#NotaEmasNurulFaizzen💃
396 subscribers
3.14K photos
220 videos
8 files
1.49K links
Assalamualaikum. Channel ini dibuat untuk perkongsian ilmu-ilmu emas, info harga emas terkini dan info tentang promosi emas dari Public Gold. Jom subscribe☺️
Download Telegram
Gais.

Hari Jumaat ini jam 10.00 pagi, saya akan buat FBlive untuk berkongsi ilmu emas dan info semasa dengan anda.

Maklumatnya adalah seperti berikut:

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas.
Hari / tarikh: Jumaat 29/3/2024
Masa: 10 pagi
Lokasi: FB page https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Saya akan kupas isu-isu semasa yang menggerakkan harga emas untuk bulan Mac dan April.

Selain itu, saya juga akan buat promosi belian, promosi menjadi dealer Public Gold serta cabutan bertuah menang emas.

Bagaimana cara menonton FBlive ini?
Senang aja.

Anda terus ke FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Anda boleh ajak rakan-rakan untuk datang menimba ilmu emas di FBlive saya.

Jumpa Jumaat nanti!

Syukor Hashim
#NotaEmasSyukorHashim
China meningkatkan import emasnya pada kadar tertinggi.

Tanda bahawa China sedang bersedia untuk berperang?
Harga emas tinggi hari ini, saya datang ke branch Public Gold untuk jual balik emas-emas yang rosak dan emas-emas lama dengan harga yang tinggi.

Harga hari ini adalah harga belian balik tertinggi dalam sejarah. Untuk semua jenis barang kemas 916, Public Gold akan beli dengan harga RM301/gram manakala untuk emas 999.9 jenama selain Public Gold RM329/gram.

Untuk semua jenis gold bar dan dinar keluaran Public Gold yang berketulenan 999.9 atau emas 24 karat akan dibeli balik hari ini dengan harga RM335/gram. Sangat tinggi harga belian balik hari ini.

Saya masih ingat, kali pertama saya beli emas pada tahun 2015 hanya RM140/gram. Kalau jual balik hari ini saya akan dapat lebih dua kali ganda keuntungan.

Kalau beli gold bar 1 kilogram tahun 2015 dulu RM140,000, jual balik hari ini dapat RM330,000.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold
Harga emas tengah mahal. Paling mahal dalam sejarah.

Ambillah peluang jual emas-emas lama yang dah patah, putus, kemek, bengkok kepada PG. Semua jenis dan semua jenama emas pun PG terima. Asalkan emas tu tulen.

Datang terus ke mana-mana branch #PublicGold terdekat esok.

Yang belum ada akaun Public Gold, boleh daftar percuma di sini:
https://publicgold.me/cnf/akaun-gap
Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat saya sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain dari itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic! #TipKayaDenganEmas
Summary dari FB live Tuan Syukor Hashim (29 Mar 2024)

Dalam gambar di atas adalah isu-isu semasa yang mempengaruhi pergerakkan harga emas.

1. US inflation data 29 Mar, 8.30mlm
PCE (personal consumption expenditure) price index - mengukur kadar inflasi US makin naik atau turun. Market akan buat interpretation either harga emas akan naik or turun berdasarkan US inflation report.

Inflasi makin tinggi, gold price⬆️ but there's possibility interest rate cut akan berkurang, gold price⬇️


2. Interest rate cut expectation
Kalau interest rate ⬆️ pelabur lebih tertarik dgn instrument berkaitan kadar faedah i.e; treasury bond, bills sebab pembeli bon akan dpt return yg tinggi.

Bila interest rate dijangkakan akan di potong 3 kali dlm tahun 2024, instrument ni jadi kurang menarik. It makes gold looks interesting. Hence, world's gold price will goes up, even interest rate belum cut. Market will react faster than actual news.

Di Malaysia, kita dapat keuntungan harga emas naik kesan dari interest rate cut expectation

3. NFP Report
Sekiranya bilangan pekerjaan dihasilkan lebih banyak dari jangkaan, bermakna ekonomi US makin kukuh, gold price⬇️ Report NFP akan keluar setiap bulan, hari jumaat minggu pertama

4. Exchange rate USD vs RM
Pelabur emas di Malaysia untung lebih banyak compare US sbb exchange rate - RM lemah berbanding USD menyebabkan apa-apa saje barang disebut dlm USD akn jadi mahal. Emas disebut dlm USD.

20.41% very good return! Perlu tak teruskan melabur?

Yes. currency Msia masih lg lemah berbanding 1 USD = Rm4.73

Semoga bermanfaat ❤️
Walaupun harga emas dianggap mahal pada satu-satu masa, saya tak pernah cakap "jangan beli sekarang sebab harga tengah mahal".

Sebab saya sendiri pun tak tahu "how high is high".

Walaupun harga emas RM340 segram bulan lepas (Februari 2024) sebenarnya paling mahal dalam sejarah, tapi bulan Mac 2024, harga RM340 bukan lagi dianggap mahal.

Bila harga emas cecah RM366 hari ni, harga RM340 dah dianggap murah!

Ada yang beli bulan lepas dan jual bulan ni pun dah untung, khususnya yang beli item gold bar 250 gram dan 1 kilogram.

Kalaulah saya nasihatkan jangan beli emas pada harga RM340 (bulan lepas) dan lebih baik tunggu dulu, dah tentu-tentu saya akan dipersalahkan...

Jadi saya kena bersikap jujur sahaja yang saya sendiri tak tahu tentang keadaan sebenar harga emas dalam jangka pendek.

Nasihat saya cuma satu, kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, bila-bila masa pun sesuai beli emas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm ada naik turun. Kalau jangka panjang, confirm akan naik disebabkan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit.

Apa pun keadaan harga emas, yang paling utama ialah dah berapa gram emas yang dah kita ada?

Siapa ada lebih banyak emas, dah confirm dia lebih kaya dari sebelumnya. Tak perlu bimbang tentang harga. Kenaikan harga emas hanyalah persoalan masa sahaja.

#TipKayaDenganEmas