#NotaEmasNurulFaizzen💃
402 subscribers
3.1K photos
217 videos
8 files
1.47K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
Tips kewangan anak muda

Moga bermanfaat

1. Bila mula kerja, jangan beli kereta sampai separuh gaji kita, tetapi mula lah dengan simpan 3 ke 6 bulan gaji kita

2. Sebagai permulaan dalam membina kewangan, set kan matlamat sejelas-jelasnya. Sebab bila kita ada matlamat yang jelas, kita tahu apa yang kita nak capai dan kejar. Selalu ada rasa nak upgrade diri dan keluarga.

Contoh, anda nak beli rumah dalam masa kurang 5 tahun, jadi mula buat kira-kira berapa simpanan yang perlu disimpan setiap bulan, berapa deposit, berapa bayaran bulanan, dan banyak lagi.

3. Anak muda yang baru kerja atau yang baru bermula, jadikan 3 tahun pertama ini sebagai tahun untuk membina kewangan. Kawal perbelanjaan, kawal nafsu berbelanja, kawal beli barang kehendak secara berlebihan dan pastinya ia sukar untuk dilakukan bila kita masih belum cuba.

4. Tukar kan hobi dari banyak membuang masa, melepak, dan aktiviti yang banyak menghabiskan duit kepada aktiviti yang boleh jana pendapatan kedua kita. Sekarang zaman semakin canggih bila kita boleh buat bisnes online, grab car, agent dan macam-macam lagi.

#tipskewangan #tipsanakmuda #kewangan #simpananemas