#NotaEmasNurulFaizzen💃
402 subscribers
3.1K photos
217 videos
8 files
1.46K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
"𝗕𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗸𝗲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗠 𝟭𝟬𝟬 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀!"

Ya, saya selalu syorkan pada mereka yang ada bajet rendah (RM100-RM 300) ,gunakan kaedah #AkaunEmasGAP bagi simpan emas. GAP ni maksudnya Gold Accumulation Program.

Ini antara beberapa kelebihan simpan emas menggunakan akaun emas GAP Public Gold

1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram harga semasa.

2. Boleh simpan emas di Public Gold secara percuma. Boleh beli bila-bila masa sahaja dan tiada had jumlah emas yang dibeli.

3.Tiada yuran simpanan dikenakan dan tiada tarikh luput.

4. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa.

5. Boleh keluarkan emas fizikal minima 1gram atau sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.

6. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa. Sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai ( jual balik ).

7. Baki minima ditinggalkan untuk kekalkan akaun status aktif cuma 1 gram.

8. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual pun secara online.

9. Akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga disediakan.

10. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Ini adalah kaedah simpan emas yang mudah, murah dan patuh Syariah di Malaysia.

Berapa banyak simpanan anda masa hadapan bergantung kepada berapa banyak anda simpan sedikit-sedikit hari ini
APA ITU 'BENCHMARK' HARGA EMAS?

'Benchmark' adalah perkataan Inggeris kepada tanda aras. Iaitu harga pertama-tama sekali kita membeli emas.

Sebagai contoh, hari ini harga emas per gram adalah RM265. Siapa yang pertama kali membeli pada hari ini, inilah harga tanda aras kalian.

Tidak kiralah belian anda hari ini hanya RM100 secara buka #AkaunEmasGAP sekalipun, 'benchmark' anda tetap RM265 per gram emas.

Bagi yang pernah membeli sebelum ni, boleh semak semula tarikh pembelian pertama anda, catitkan harga pada hari itu sebagai 'benchmark'.

PENTING SANGAT KE 'BENCHMARK' NI?

Penting! Bila anda sudah ada 'benchmark' anda sendiri, jadi anda boleh monitor sama ada harga emas mahal atau murah berdasarkan tanda aras anda tadi.

Tidak la kita tertanya-tanya "Harga emas murah ke hari ini?" "Macam mahal je harga sekarang, patut ke aku beli?"

Dan setiap kali membeli, kita boleh catitkan berapa harga per gram bagi hari tersebut, dan berapa gram belian kita.

Next, kita akan boleh kira berapa 'averaging cost' atau purata harga per gram emas yang kita beli dalam masa setahun.

Harga hari ini amat baik untuk yang nak jadikan sebagai 'benchmark'. Sebab masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga tertinggi emas setakat ini iaitu RM304/gram pada 7 Ogos lepas. Beza RM39 per gram!

Kredit: Azrul Nizam