#NotaEmasNurulFaizzen๐Ÿ’ƒ
402 subscribers
3.11K photos
217 videos
8 files
1.47K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribeโ˜บ๏ธ
Download Telegram
Pesara. HATI-HATIโ—๏ธ

Sudah tentu bukan calang-calang pesara ada simpanan RM9.5 juta. Secara logiknya, bukan calang-calang manusia untuk mudah ditipu. Tapi itulah hakikat yang terjadi. Pemangsa tidak kira siapa mangsa.

Masalah utama orang yang tiba-tiba ada banyak duit ialah tidak bertenang. Bahasa mudahnya ialah kalut. Kalut nak buat apa dengan duit yang banyak.

Maka dia terdedah kepada orang yang suka mengambil kesempatan iaitu penganjur skim cepat kaya.

Kenapa kita selalu kena tipu?

1. Nak cepat kaya.

Kita akan join apa saja pelaburan yang boleh memberikan pulangan segera.

2. Tiada ilmu.

Asal saja menjanjikan pulangan lebih baik dan segera, tak faham pun tak apa, join dulu. Lagi cepat join lagi bagus, lagi cepat kaya.

3. Tamak.

Apabila tamak, kita akan abaikan logik.
Apabila tamak, kita akan malas berfikir.
Apabila tamak, kita malas dengar nasihat.
Apabila tamak, kita takkan serik.

Pemangsa tidak akan berhenti. Berita orang kena tipu dengan skim pelaburan ni akan berulang lagi hampir setiap bulan. Mereka tahu ramai lagi manusia yang ada duit, nak cepat kaya, tamak dan bodoh.
(credit to Azrul Ibrahimi)

RM9.5juta boleh dapat hampir 23KG EMAS!
๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€435 435 ๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€

Harga emas RM435 tertinggi direkodkan untuk tahun ini.

Hari ini ATH melepasi USD 2800 per ounce break harga emas sebelum ini RM428 per gram (18/1/25).

Kenapa tiba-tiba naik?

Kesan daripada ancaman Donald Trump untuk kenakan tariff kepada negara2 lain. Bacaan lanjut di sini.

https://pune.news/international/gold-soars-to-all-time-high-as-trump-tariff-fears-drive-safe-haven-demand-298597/

Tahniah yang konsisten saving emas. Tahniah nilai dah bertambah. Fokus pada gram kita berjaya!
Salam semua
Happy 1st Feb 25 ๐Ÿ˜Š

Harga emas meningkat RM3/gm

Harga Emas Public Gold GAP
RM438 = 1gram
RM219 = 0.5gram
RM100 = 0.2283gram

Terendah: RM409/g (JAN 2025)
Tertinggi: RM438/g (FEB 2025)

Kemaskini: 01-02-2025
Gais.

Malam nie kita menyaksikan harga emas tertinggi dalam sejarah.

Tahun lepas harga harga emas mencapai $2,790.07/ Oz  (30 Oktober 2024)

Pada waktu itu harga emas naik disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk ketegangan geopolitik dan ketidakpastian ekonomi menjelang pilihan raya presiden A.S.

Pada malam ini kita melihat harga emas mencecah $2806.95 /Oz.

Apa sebabnya?

1. Kadar inflasi di US masih tinggi iaitu 2.8% (berbanding target 2% oleh US Federal Reserve).

2. Inflasi yang tinggi menyebabkan pelabur memilih untuk membeli emas kerana emas adalah pelindung nilai apabila inflasi tinggi.

US Federal Reserve juga membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah 4.25% to 4.5%. Presiden Trump tak puas hati kerana beliau mahu kadar faedah diturunkan.

3. Selain itu, faktor Donald Trump juga menyumbang kepada kenaikan harga emas.

4. Ini kerana Trump mengancam mengenakan tariff terhadap banyak negara contohnya China, Kanada, Mexico dan European Union.

5. Terbaharu adalah ancaman tariff yang sangat tinggi iaitu 100% kepada negara-negara BRICS (jika mereka mewujudkan matawang sendiri yang bersaing dengan USD)

6. Ancaman tariff menyebabkan ketidaktentuan dan kerisauan pasaran. Jadi harga emas turut naik.

7. Jadi dalam situasi sekarang, kenaikan harga emas sangatlah positif.

8. Selagi pasaran tidak bertenang dan inflasi di US masih tinggi, maka kita akan melihat harga emas akan meneruskan pendakian.

