Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.54K photos
338 videos
9 files
1.82K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
AMBIL PELUANG LOCK EMAS FIZIKAL YANG BESAR WAKTU HARGA EMAS JATUH!

250gm untuk dana pendidikan anak-anak masuk universiti

250gm untuk tambah dana persaraan selain wang KWSP

250gm untuk portfolio diversification

250gm untuk modal pusingan bisnes

Atau simpan 250gm untuk apa2 matlamat kewangan anda 💪🔥🔥

Bulan lepas ramai yang ambil peluang lock 250gm & 1kg waktu harga RM282/gm, this time harga drop RM276/gm, mungkin anda pula orangnya, jom SA bantu!

Klik lelaju: 👉www.wasap.my/60197824559/NakInfoEmasPublicGold
HARGA EMAS TURUN KAW-KAW HARI INI!

"Sisthur Anis! Sisthur Anis! Apa nak buat bila harga emas turun banyak?

Ada orang tanya dengan panik.

SA jawab "Tutup mata dan beli aja"

"Kenapa?"

Syukur Alhamdulillah. Pertama peluang yang baik untuk tambah simpanan emas kita. Ibarat beli emas dengan harga diskaun.

Kedua, senyum dan lock emas fizikal yang besar-besar mengikut matlamat kewangan kita. Contohnya:

💙250gm untuk dana pendidikan anak-anak masuk universiti

💙250gm untuk tambah dana persaraan selain wang KWSP

💙250gm untuk portfolio diversification

💙250gm untuk modal pusingan bisnes

Bila harga emas jatuh, inilah waktunya untuk memborong emas dengan lebih banyak. Dengan kata lain, inilah peluang mendapatkan untung besar dengan emas.

Emas adalah ASET FIZIKAL yang sama seperti rumah dan tanah. Kalau harganya jatuh, kita tak akan rugi selagi kita tak jual semula. Secara fizikalnya, aset-aset ini masih kekal ada di tangan.

Kalau kita sudah ada simpanan emas sebanyak 100 gram emas, dengan jatuhnya harga emas itu tak membuatkan gram emas kita berkurang walaupun 1 gram.

Kengkawan, nak menabung emas, kena fokus dengan penambahan gram emas.

Bila harga turun, ini lah peluang keemasan yang boleh dimanfaatkan untuk tingkatkan tabungan kita dan keluarga kita.

Jom kengkawan apa tunggu lagi?
SA bantu A-Z sehingga emas fizikal dapat di tangan anda. Klik:
👉🏻www.wasap.my/60197824559/NakInfoEmasPublicGold

“Emas Ada Aura”

Anisah Salleh,
Fokus sebagai penyimpan emas adalah 'gram', bukan 'RM'.☺️
SA kempen beli emas sebulan segram. Tapi customer ni beli emas hari-hari.

Beli emas macam beli sayur gais!

Betul la orang cakap. Nak mula simpan emas memang susah. Tapi bila dah mula…susah nak berhenti.. rasa ketagih.

Tahniah Tn A. Moga terus konsisten simpan emas dengan senyuman. Ohsem!


Siapa nak SA bantu cam Tn A? Jom! SA bantu A-Z sehingga emas fizikal dapat di tangan anda. Klik:
👉🏻www.wasap.my/60197824559/NakInfoEmasPublicGold

“Emas Ada Aura”

Anisah Salleh,
Fokus sebagai penyimpan emas adalah 'gram', bukan 'RM'.☺️
Gais.

Laporan daripada surat khabar KOSMO 🥹
(Tengok link kat atas) 👆🏻

1. Kalau ada syarikat yang offer untung yang tak masuk akal seperti 3% sehari. Lari.

2. Kalau anda tak faham modus operandi sesebuah syarikat yang boleh menawarkan keuntungan dalam pelaburan emas. Takde risiko.
Untung semedang…

Lepas tu agen mereka tak mampu explain business model mereka. Anda cakap hmmmmmmm panjang.

