GOLD4U SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
722 subscribers
2.66K photos
363 videos
2 files
1.34K links
Pelbagaikan Portfolio Simpanan dan Pelaburan Dengan Aset Kelas Emas.

Channel ini ditubuhkan utk memberi maklumat terkini dan tips berkenaan simpanan dan pelaburan emas.
Download Telegram
August 2, 2024
August 2, 2024
Tahniah to all my Top Producers for month of June 2024!!!, 3rd month of Financial Year 2024/2025.

Sila baca message dalam my posting, semoga bermanfaat untuk semua! PM saya jika berminat menjadi Authorised Dealer selaku Public Gold Business Owner

https://www.facebook.com/share/p/u1oHQJEUDSXB1aoq/?mibextid=WC7FNe
August 3, 2024
Gais,

Laporan NFP semalam menunjukkan data pekerjaan US yang lemah.

Data pekerjaan yang lemah bermaksud ekonomi US juga lemah.

Sepatutnya dalam situasi ini, harga emas sepatutnya naik banyak.

Namun reaksi pasaran emas semalam agak unik.

Mula-mula ia mencanak naik, kemudian harga emas jatuh merudum dan kemudian dia naik balik sikit.

Apa sebab reaksi harga emas semalam seperti ini?

Jawapan: Laporan NFP semalam menunjukkan jangkaan pekerjaan 176 ribu pekerjaan manakala data sebenar hanya 114 ribu pekerjaan dicipta pada bulan Julai.

Ini menunjukkan perbezaan 62 ribu (jurang yang sangat besar dan tidak dijangka).

Ini menyebabkan semua pasaran saham US jatuh (tengok gambar), manakala index S&P 500 VIX yang mengukur โ€œpergolakan pasaranโ€ meningkat.

Dalam situasi ini, pelabur dalam pasaran saham berkemungkinan mengalami kerugian, terutamanya jika mereka membeli saham secara leverage.

Bila harga saham jatuh, mereka perlu menambah duit sebagai kolateral pegangan saham.

Jadi pelabur terpaksa menjual pegangan emas (contohnya spot gold, gold etf dan gold futures) untuk mendapatkan tunai segera. Pelabur kena cover kerugian dalam pegangan saham.

Sebab itu harga emas jatuh mendadak.

Selepas tamat tekanan jualan emas, kita dapati harga emas mula pulih kembali (tengok gambar).

Jadi untuk pembeli emas fizikal, sekarang harga emas dilihat menarik kalau nak tambah gram.

Kalau akaun GAP, anda boleh tunggu selepas 12 tengah malam untuk harga GAP refresh kepada RM384 segram.

Harga ini akan kekal sampai jam 6.00 pagi hari Isnin.

Itu sahaja laporan saya.

Sila beli emas dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ

Posting asal https://www.facebook.com/share/p/4XdDXtHgp7jUEcni/?mibextid=WC7FNe

#NotaEmasSyukorHashim
3/8/2024
August 3, 2024
August 4, 2024
August 4, 2024