9. Harga emas Public Gold hari ini (31/1/2025) telah mencecah 436.70 segram.

10. Untuk penyimpan emas jangkamasa panjang, fokus untuk konsisten dalam jangka masa panjang.

11. Selamat menyimpan emas dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ.

#NotaEmasSyukorHashim
31/1/2025
Alhamdulillah, masih kekal Top Producer bulan December.

Terima kasih kepada mentor-mentor emas Tuan Syukor Hashim & Jonaina Nordin, Tuan Shamsuddin Kadir, rakan-rakan dealer #PG1M yang sentiasa bagi semangat dan berkongsi ilmu. Terima kasih kepada semua gold savers Faizzen, suami, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa support.

Public Gold sudah ada lebih 1.55 juta orang memiliki akaun emas di Public Gold dan kini menembusi pasaran Indonesia. Yang belum mula simpan emas, jom berazam untuk tambah simpanan tahun 2025 ni๐Ÿ’ช

www.wasap.my/60195697673/NaksimpanemasRm100
Baru selesai sort senarai nama yang join lucky draw New Year under bimbingan saya.

Best weyyy!
Korang simpan emas, Emas korang dapat. Mana yang bertuah tu, siap dapat lagi hadiah 0.5gram goldbar dari saya.

Bayangkan dapat 0.5gram goldbar freeee! Siapa yg tak nak kann..

Nak jadi penyimpan emas saya? Klik sini, terus register. Percuma je. Nt saya contact balik utk bimbingan ok!
https://publicgold.me/cnf
Tetapkan matlamat simpanan dan teruskan menabung secara konsisten ๐Ÿ˜Š
Welcome on board my new Public Gold dealer, Puan Afiqah Hadirah

Tahniah!
Public Gold GAP
RM 100 = 0.2294 gram
RM 436 = 1.0000 gram

Harga GAP ๐Ÿ”„ Tidak Berubah

Terendah: RM 409 (1 Jan 2025)
Tertinggi: RM 438 (1 Feb 2025)

Dikemaskini: 3 Feb 2025
SAYA MINAT DUIT SAHAJA, EMAS TAK MINAT.

Begitulah yang sering terjadi kepada yang belum mula simpan emas.

Saya faham.
Saya pun sama juga, dulu.

Sebenarnya, bukan tak minat.
Cuma belum faham kenapa kita kena ada emas sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Salah satu sebabnya, emas ni tak nampak nombornya!

Sedangkan bagi yang faham, ada emas ada duit!

Kat mana nombor emas?
Dekat mana lagi kalau bukan gramnya!

Kita boleh tengok pada 1 gram emas, makin meningkat nilainya.

Tahun 2000 = R M 35
Tahun 2008 = R M 95
Tahun 2016 = R M 170
Tahun 2021 =R M 269
Tahun 2023= RM 335

Duit kertas pula?
Setiap 1 ringgit, nilai makin jatuh.

Tahun lepas = 80 sen
Tahun ini = 70 sen
Tahun depan = 60 sen.
Lagi 5 tahun mungkin 20 sen.

Sekarang, antara emas dan duit kertas yang mana lagi berbaloi disimpan walaupun keduanya adalah duit?

Duit kertas untuk simpanan jangka masa pendek, emas untuk jangka masa panjang ๐Ÿฅฐ

Kredit: Syafiqah
SET MATLAMAT SIMPANAN

Ada yang simpan emas segram, lepas tu tidak buat simpanan lagi.

Selalunya jadi seperti ini sebab mereka tidak ada matlamat yang jelas "mengapa mereka simpan emas".

Matlamat perlu jelas dan logik "kenapa simpan emas?".

Kalau harapkan simpan emas ni boleh jadi kaya dengan cepat, bukan emas lah tempatnya.

Simpan emas tidak janjikan kita boleh jadi kaya, tapi yang pasti kita tidak jatuh miskin.

Simpan emas biar kita ada matlamat yang jelas, bukan hanya sekadar ikut-ikutan semata, akhirnya kita juga yang lemas tak tahu nak buat apa.

Sebenarnya emas ni hanya salah satu daripada alat kewangan yang lain, dan ia ada fungsinya yang tersendiri mengikut matlamat kita masing-masing.