Sebab kalau berlaku apa-apa kat syarikat tersebut , tuan-tuan tahu tak apa yang agen syarikat jawab?

“Saya pun kena tipu jugak 🥹

———-start———

1,500 mangsa rugi RM100 juta ditipu skim pelaburan emas

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan ROHANA MOHD. NAWI�2 Februari 2023, 8:20 am

KOTA BHARU – Menawarkan komisen tiga peratus setiap hari dan dinar emas sebagai ‘um­pan’ untuk menarik orang ramai menyertai skim pelaburan emas.

Tawaran menarik itu menyebabkan hampir 1,500 individu di negeri ini berputih mata apabila mereka bukan sahaja tidak menerima faedah dijanjikan selepas menyertainya pada tahun lalu, malah wang pelaburan berjumlah RM100 juta turut hangus.

Semakan mendapati, syarikat di ibu negara itu sudah menutup operasi pada Disember lalu.

Syarikat itu menawarkan pelaburan tunai serendah RM100 dan menggunakan konsep skim piramid yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda jika berjaya menarik lebih ramai peserta.

Ada orang kenamaan bergelar Datuk dan Tan Sri yang menanggung rugi mencecah ratusan ribu ringgit. Selain itu, kira-kira 300 mangsa pula dari Thailand.

Mangsa, Maziah Abu, 49, berkata, dia dilantik sebagai ejen oleh syarikat itu untuk mencari peserta menyertai skim tersebut dengan modal serendah RM100.

Menurutnya, dia yang tertarik dengan skim itu melabur RM40,000 apabila dijanjikan komisen tiga peratus setiap hari jika dapat mencari ‘downline’.

“Syarikat bayar RM20,000 sepanjang tiga bulan saya me­nyertai skim itu. Apabila mereka membayar semula modal, saya percaya ia berhasil. Bagaimanapun selepas itu, tiada pembayaran dibuat walaupun saya menarik ramai peserta dari Kota Bharu dan Pasir Mas.

“Ramai peserta mula mendesak kerana wang mereka lesap. Ada yang melabur sehingga RM200,000. Saya tidak tahu bagaimana hendak bantu, saya pun jadi mangsa,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Maziah yang juga peniaga berkata, syarikat terbabit menjanjikan keuntungan dan dinar emas dalam tempoh tiga bulan, sebaliknya dua individu yang menguruskan skim tersebut ­hilang.

Jelasnya, syarikat menggunakan wang pelabur untuk membeli emas dan dijual semula apabila harga logam tersebut naik dan berkongsi keuntungan de­ngan peserta, malangnya wang modal itu lebur.

Seorang lagi mangsa, Fauziah Yacob, 50, berkata, dia tertarik dengan skim itu kerana insentif yang ditawarkan agak lumayan yang mana ia dibayar setiap hari menerusi akaun peserta.

“Pada mulanya, saya melabur RM10,000 dan mendapat untung. Lepas itu, saya tambah wang RM20,000, namun tidak mendapat komisen yang dijanjikan. Dinar emas dan wang tunai yang dijanjikan juga tiada,” katanya.

Fauziah pergi ke syarikat itu di Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu, namun ia sudah ditutup. Ada peserta yang tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu menjejaskan reputasi mereka.

Sementara itu, seorang lagi peniaga dikenali sebagai Halim, 69, berkata, dia gelap mata untuk menyertai skim itu selepas melihat pendapatan seorang ejen mencecah RM1 juta sebulan.

Seorang mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas baru-baru ini.

“Saya melabur RM1,800 dan ejen beritahu dia meraih ribuan ringgit setiap hari selepas mencari peserta untuk melabur. Dia tayang pendapatan RM1 juta. Selepas dipujuk, saya bersetuju.
“Setakat ini saya langsung tidak mendapat bayaran tiga pe­ratus yang dijanjikan,” katanya.
Harga Emas Hari Ini Turun, Peluang Beli di Harga Murah?