Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
Gais.

Laporan daripada surat khabar KOSMO 🥹
(Tengok link kat atas) 👆🏻

1. Kalau ada syarikat yang offer untung yang tak masuk akal seperti 3% sehari. Lari.

2. Kalau anda tak faham modus operandi sesebuah syarikat yang boleh menawarkan keuntungan dalam pelaburan emas. Takde risiko.
Untung semedang…

Lepas tu agen mereka tak mampu explain business model mereka. Anda cakap hmmmmmmm panjang.

Sebab kalau berlaku apa-apa kat syarikat tersebut , tuan-tuan tahu tak apa yang agen syarikat jawab?

“Saya pun kena tipu jugak 🥹

———-start———

1,500 mangsa rugi RM100 juta ditipu skim pelaburan emas

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan ROHANA MOHD. NAWI�2 Februari 2023, 8:20 am

KOTA BHARU – Menawarkan komisen tiga peratus setiap hari dan dinar emas sebagai ‘um­pan’ untuk menarik orang ramai menyertai skim pelaburan emas.

Tawaran menarik itu menyebabkan hampir 1,500 individu di negeri ini berputih mata apabila mereka bukan sahaja tidak menerima faedah dijanjikan selepas menyertainya pada tahun lalu, malah wang pelaburan berjumlah RM100 juta turut hangus.

Semakan mendapati, syarikat di ibu negara itu sudah menutup operasi pada Disember lalu.

Syarikat itu menawarkan pelaburan tunai serendah RM100 dan menggunakan konsep skim piramid yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda jika berjaya menarik lebih ramai peserta.

Ada orang kenamaan bergelar Datuk dan Tan Sri yang menanggung rugi mencecah ratusan ribu ringgit. Selain itu, kira-kira 300 mangsa pula dari Thailand.

Mangsa, Maziah Abu, 49, berkata, dia dilantik sebagai ejen oleh syarikat itu untuk mencari peserta menyertai skim tersebut dengan modal serendah RM100.

Menurutnya, dia yang tertarik dengan skim itu melabur RM40,000 apabila dijanjikan komisen tiga peratus setiap hari jika dapat mencari ‘downline’.

“Syarikat bayar RM20,000 sepanjang tiga bulan saya me­nyertai skim itu. Apabila mereka membayar semula modal, saya percaya ia berhasil. Bagaimanapun selepas itu, tiada pembayaran dibuat walaupun saya menarik ramai peserta dari Kota Bharu dan Pasir Mas.

“Ramai peserta mula mendesak kerana wang mereka lesap. Ada yang melabur sehingga RM200,000. Saya tidak tahu bagaimana hendak bantu, saya pun jadi mangsa,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Maziah yang juga peniaga berkata, syarikat terbabit menjanjikan keuntungan dan dinar emas dalam tempoh tiga bulan, sebaliknya dua individu yang menguruskan skim tersebut ­hilang.

Jelasnya, syarikat menggunakan wang pelabur untuk membeli emas dan dijual semula apabila harga logam tersebut naik dan berkongsi keuntungan de­ngan peserta, malangnya wang modal itu lebur.

Seorang lagi mangsa, Fauziah Yacob, 50, berkata, dia tertarik dengan skim itu kerana insentif yang ditawarkan agak lumayan yang mana ia dibayar setiap hari menerusi akaun peserta.

“Pada mulanya, saya melabur RM10,000 dan mendapat untung. Lepas itu, saya tambah wang RM20,000, namun tidak mendapat komisen yang dijanjikan. Dinar emas dan wang tunai yang dijanjikan juga tiada,” katanya.

Fauziah pergi ke syarikat itu di Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu, namun ia sudah ditutup. Ada peserta yang tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu menjejaskan reputasi mereka.

Sementara itu, seorang lagi peniaga dikenali sebagai Halim, 69, berkata, dia gelap mata untuk menyertai skim itu selepas melihat pendapatan seorang ejen mencecah RM1 juta sebulan.

Seorang mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas baru-baru ini.