Apakah fungsi yang boleh kita jadikan emas sebagai alat yang bermanfaat bagi kita?

1. Sebagai simpanan hari tua

Usia kita semakin lanjut (tua), bukannya semakin muda. Untuk menjamin masa tua kita kelak, kita perlu ada duit simpanan. Tapi aku yakin manusia dengan duit selalunya kalah dengan emosi belanja. Jadi tak sempat nak menyimpan sampai tua, habis duit tu kita belanjakan.

Untuk pastikan kita boleh berjaya menyimpan, cuba kita tukar cara simpanan kita daripada simpan tunai kita cuba simpan emas. Insyaa Allah aku yakin pasti berjaya.

2. Sebagai Modal beli Rumah Pertama

Nak beli rumah modalnya agak besar. Kalau nak bayar "downpayment" pun paling kurang 10%. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai simpanan untuk modal beli rumah.

Bila jumlah simpanan emas kita dah banyak dan cukup untuk buat modal beli rumah, masa tu kita boleh samada jual atau pajakkan sementara untuk dijadikan sebagai modal.

Kalau simpan tunai belum tentu cukup untuk kita buat modal beli rumah, dan sampai bila-bila pun kita tak ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menyewa selamanya kan..

3. Sebagai Modal Kahwin

Kalau yang masih bujang, jadikan emas ni sebagai simpanan belanja untuk majlis kahwin atau selepas kahwin nanti.

Aku juga pernah rasai pengalaman bujang simpan duit tapi, duit tak pernah lekat. Asyik belanja yang bukan-bukan saja. Last-last merana simpanan tak ada.

4. Sebagai Modal buat Umrah

Jadikan emas sebagai modal pergi umrah. Cukupkan simpanan emas yang menyamai nilai untuk pergi umrah, boleh jual masa tu untuk bayar kos pergi umrah.

Letakkan matlamat kita simpan emas untuk tunaikan umrah dulu, nak pergi haji tak tahu ada rezeki ke tidak.

Macam sekarang ni, mungkin dua atau tiga tahun lagi baru kita boleh pergi buat umrah, jadi simpanlah emas dari sekarang.

5. Sebagai Dana Pendidikan Anak

Emas sangat bagus dijadikan sebagai dana pendidikan anak kita yang masih kecil. Sebab dana pendidikan tu bukan simpanan jangkapendek tapi ia jangkapanjang.

Kalau simpan duit tunai untuk jangkapanjang kurang bagus sebab nilai simpanan kita tu sebenarnya semakin kecil kuasa belinya untuk jangkapanjang.

Tapi emas dapat selamatkan nilai simpanan kita. Emas ni kalis inflasi, nilainya kekal sampai bila-bila.

Ini antara matlamat yang sempat aku tulis disini. Setiap orang matlamatnya berbeza.

Jadi letaklah matlamat simpanan emas mengikut keperluan masing-masing, insyaa Allah.
Sebab itu saya tak join apa apa pelaburan atau bisnes walaupun duta dia adalah artis mahupun Dr. Sebab mereka dibayar tinggi

Scammer makin bijak. mereka akan cari artis influencer dan orang kenamaan untuk launch produk dan jadi duta mereka. kita tak boleh mudah mudah percaya.

Baru ni ada syarikat umrah yang scam orang ramai. saya dah jangkakan memang akan ada masalah sebab dia mampu banyak influencer untuk buat marketing dan ajak orang ramai join.

Sama juga jika ada orang promote sesuatu benda terutama melibatkan produk kesihatan. kadang kadang ia bukannya honest review.

macam kes kat bawah ni mereka bayar RM400,000 untuk bayar selebriti jadi duta untuk syarikat perunding kewangan. semua mangsa mereka bukan orang senang. mereka terjerat kewangan dan kena tipu pula. sudah jatuh ditimpa tangga.

Bukan semua tetapi ada sesetengah yang ambil kesempatan. scammer makin bijak. jadi kita kena hati hati.

saya share sebab saya tak nak kalian terkena. saya juga kesian kepada mereka yang dah terkena. mereka bukan orang senang. scammer ni memang suka ambil kesempatan atas kesulitan

Paling mudah saya tak akan join jika bukan pakar kewangan bertauliah yang rekemen.

ikhlas,
Adam Fahmi Ghazali