#NotaEmasNurulFaizzen💃
401 subscribers
3.11K photos
217 videos
8 files
1.47K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
#TabungDiri

"Barang sekarang semua mahal bro, mana ada yang murah".

Memang benar, barang semakin tinggi harganya sekarang ini.

Selain harga barang mahal, tanpa kita sedar gaya hidup kita juga semakin mahal sebenarnya.

Kita masih lagi 'cuba cuba' beli kopi yang harga RM18 secawan sedangkan ada saja kopi yang RM2.80 secawan.

"Reward diri bro, kerja susah susah kenalah hadiahkan diri seminggu sekali".

"Duit banyak bukan boleh bawa mati"

"Jangan kedekut sangatlah hidup ini"

Kawan kawan,

Ada banyak cara reward diri yang baik dan tambah harta yang kita ada. Bukan kurangkan apa yang ada.

Nilai kembali gaya hidup kita, kita jadi tidak kaya sebab barang mahal atau kita memang sukakan barang mahal mahal?

Gegadis memang suka jual mahal, mereka nak tengok mahal tak usaha kita menawan hati mereka. Gittew 😎

Azizul Azli Ahmad
Jangan Menang Gaya Tetapi Hidup Papa Kedana
#TabungDiri

"Saya nak pakai kereta macam orang lain juga bang"

"Gaji RM1200 nie kalau pakai kereta memang tenat la, duit untuk mak tak ade, menumpang dengan mak ayah sahaja jadinya nanti. Paling sedih kita tak akan ada simpanan"

"Dah gaji kecil bang, memanglah tak boleh menyimpan"

"Jika gaji RM1200 x 12 x 5 tahun kerja, adik ada pendapatan RM72,000. Jika 10% iaitu RM7200 pun tak boleh simpan, menyesal pun tak guna dik!"

"Mana cukup nak menyimpan?"

"Hidup ini, kita yang cukupkan bukan nanti orang cukupkan buat kita. Gaji RM5000 pun tak cukup jika tak bijak merancang dik"

"Sembang boleh la bang"

Kawan kawan,

Hidup kalau tak merancang, memang akan kekal selamanya kita terperangkap dalam 'Rat Race' sahaja. Pergi kerja dan balik kerja tapi tiada simpanan.

Belajar sikit bab menyimpan untuk masa depan.

Azizul Azli Ahmad