Nota Kewangan & Emas Sisthur Anis
224 subscribers
6.55K photos
339 videos
9 files
1.83K links
Berkongsi Ilmu Kewangan & Emas Public Gold
Download Telegram
PENTINGNYA ILMU SEBELUM BUAT SIMPANAN ATAU PELABURAN

Bagi sesiapa yang melabur dalam emas tanpa ilmu biasanya akan susah hati.

Bila harga emas turun dia akan susah hati. Bahkan bila harga emas naik pun dia turut susah hati.

Perkara utama yang dia tak tahu adalah apa dia yang dia tak tahu dan tindakan apa dia patut buat. Lebih teruk dia hanya terus mengharapkan "bulan jatuh keriba" sahaja.

Dalam apa juga pelaburan sekalipun, yang paling penting adalah ILMU. Hanya mengharapkan nasib bukanlah pelaburan yang sebenar tapi ia adalah perjudian.

Sebaliknya bila kita ada ilmu bagi setiap pelaburan itu, kita boleh ulangi kejayaan itu lagi dan lagi. Kejayaan pasti kita dapat kecapi berkali-kali.

Bagi setiap pelabur emas yang ada ilmu tentang emas, biasanya dia tahu apa yang dia buat. Bila harga emas naik dia gembira sebab nilai kekayaannya turut naik.

Waktu harga emas turun dia turut gembira kerana ia adalah bonus (peluang) untuk dia membeli aset yang mahal dengan harga lebih murah.

Pelabur emas yang berilmu sentiasa tersenyum dalam apa jua situasi harga samada menaik, mendatar ataupun menurun.

Melabur tanpa ilmu BERISIKO besar modalnya boleh jadi LEBUR.

Begitulah..
Gais,

Saya nak share sikit 3 cara membeli emas Public Gold.

1. Outright purchase
2. Syariah Easy Payment Purchase (EPP)
3. Gold Accumulation Program (GAP)

𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐏𝐮𝐫𝐜𝐡𝐚𝐬𝐞

Outright Purchase adalah kaedah beli, bayar dan bawa balik emas. Ia sesuai untuk orang yang nak beli dan pegang emas tersebut.

Caranya: Anda tengok berapa harga semasa emas + gold premium di website Public Gold, lepas tu kunci harga tersebut (lock harga) mengikut harga emas semasa (samada dengan dealer PG atau lock kat website).

Apa itu gold premium? Sila lihat gambar.

𝑯𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒔𝒂 + 𝑮𝒐𝒍𝒅 𝑷𝒓𝒆𝒎𝒊𝒖𝒎 = 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒊𝒉

Kemudian anda bayar dan ambil stok di cawangan yang anda inginkan.

Public Gold menyediakan kemudahan mengepos emas ke rumah/pejabat anda untuk emas bernilai dibawah RM5,000 @ 5 Dinar 21.25gram (berinsurans).

Anda kena tanggung kos pos tersebut. PG tanggung 100% insurans.

Ini dipanggil 𝑮𝒐𝒍𝒅 𝒊𝒏 𝑻𝒓𝒂𝒏𝒔𝒊𝒕 (𝑮𝑰𝑻).

𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐄𝐚𝐬𝐲 𝐏𝐚𝐲𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐏𝐮𝐫𝐜𝐡𝐚𝐬𝐞 (𝐄𝐏𝐏)

Syariah EPP adalah kaedah membeli emas dengan bayaran selama 6 bulan atau 10 bulan (EPP 10X jika ada promosi).

Caranya: Anda lock 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒔𝒂 + 𝒈𝒐𝒍𝒅 𝒑𝒓𝒆𝒎𝒊𝒖𝒎 𝒅𝒂𝒏 𝑬𝑷𝑷 𝒑𝒓𝒆𝒎𝒊𝒖𝒎 (𝒔𝒊𝒍𝒂 𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕 𝒋𝒂𝒅𝒖𝒂𝒍 𝒈𝒐𝒍𝒅 𝒑𝒓𝒆𝒎𝒊𝒖𝒎/𝑬𝑷𝑷 𝒑𝒓𝒆𝒎𝒊𝒖𝒎)

Kemudian Public Gold akan mengeluarkan jadual pembayaran setiap bulan samada 6 bulan (EPP6X) atau 10 bulan (EPP10X).

Setiap bulan anda akan buat pembayaran kepada Public Gold dan menghantar bukti pembayaran kepada staff PG.

Selepas habis bayar maka anda boleh datang ambil emas di cawangan Public Gold. 𝙅𝙞𝙠𝙖 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙗𝙞𝙨 𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧 𝙖𝙬𝙖𝙡 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙖𝙬𝙖𝙡.

Kelebihan kaedah ini adalah anda tidak perlu risau perubahan harga emas dalam tempoh 6 bulan atau 10 bulan. Anda cuma bayar harga yang anda kunci.

𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝟑: 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐀𝐜𝐜𝐮𝐦𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 (𝐆𝐀𝐏)

GAP adalah kaedah membeli emas sedikit-sedikit dan nilai gram emas tersebut masuk kedalam akaun anda. Anda tidak memegang emas di tangan sebaliknya nilai emas tersebut dapat disemak di dalam akaun GAP anda.

Dengan kos RM100 atau 1 gram, GAP adalah kaedah yang sangat fleksibel untuk mereka yang modal kecil.

Emas GAP disimpan oleh Public Gold sehinggalah anda nak keluarkan emas tersebut di dalam bentuk fizikal. Minima pengeluaran adalah 1 gram. Jika anda tak nak keluarkan emas tersebut, tiada masalah.

Jika nak jual emas dalam akaun GAP, tiada masalah. Anytime boleh jual, kemudian PG akan bank in duit jualan ke dalam akaun anda.

Dapat ker dapat? Jom pelbagaikan simpanan kita.

Anisah Salleh,
Pemudahcara Pilihan Emas Anda.😊