Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
223 subscribers
6.36K photos
333 videos
9 files
1.8K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
#TabungSimpanan

Gais, azam tahun lepas nak cari berat badan yang ideal da tercapai.

Di awal Tahun 2021 ni kita kasi tukar. Kita sama sama gemokkan tabung simpanan pula.

Kredit : Tuan Dr Azizul #AbahQilah

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K
#MasaItuEmas #EmasItuDuit
#PublicGold #PGJB
#TabungSimpanan

Berapa banyak gaji bukan penentu kita ada banyak simpanan.

Urus nafsu belanja InShaAllah boleh ada simpanan.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #AmazingJE24K
#BelanjaSecaraBerhemah
#satubulansatugram #satukilosatukeluarga
#TabungSimpanan

RAHSIA SILVER

Selain emas, silver pun tak kan dilupakan.

Sisthur Anis ingin bongkarkan rahsia besar silver.

Jika anda tahu rahsia ini, anda mesti suka dengan silver.

First sekali, silver pernah digunakan sebagai wang di USA, selain emas.

Pada tahun 1792, kerajaan Amerika telah menetapkan harga nisbah emas kepada perak adalah 15:1

Sepanjang abad ke 20, nisbah harga emas kepada perak adalah 47:1

Namun hari ini, nisbah harga emas kepada perak adalah sangat jauh iaitu 76:1

Maksudnya, silver is way too undervalue.

Harga sekarang pun baru 27.040 USD per Oz. Harga tertinggi perak, ia hampir menjangkau USD50 per Oz.

Jika anda ada duit yang boleh simpan untuk 5 tahun ke atas, get yourself a silver.

Potensi harganya naik adalah lebih besar.

Kalau tuan puan tanya sis pasal silver maka jawapannya adalah "emas sis simpan, silver pun sis simpan"

Public Gold ada menjual silver bar. Saiz yang ditawarkan adalah 250g, 500g, 1kg dan 5kg.

Beli ikut kemampuan.

#SisthurAnisPublicGold
#StarBrilliant #KITeam #AmazingJE24K
#publicgold #silver999
#TabungSimpanan

BUAT APA DUIT MORATORIUM?

1. Buat simpanan Dana Kecemasan.

Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan.

Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja.

Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.

Jika masih ada gaji, guna duit gaji . Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan.

Guna bila kecemasan sahaja!

Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan!

2. Boleh bayar baki hutang kad Kredit.

Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat.

Mengapa kad kredit?

Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya.

Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.

3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu.

Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan.

Jika setahun ia jadi 15.7% . Tinggi gila juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali dirumah kita.

4. Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya.

Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000.

Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada.

Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah.

Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti.

5. Laburkan kembali, bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba.

Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur disitu.

Jika ini pelaburan pertama anda,

"saya ikut sifoo nie melabur bang. Bayar RM3000 sahaja dapat beli rumah" .

Baik lupakan sahaja, ini bukan masanya.

Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.

Kredit : Dr Azizul Azli
#TabungSimpanan

SIMPANAN RM100K DIUSIA 27 TAHUN

Assalam Tuan, Saya nak share planning Kewangan saya.

Alhamdulillah berkat perkongsian kewangan dari Tuan Saya dah berjaya capai Simpanan RM100K yang pertama pada usia 27 Tahun.

Saya hanya seorang Pekerja Kilang sahaja (Technician) Pendapatan sebulan (RM3,500-4,500) Sahaja.

Simpanan Emas dengan Nilai sekarang RM64,000
Simpanan ASB RM36,000

Saya juga dah pun memiliki rumah pertama sendiri pada usia 23 Tahun nilai hartanah semasa saya beli RM256K, Tetapi saya buat full loan asbab baru mula bekerja.

Total RM268K. Kini Nilai hartanah yg saya beli RM350K.

Selama hampir 6 tahun saya bekerja saya ada motor sahaja kemana saya pergi dengan motor je,

Tahun ni baru saya rasa perlu ada kereta sebab bakal isteri saya baru habis pengajian bulan 7 ni untuk memudahkan pergi kerja dan saya rasa pun memang perlu sebab tahun hadapan saya plan untuk berkahwin.

Saya Ambil Bezza 1.0G sahaja dengan bulanan RM412, ikutkan hati mahu ambik Vios 2024/S70 dengan bulanan RM900,

Tetapi teringat banyak posting dari Tuan, Kereta ni nak ke Point A ke B sahaja. Taubat terus, Terima Kasih banyak sedarkan orang muda macam saya.

Kawan saya semua kereta gah-gah tetapi malangnya kebanyakkan nya menyesal bila nak beli rumah semua terseksa tak lepas pinjaman perumahan dek kerana kereta gahnya tu,

Harap Tuan bagi exposure lagi kepada anak2 muda sekarang ni, Rumah itu penting, Lagi tunggu nak beli selagi tula Nilainya berganda.

Sharing: Dr Azizul Azli