untuk beli.

Kongsikan pengalaman ini dengan orang lain. Moga lebih ramai yang simpan emas dengan selamat bersama Public Gold.

Nak tahu lagi, lekas klik https://publicgold.me/shuhaidaramli

#AmazingJE24K #emasviral #publicgold #gold #goldsaver #goldinvestor