GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
728 subscribers
2.6K photos
360 videos
2 files
1.32K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
Pelbagaikan pelaburan anda dengan pelaburan emas.

Seperti yang saya pernah tulis dalam posting sebelum ini, anda perlu review balik portfolio perlaburan anda dan pastikan ia dipelbagaikan dan ia masih “relevant”, lebih-lebih lagi semasa ekonomi dunia berada pada tahap kadar inflasi yang sangat tinggi.

Bercakap berkenaan kepelbagaian pelaburan (“diversification of investment”), ia bermaksud kita perlu mempelbagaikan instrumen pelaburan dari kelas aset yg berbeza untuk mengimbangi dan mengurangkan risiko.

Sekiranya kesemua pelaburan anda masih dalam kelas aset yang sama, pada saya anda belum lagi capai maksud “diversification” dan ianya berisiko lebih tinggi, kerana sekiranya satu jatuh semuanya akan turut jatuh.

Contoh analogi ialah dalam diet anda sekiranya anda sudah mempelbagaikan makanan anda utk mendapat manfaat yang optimal untuk kesihatan anda, tetapi kalau semua yang dipelbagaikan adalah dalam kategori makanan yang sama anda belum lagi lah capai “diversification”.

Contoh dalam diet makanan anda hanya ada telor, ayam, oats, keju, yogurt, susu sahaja tak cukup sebab anda hanya ada diet protein.

Sama seperti pelaburan, selalu kita sering dengar berkenaan “diversification” dalam pelaburan… pastikan pelaburan yang anda buat tidak hanya dari satu kelas aset saja.

Sebagai contoh, anda membuat pelaburan crypto, sekiranya semua dipelbagaikan dalam crypto kategori saja, bila satu jatuh, high chance semua akan jatuh.

Saya pernah menasihatkan seorang pelabur crypto yang sangat barjaya, supaya keuntungan yang banyak diperolehi jangan biarkan ia dalam bentuk matawang, kerana nilai matawang merosot dalam sesuatu jangkamasa, instead, alihkan sedikit kepada kelas aset yang berlainan iaitu emas. Nasihat saya emas adalah aset / harta, bila dah dapat banyak keuntungan dari pelaburan crypto labur pula kepada harta iaitu emas kerana nilainya berkembang dan ia juga pelindung dari kejatuhan matawang.

Saya berpendapat sekiranya portfolio pelaburan seseorang tidak ada pelaburan dalam kelas aset emas, sangatlah rugi lebih-lebih lagi semasa krisis ekonomi global sekarang.

Kenapa saya cadangkan emas kerana ia amat relevan sekarang dengan keadaan ekonomi dunia berada pada tahap kadar inflasi sangat tinggi dan tidak terkawal.

Bila keadaan ini berlarutan, pelabur besar akan beralih kepada emas untuk melindungi kekayaan dan kuasa beli mereka.

Harap dapat sesuatu.

#ShuhaidaRamli
#pelaburanemas
#Bitcoin
#Altcoin