“Saya melabur RM1,800 dan ejen beritahu dia meraih ribuan ringgit setiap hari selepas mencari peserta untuk melabur. Dia tayang pendapatan RM1 juta. Selepas dipujuk, saya bersetuju.
“Setakat ini saya langsung tidak mendapat bayaran tiga pe­ratus yang dijanjikan,” katanya.
Harga Emas Hari Ini Turun, Peluang Beli di Harga Murah?
Gais,

Ini adalah 5 tips mudah untuk menabung emas dengan mudah, cepat dan selamat.

Tips Pertama - Beli emas fizikal dan pastikan anda dapat emas fizikal dalam tangan.

Sekiranya anda menggunakan akaun simpanan emas pastikan ia patuh syariah dan anda boleh dapat emas fizikal. Contohnya akaun GAP Public Gold.

Sifu saya cakap “If you can’t hold it, you didn’t own it”

Tips Kedua - Beli emas ketika ada duit.

Anda alihkan duit tersebut secepat mungkin ke dalam bentuk emas dan simpan emas itu elok-elok.

Sifu saya cakap “Akaun bank dan beg duit anda hanyalah tempat persinggahan sementara duit. Dia tumpang singgah kejap ajer sebelum meneruskan perjalanan ke shopping mall dan tempat-tempat yang sama waktu dengannya 😄

Tips Ketiga - Beli emas dari syarikat yang boleh dipercayai.

Sebagai contoh, saya dah bersama Public Gold selama 15 tahun.

Sepanjang 15 tahun ini, semua pembeli emas Public Gold dapat emas yang dibeli. Jika ditakdirkan emas yang diposkan kepada anda hilang, Public Gold akan gantikan semula kepada anda sebab dia ada insurans.

Tips keempat - Beli emas dengan duit sendiri, bukan dengan pinjaman.

Saya tak galakkan anda ambil loan semata-mata untuk melabur emas. Ini kerana loan ada interest dan jika ia terlalu tinggi maka tak berbaloi. simpan dengan duit gaji anda atau pendapatan sampingan anda.

Tips kelima - Beli secara konsisten dan istiqamah. Ini sangat penting sebab ia akan menyebabkan emas anda bertambah banyak.

Ingat. Emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Biasanya 3 tahun ke atas, sehingga melebihi 10 tahun.

Saya pernah jumpa orang yang hangat-hangat tahi ayam dalam menyimpan emas. Orang ini biasanya ada bawah 5 gram, lepas tu sudah surrender.

Ini merugikan kerana simpanan emas ini boleh membantu anda di masa hadapan. Contohnya dana beli rumah pelaburan @ shoplot, tanah atau dana pendidikan anak.

Semoga 5 tips simple tapi padu ini membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik.

Sila share jika bermanfaat.

“Emas Ada Aura”

Anisah Salleh,
Pembimbing Emas Pilihan Anda.☺️
Dah 3 tahun berkerja tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada?

Berhenti buat perkara yang sama.

Tukar cara menabung.
Pilih tabungan yang mana, bila kita tengok kita ada rasa sayang dan tak mudah belanjakan begitu saja.

Dari pengalaman SA sendiri, bila dah tau baiknya menyimpan ni.

Memang teruja betul kalau dapat menyimpan setiap kali gaji. Simpan di ASB memang confirm tak usik, untuk masa depan katanya.

Dah namanya duit, memang confirm emosi itu selalu kena jentik.

"Ambil sikit, nanti ganti balik."

Memang betul lah tu.
Ambil sikit-sikit, cuma akhir nya bukan sikit, ambil banyak-banyak!

Sebab tu simpanan bukan makin gemuk tapi makin kurus.

Jadi, tukar kan cara menyimpan tu dengan EMAS.

Dan buat konsisten.

Sebulan 1 gram pun ok. SA percaya, dalam sedar tak sedar 'duit' kita tu akan bertambah dari masa ke masa.

Apa yang perhati sejak 6 tahun lepas, memang ramai yang berduit bila dah simpan emas, cuma yang menyedihkan, begitu ramai yang tak berduit bila dah simpan duit.

Jadi bermula awal simpan emas ya.

“Emas Ada Aura”

Anisah Salleh,
Belajar Simpan Emas Sejak 2017.😊